Pelakon, Adeline Tsen ada memuat naik sekeping foto yang melihatkan dia bersama lelaki yang dipercayai teman lelakinya dikenali sebagai Tiago.
Difahamkan, mereka sedang menikmati hidangan makan malam di sebuah restoran di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Perkara itu dikongsikan pelakon Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu di Instagram.
“Knowing you 1095 days is one of the best things that happen in my life .Blessed..
“Thank you for everything that u had done to me . Sorry for sometimes being annoying..
“Love my Fitness watch.. no flowers don’t worry just give me more fitness attire ok Hahahaha,” tulis Adeline.
Menjengah di Instagram jejaka itu pula, dia saling berbalas gambar teman wanitanya itu.
“My date for tonight. Celebrating 2 special dates, both late tho…
“3 years we’ve spent together, growing and learning. May these be only the first three, of many more to come,”tulis Tiago.
Difahamkan, Tiago berasal dari Portugis dan sering berkongsi gambar bersama teman wanitanya itu di akaun Instagram.
Foto : Instagram Adeline, Tiago
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kejap Jer Awak Dah Nak Masuk 6 Bulan,”- Izreen Azminda Teruja, Rakam Ultra Sound Bayi Dalam Perut
Pelakon Izreen Azminda ada berkongsi video di akaun Instagramnya lewat petang tadi.
Momen gembira itu memaparkan bayi dalam kandungan sedang bergerak aktif yang dirakam Izreen menerusi ultrasound.
“Kejap jer awak dah nak masok 6 bulan.. Akhirnya #babyA nak jugak tunjuk muka,” tulis Izreen.
Bagaimanapun, Izreen menutup ruangan komen posting tersebut dan setiap posting yang dikongsikan di Instagram.
Untuk rekod, Izreen dan suaminya, Ude Wahid bernikah pada 8 Ogos 2017 di Damansara, Petaling Jaya dengan berwalikan bapanya, Mohd Aznam Mohd Noor.
Video : Instagram Izreen Azminda
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Yang Kata Lelaki Dan Perempuan Bergaul Umpama Tiada Batas. Tapi Bagi Saya…,” – Nad Zainal
Mengimbau kembali zaman bergelar pelajar, pelakon Nad Zainal berkongsi pengalaman manis sepanjang menimba ilmu di Aswara.
Jelasnya, berada di Aswara membuatkan di terasa seperti berada di rumah sendiri.
Walaupun ada yang menyifatkan pergaulan sesama lelaki dan wanita tidak ada batas, namun bagi pelakon hebat ini, ia adalah erti hubungan adik beradik.
“Semalam umpama walking down a memory lane.
“Sepanjang dalam kereta menuju ke Aswara, saya dan Faliq rupanya ada cerita yang sama, bagaimana kami lebih suka habiskan masa di Aswara berbanding di rumah.
“Kami tak suka ke mall.. habis kelas pun masih tak reti nak balik.. Bukan our second home, kami rasa ia lebih kepada our HOME
“Kenapa? Bila di Aswara, kami rasa begitu selamat, ada yang kata lelaki dan perempuan bergaul umpama tiada batas.
“Bagi saya.. kami umpama adik beradik.. jarang pula dengan kes pelajar wanita rasa terancam dengan mata-mata nakal pelajar lelaki.. kami bebas berbual, mereka umpama abang yang sentiasa menjaga kami tatkala ke pasar JKR, umpama bodyguard,” tulisnya.
Malah tambah Nad lagi, dia begitu merindu zaman mendalami naskah dan menghafal lirik bersama rakan kuliah.
“Bergaduh dan drama itu pasti.. tetapi, akhirnya pasti bersatu kembali, orang seni ni outspoken, jika tak suka, dia hambur depan-depan, telus.. no “konar-konar”
“Bila di dalam “rumah” ini telinga kau sentiasa dapat menangkap irama-irama indah.. bunyi gitar.. piano.. gamelan.. tak pernah sunyi.. Ibarat pesta, namun tiada yang bersondol-sondolan.. Guru dan anak murid akrab seperti rakan.. takperlu berpakaian formal, bertali leher. Namun perasaan hormat masih tinggi.. bukan lagi seperti guru.. cikgu dianggap sebagai ibu dan bapa.. Jadi.. bila pulang ke “rumah”, seperti ternampak diri yang dah lama hilang.
“Semangat yang hampir pudar.. kerana kini tiada lagi “Nadia, jom ke library kita study naskhah ni” , “Neddy, dah hafal skrip?, jom tolong aku kita dua cuba hafal sama-sama”, “Nadia, jom ke bilik wardrobe collect foundation untuk budak-budak”… Sekarang cuma ada “Nad berapa jumlah followers…” Aswara … aku rindu kau,” luahnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by NZ (@nad.zainal) on
Foto : Instagram Nad Zainal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Rasa Bersalah Sesangat Lambat,” – Meski Takut Jarum, Jimmy Shanley Tetap Beranikan Diri. Pusat Darah Negara Kekurangan Bekalan Darah
Pengacara Jimmy Shanley menerusi laman Instagram miliknya berkongsi khidmat sosial yang dilakukan dengan menderma darah.
Menerusi rakaman berdurasi 28 saat yang dikongsi, walaupun Jimmy kelihatan gementar saat dicucuk jarum, namun dia tetap tabahkan diri kerana jelasnya Pusat Darah Negara kekurangan bekalan darah.
“Rasa bersalah sesangat lambat sebulan menderma darah sebab PKP baru ni.
“Walaupun saya “elergi” jarum tapi demi mereka yang memerlukan ku tabahkan diri ada kelapangan marilah menderma darah di @pusatdarahnegara kerana bekalan darah tidak mencukupi.
“Hari ni kita memberi, esok lusa mungkin kita yang menerima,” kongsinya.
View this post on InstagramA post shared by 👕#AdidasSpezial 👟@curidose (@jimmyshanley) on
Menurut laporan, bekalan darah semakin berkurangan sejak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan penurunan ketara sehingga 40 peratus berbanding bulan Mac 2020.
Stok darah pada 11 April pula menunjukkan kumpulan darah O berada dalam keadaan yang sangat rendah dan amat diperlukan bagi membantu menyelamatkan nyawa.
Foto : Instagram Jimmy Shanley
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI