Penyanyi Shila Amzah menepis dakwaan wanita dikenali sebagai Siti Munirah Abd Ghani yang didakwa menjadi punca keretakan hubungan di antara kedua ibu bapanya sebagai rakan.
Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 33, menegaskan, wanita berkenaan juga tidak layak untuk mendapat gelaran sedemikian.
Namun mengakui dia sudah mengenalinya sejak di bangku persekolahan lagi.
“Sudah tentu (mengenali wanita itu), pada saya tidak ada orang baik yang akan berkelakuan seperti itu. Saya tiada ucapan baik mahupun buruk kepadanya.
“Segala rasa untuk diberikan tidak memadai kepadanya sama ada sayang atau benci. Saya rasa dia tidak layak menerima apa sahaja rasa daripada saya.
“Semasa zaman persekolahan memang dia adalah kawan rapat saya dan dia selalu tidur di rumah saya. Kami memang sangat rapat. Jadi, dia selalu bercerita mengenai masalahnya kepada saya,” katanya.
Ibu kepada cahaya mata itu juga menjelaskan hubungan itu sudah lama terputus, lebih-lebih lagi apabika tindakan wanita itu memberi kesan terhadap keluarganya.
Ads
“Semasa dewasa pula kami memang sudah tidak begitu rapat kerana dia seorang yang suka menghilangkan diri. Saya anggap kami tiada persefahaman sahaja.
“Tapi, dia lebih rapat dengan mak saya berbanding saya selepas tamat sekolah. Ini adalah realiti dan saya perlu perjelaskan kerana dia bukan kawan baik saya.
“Perkataan kawan dan baik tidak sesuai untuk dia. Mungkin kedengaran kasar tapi itulah kenyataannya. Sebagai seorang wanita memang akan terasa apabila berhadapan dengan situasi seperti ini,” katanya.
Shila bagaimanapun percaya, ada perkara baik menanti mereka sekeluarga di kemudian hari.
Ads
“Ini adalah ujian ke atas keluarga saya atau satu perkara yang menjadi titik tolak untuk kami perbaiki pada masa akan datang. Mungkin ada keadaan atau kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.
“Saya percaya ada hikmah disebaliknya. Bagi saya, apabila ada perkara buruk berlaku, saya tidak akan melihat secara keseluruhannya adalah buruk kerana tiada apa yang abadi di dunia ini.
“Di dalam dunia ini kita boleh usaha dan ikhtiar mencari kebahagiaan sendiri, tapi tiada siapa yang dijanjikan kesempurnaan dan keabadian.
Ads
“Jadi, apa yang terjadi itu adalah asbab (untuk menjadi lebih baik). Saya reda dan berdamai dengan apa jua keadaan,” katanya lagi.
Terdahulu, kemelut rumah tangga bapa Shila iaitu ND Lala tercetus apabila isterinya, Datin Fauziah Sarman mendedahkan wajah wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani dengan keterangan gambar ditulis ‘penyondol’ di Instagram miliknya.
Pada hantaran sama yang dikemas kini semula, Fauziah memuat naik foto wanita terbabit dengan keterangan gambar ditulis, ‘Isteri Dato’ ND Lala… Datin Siti Munirah Abd Ghani’.
Pada 3 April lalu, Fauziah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi, dipercayai untuk memfailkan perceraian terhadap ND Lala.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber : BH Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak mendirikan rumah tangga bersama pujaan hati, pelakon dan juga pelawak Shuib Sepahtu, nama usahawan Watie Hanafiah sedikit sebanyak menerima bahang populariti suami sehingga dikenali dalam industri hiburan tanah air.
Ketika diminta mengulas berhubung isu penghijrahanya dirinya dan dikala ramai selebriti ndustri tanah air yang kembali melepaskan hijab mereka, ini respon yang diberikan oleh suri hati Shuib ini.
Watie Akui, ‘Istiqamah’ Bukan Perkara Mudah!
Menurut Watie, selepas membuat keputusan mengenakan hijab lebih setahun lalu, tidak dinafikan proses penghijrahan diri bukanlah sesuatu pekara yang mudah. Malah, untuk kekal istiqamah, sudah tentu Watie memerlukan kekuatan dalam diri.
“Sometimes the smallest step in the right direction ends up being the biggest step of your life.
“Alhamdulillah genap setahun berhijab walau kadang kala iman naik turun, walau kadang kala bila pi shopping baju mata ni duk pandang fesyen yang dah tak boleh di pakai,” jelasnya.
Meski Tak Sempurna, Watie Mahu Sentiasa Perbaiki Diri
Bagaimanapun, Watie memaklumkan dia akan sentiasa berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
“Sedar masih banyak kekurangan… Sedar masih banyak yang perlu diperbaiki… Sedar masih banyak yang yang perlu ditutupi.
“But small step are better than none… Slowly but surely… Insya-Allah,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi dua petikan daripada dua penceramah mengenai adab pemakaian wanita Islam, Tiz Zaqyah membandingkan bagaimana gaya pendekatan kedua-duanya dalam menyampaikan dakwah.
Ulasnya, penceramah pertama menyarankan seorang wanita meletakkan dua jari ke seterika, manakala penceramah kedua dilihat lebih lembut dalam berbicara.
“A man telling a girl to touch an iron plate with 2 fingers.
“A man calling out “Dear brothers, and zulaykhas.”
Memuatnaik komen mengenai sebuah artikel yang melibatkan ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib, netizen dilihat cukup terhibur dengan sikap ‘bawang’ Aeril Zafrel.
Kata netizen, Aeril tidak ubah seperti ‘masyarakat bawang’ lain yang suka meninggalkan komen berbentuk lucu dan sindiran.
“@aerilzafrel ni aku tak rase dia artis bila kat twitter. Dia memang bawangrians ahh kat twitter,” komen netizen.
Malah, ungkapan popular iklan ‘anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala’ turut menjadi bahan membalas kembali kapsyen pelakon popular itu.
Wajah individu di belakang ahli politik itu juga turut menjadi perbualan. Kata mereka, saling tidak tumpah seperti penyanyi rap, Altimet.
Foto – Twitter Aeril Zafrel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!