Tahniah diucapkan buat penyanyi Luca Sickta,33, yang telah pun selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, hari ini.
Luca Sickta atau nama sebenarnya Shameer Ashraf Shahruddin memilih penerbit radio Era FM Sabah, Nur Robecca Ruth Robert Abdullah,30, dan pasangan ini diijabkabulkan pada jam 10 pagi di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.
Pasangan itu dinikahan oleh imam masjid berkenaan, Hassan Sapar serta dua saksi dengan sekali lafaz.
Luca berkata, dia memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi apabila majlis akad nikah berjalan dengan lancar.
“Pada awalnya majlis akad nikah akan diketuai oleh bapa saudara Robecca, tapi malangnya dia disahkan positif Covid-19 dan terpaksa digantikan oleh imam masjid di sini.
Ads
“Walaupun berdepan cabaran tapi saya bersyukur kerana majlis akad nikah berjalan dengan lancar. Lagipun majlis pernikahan ini diadakan secara sederhana saja memandangkan kes Covid-19 yang masih tinggi.
“Pernikahan ini adalah satu fasa baru dalam hidup. Saya kini memegang satu tanggungjawab besar sebagai suami selain perlu mendidik isteri dalami agama memandangkan Robecca baru memeluk agama Islam setahun lalu,” katanya.
Ads
Luca Sickta menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 manakala tiada pertukaran dulang hantaran antara kedua belah pihak dan memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran di atas persetujuan kedua belah keluarga.
Menurut Luca, dia mula mengenali Robecca sekitar setahun lalu ketika berada di Kota Kinabalu atas urusan kerja.
“Perkenalan kami memang singkat tapi saya selesa berkawan dengannya kerana kami memiliki pemikiran dan hala tuju yang hampir sama.
Ads
“Lagipun hubungan yang dibina bukanlah sekadar ‘cinta monyet’ atau nak bersuka ria. Umur kami pun sudah mencecah 30-an, jadi fokus kami lebih kepada masa depan dan melalui kehidupan bersama-sama.
“Saya sebenarnya sangat bersyukur kerana hubungan kami mendapat restu kedua ibu bapa Robecca. Malah bapanya sendiri yang memberi galakan dan sokongan untuk Robecca memeluk Islam.
“Cuma sekarang ini tugas saya pula untuk memastikan Robecca mendalami ilmu agama secara perlahan-lahan. Saya pun tidak mahu terlalu tegas dalam mendidiknya, tapi hal yang wajib dia perlu ambil tahu,”katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Nick Jonas diiktiraf sebagai lelaki paling ‘stylish’ untuk tahun 2018 ini oleh majalah gaya hidup popular, GQ.
Susulan itu, Nick yang juga suami kepada aktres Priyanka Chopra itu berkongsi rasa terharunya di Instagram.
“Dari dahulu hingga sekarang, saya sering fokus kepada satu perkara dan hanya itu sahaja iaitu menjadi seorang yang ‘stylish’. Tidak hanya ‘stylish’ tapi yang paling sekali.
“Dan walaupun ia mengambil masa 26 tahun, saya sangat gembira akhirnya diiktiraf setelah komitmen yang tidak berbelah bahagi ini.
“Terima kasih dan sama-sama GQ, terima kasih buat ‘stylist’ saya, dan juga kepada calon-calon lain, teruskan usaha anda. Moga-moga tahun hadapan akan menjadi tahun anda pula.
“Kepada para peminat di seluruh dunia yang mengundi saya, ketahuilah bahawa saya tidak mengambil mudah pengiktirafan ini, saya akan memakai mahkota ini dengan penuh bangga serta semua baju-baju ‘stylish’ saya.
“Selamat bercuti semua dan paling penting, sentiasa versatil!,” tulisnya.
Menerusi undian tersebut, Nick mengalahkan Ryan Reynolds, Dwayne ‘The Rock’ Johnson,John Legend, Shawn Mendes, Cole Sprouse dan ramai lagi untuk memenangi ‘title’ tersebut.
Apa-apapun, tahniah MH ucapkan buat Nick Jonas, mungkin inilah yang dikatakan tuah perkahwinan kan?
Pelakon dan hos, Mira Filzah menjawab pertanyaan peminat menerusi Ins Stories mengenai ketiadaannya di program bual bicara, Nona yang akan diganti dengan hos baru, pelakon Aymra Rosli.
Jelas Mira menerusi Ask Me Question, dia bersyukur kerana berjaya mengendalikan program berkenaan selama empat tahun bermula Disember 2017.
“Banyak soalan psl Nona! Haha. Tak ada apa laahhh. Biasalah pengacara bersilih ganti. Kalau tgk dkt Wikipedia ada nama nama pengacara terdahulu dan tahun mereka mengacara. Nona sentiasa tukar pengacara utk pembaharuan.
“But Alhamdulillah, Mira rasa Mira bertahan agak lama dlm program ni. First shooting Mira pada Disember 2017. Pejam celik pejam celik nak hampir 4 tahun!,” tulisnya.
Sambil mengakui Nona sering bertukar-tukar pengacara sebagai pembaharuan, bintang drama Sweet Dreams ini juga bakal membuat penampilan terakhir di Nona, Ahad ini.
“This week last episode Mira, next week, first episode pengacara baru and Mira ada muncul skip to say goodbye. Nnt dah betul2 habis, baru kita sembang psl Nona lg k! Sbb banyak soalan psl Nona,” tulisnya lagi.
Selain Nona, pihak TV3 turut mengumumkan beberapa pertukaran hos baik untuk program Melodi dan Muzik-Muzik.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak semalam, pelbagai spekulasi melibatkan hubungan hos dan usahawan popular, Neelofa dibuat waeganet apabila mendapati ibu dan adik-beradiknya yang lain dikatakan telah berhenti mengikuti PU Riz di Instagram.
Lebih membuatkan ramai mengeluarkan teka-teki sendiri, ada di kalangan ahli keluarga figura terkenal itu telah memuat naik status hampir sama di IG Stories masing-masing, seolah-olah sedang memberikan bayangan sesuatu yang berlaku.
Bagaimanapun menerusi tinjauan MH, Neelofa dan PU Riz masih lagi saling mengikuti antara satu sama lain di Instagram.
Terdahulu, hal tersebut mula menjadi perhatian netizen hingga rata-ratanya meneka sama ada pasangan tersebut kini sedang mempunyai masalah dalam hubungan mereka atau sebaliknya.
Malah, pelbagai dakwaan telah ditimbulkan pengguna media sosial hingga mencetuskan tular di media sosial.
Misalnya, ada yang memberi dakwaan keduanya sudah pun berkahwin dan mereka dinikahkan bapa kandung Neelofa di Kelantan, sebagaimana yang terpapar di dalam Whatsapp yang ditulis individu yang kini viral.
Bagaimanapun sehingga kini, masih tiada penjelasan rasmi mengenai hal tersebut.
Walau apa pun yang berlaku, semoga ia dapat diselesaikan dengan cara baik mereka, meski pelbagai spekulasi sudah bertebaran.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!