Masihkah anda ingat tentang sinetron ‘Bawang Merah, Bawang Putih’ yang pernah menjadi fenomena di Malaysia sekitar 20 tahun lalu, yang ditayangkan di televisyen pada tahun 2004 hingga 2006.

Dimana gandingan mantap antara Revalina S. Temat sebagai Bawang Putih dan Nia Ramadhani yang membawa watak antagonis Siska hinga menjadi sorotan rakyat Malaysia dek kerana kecantikan mereka tatkala masing-masing baru mencecah usia remaja.

Seiring peredaran zaman dan peningkatan usia, Revalina atau nama sebenarnya Revalina Sayuthi Temat yang kini berstatus isteri dan ibu dua anak masih cantik menawan dengan aura tersendiri.

Tinggalkan Dunia Glamour & Seksi Usai Pulang Umrah

Perkembangan Terkini Revalina S Temat, Usai 20 Tahun Teraju Sinetron Fenomena ‘Bawang Merah Bawang Putih’

Revalina yang ketika zaman gadisnya sering berpakaian seksi memilih untuk tampil lebih sopan dan berhijab selepas pulang mengerjakan umrah pada tahun 2017.

Ads

Sejak itu, Revalina dilihat tidak lagi aktif dengan dunia seni. Malah,dia sibuk menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Di samping menjana pendapatan sebagai usahawan. Kini, dia merupakan pemilik label pakaian Tifle’s by Revalina S Temat.

Biarpun sudah beranak dua tapi jelitawan berusia 38 tahun ini bijak menjaga penampilan diri, meski dengan gaya muslimah yang elegan, ibu kepada Rihga Sadiwasakti Rabbani ini juga tetap kelihatan cantik meskipun hanya bergaya sederhana.

Personaliti ini juga kini dilihat selesa mengenakan gaya matang dan elegan. Mengintai fesyen pilihan Revalina jelas menggambarkan peribadinya yang gemar menyarung busana santai.

Ads

Gaya Sederhana Tampilkan Sisi Elegan Revalina

Perkembangan Terkini Revalina S Temat, Usai 20 Tahun Teraju Sinetron Fenomena ‘Bawang Merah Bawang Putih’

Memang serba sederhana. Dengan menggayakan tudung bawal dan solekan ringkas, ia sudah memadai untuk menyerlahkan kelembutan wajah Revalina.

Sekadar info, Revalina telah mendirikan rumah tangga pada 15 Mac 2015 dengan jejaka pilihan hatinya, Rendy Aditwa Gunawan dan hasil perkongsian hidup selama sembilan tahun, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.

Ads

Revalina melahirkan anak keduanya, Rajendra Satya Razzani secara pembedahan pada Januari 2019.

Revalina pernah membintangi beberapa drama popular Indonesia antaranya Assalamualaikum Beijing, Perempuan Berkalung Sorban dan Hijrah Cinta.

Untuk rekod, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber: Instagram Revalina Temat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI