Pengacara dan personaliti kecergasan, Zawen Anwar kini memberi tumpuan kepada kerjayanya sebagai pengurus pemasaran di sebuah syarikat.

Menurut Zawen, dia bagaimanapun masih terbuka untuk menerima tawaran dalam bidang pengacaraan selepas ini.

Sebelum ini, Juara Hero Remaja 2004 pernah mencuba bidang lakonan, namun berpendapat ia tidak sesuai dengan dirinya.

Walaupun kini lebih fokus pada kerjaya hakiki, Zawen tetap aktif dalam bidang kecergasan selain komited membantu keluarga di restoran sejak beberapa tahun lalu.

“Selepas tamat Hero Remaja, saya pernah cuba berlakon tetapi merasakan ia tidak sesuai untuk saya.

“Namun, saya aktif mengacara selain terlibat dalam hal berkaitan dengan senaman dan kecergasan sehingga ke hari ini.

Ads

“Pada masa sama, saya beri fokus kerjaya sebagai pengurus pemasaran, aktif dalam aktiviti kickboxing dan muay thai serta memperoleh tauliah sebagai jurulatih.

“Pada waktu malam dan setiap kali ada masa senggang, saya membantu keluarga di restoran,” katanya.

Zawen berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Preview Berbuka Puasa Sinar Ramadan 2025 di Restoran I-Dahlia Corner, Jalan Persiaran Stonor, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Perkembangan Terkini Hero Remaja 2004 Zawen Anwar, Masih Aktif Bidang Kecergasan & Seronok Bantu Keluarga di Restoran

Ads

Perkembangan Terkini Hero Remaja 2004 Zawen Anwar, Masih Aktif Bidang Kecergasan & Seronok Bantu Keluarga di Restoran Perkembangan Terkini Hero Remaja 2004 Zawen Anwar, Masih Aktif Bidang Kecergasan & Seronok Bantu Keluarga di RestoranPerkembangan Terkini Hero Remaja 2004 Zawen Anwar, Masih Aktif Bidang Kecergasan & Seronok Bantu Keluarga di Restoran

Bantu Keluarga di Restoran

Dalam pada itu, Zawen akui sudah terbiasa meluangkan masa membantu ibu mertuanya, Dahlia Aliruddin, dalam menguruskan restoran keluarga.

“Walaupun sibuk, saya akan pastikan dapat sisi masa membantu ibu mertua di restoran. Setiap hari, kita dapat jumpa ramai orang yang datang singgah menjamu selera,” katanya.

Ads

Sebagai individu yang gemar berinteraksi dengan orang ramai, Zawen menganggap membantu di restoran bukan sekadar kerja sambilan tetapi juga peluang untuk berkenalan dengan pelanggan dan mencipta suasana mesra.

Tawaran Menarik Sempena Ramadan

Sementara itu, pemilik Restoran I-Dahlia Corner, Dahlia Aliruddin, berkongsi keistimewaan bufet Ramadan yang ditawarkan sepanjang bulan puasa ini.

Restoran yang berkonsepkan taman bunga ini menyediakan sehingga 50 menu tradisional setiap hari, termasuk hidangan istimewa seperti Sup Tulang Meletops, Rendang Minang Dahlia Meletops dan Masak Lemak Siput Sedut Meletops bermula dari 2 Mac hingga 29 Mac depan.

“Rempah ratus yang digunakan terdiri daripada bahan-bahan segar seperti serai, kunyit hidup, lengkuas, halia dan banyak lagi.

“Saya memastikan setiap bahan mentah memenuhi standard kualiti yang ditetapkan. Malah harga yang kami tawarkan juga mesra pelanggan,” katanya yang turut menggalakkan tempahan awal bagi memastikan kelancaran tempat duduk.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI