“Perkara Yang You Buat Bukan Mudah Nak I Maafkan, Tapi…,” – Isteri Hafidz Roshdi Respon Kenyataan Athira Yuhada

Share

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri, memberikan reaksi susulan permohonan maaf yang dilakukan oleh wanita yang dikenali sebagai Athirah Yuhada.

Perkara tersebut dijelaskan menerusi akaun Instagram anaknya, hari ini.

“Terima kasih Cik Athirah atas cubaan membuat permohonan maaf secara terbuka berserta cubaan untuk meletakkan kesalahan ini pada orang lain.

“Ada beberapa maklumat yang tidak tepat dan saya terpaksa nafikan.

“Kamu berdua sudah berhubung sehingga 25 Januari 2023, yang mana, hanya beberapa minggu lalu.

“Kenyataan ini berdasarkan bukti-bukti yang ada,” tulisnya.

Ibu kepada dua cahaya mata ini turut menambah, dia cuba mengambil tindakan terbaik demi  menjaga keharmonian keluarganya.

“Saya sendiri menjadi saksi dan berhak untuk tunjukkan kepada umum untuk menjaga keluarga saya, tapi, saya rela menyerahkan semuanya kepada peguam untuk menguruskannya secara berhemah.

“Saya nak tegaskan supaya tak menyalahkan Hafidz sahaja sebab kalau bertepuk sebelah tangan, takkan berbunyi.

“Kamu sendiri tahu bagaimana hubungan kamu berlangsung? Katanya, pada sekian-sekian waktu, tapi tiba-tiba… sembilan tahun kena cuba? Wow! Hebatnya kamu dikejari,” tulisnya lagi.

Tambahnya, dia mungkin boleh menerima kemaafan, namun tidak akan melupakan apa yang berlaku.

“Perkara yang kamu buat bukan mudah untuk saya maafkan. Tapi, Allah kata jadilah manusia pemaaf walaupun seberat mana kesalahan.

“Saya mungkin akan maafkan, tapi saya takkan lupakan. Kamu sendiri cakap, kamu bersimpati dengan keadaan mental Hafidz?

“Kamu tak ada empati kepada golongan wanita yang dikhianati dan anak-anak tak berdosa? Takkan selama kamu buat dah bertahun ini, tak ada rasa bersalah sebagai perempuan, kan?” tulisnya.

Shuhada bagaimanapun menyerahkan kepada Allah atas apa yang berlaku.

“Saya takkan panjangkan isu ini. Cukuplah di media sosial. Saya perlukan masa untuk tenangkan anak-anak dan keluarga.

“Semua malu dan terpalit, tapi sekali lagi, terima kasih untuk semua yang kamu sudah lakukan kepada saya dan anak-anak saya.

“Semoga Allah mengadili sebaiknya, Insya-Allah. Jalani hari yang baik, Athira Yuhada,” katanya.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH