
Pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya selamat menimang cahaya mata keempat minggu lepas hasil perkongsian dengan isterinya, Nur Anati Ismail.
Genap 7 hari, Fedtri telah mengumumkan nama bayinya itu di akaun Instagram.
“Perkenalkan Putera Hamba.. Ahmad Firaas Mevlana Bin Ahmad Fedtri (Ketajaman akal fikir pujangga terbilang nan terpuji).. Inspired by Mevlana Jalaluddin Al Rumi,”tulisnya.
Lalu, pengikut di laman sosial itu terpesona dengan nama unik bayi comel itu.
Untuk rekod, Fedtri dan Nurul Anati berkahwin pada Mei 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Indah Sutera Jannah, 7, Ahmad Wildan Arjuna, 5, dan Indah Rauvda Inaara, 2.
Foto : IG Fedtri Yahya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Berharap Semua Hormati Ruang Peribadi Mereka,” – Isu Rumah Tangga Ibu Bapa Shila Amzah, Ini Kenyataan Pihak Pengurusan

Pihak pengurusan Shila Amzah, Greyscale Australia memohon semua pihak agar menghormati ruang peribadi penyanyi tersebut lebih-lebih melibatkan isu peribadi dan hal dalaman keluarganya.
Menerusi kenyataan media yang dikongsikan Shila atau Norshahila Amir Amzah, 33, di laman Instagram milinya itu, pihak pengurusan diwakili Darren Kong berkata mereka menyedari spekulasi berkaitan keluarga Shila hangat diperkatakan ramai namun hal peribadi bukan berada di bawah bidang kuasa mereka.
“Memandangkan spekulasi itu tidak berkaitan dengan operasi komersial syarikat, kedudukan kami kekal neutral, kerana itu bukan dalam bidang kuasa kami untuk memberi ulasan.
“Sebagai pengurus Shila dan kenalan lamanya serta keluarga, saya berharap semua orang menghormati ruang peribadi mereka.
“Saya percaya sokongan yang paling membina perlu diberikan dengan memberi masa dan ruang untuk Shila sekeluarga mengharungi cabaran kehidupan.
“Kami di Greyscale Australia akan terus memberi sokongan terbaik kepadanya tanpa jemu selain mendoakan mereka terus kuat berdepan cabaran ini,” katanya menerusi kenyataan itu.
Dalam kenyataan sama, Darren turut menyifatkan Shila seorang ibu yang berhati waja selain mengutamakan kesejahteraan anak tunggalnya, Seth Uwais.
“Shila adalah seorang ibu yang kuat dan mahu menjadi contoh terbaik kepada anak lelakinya, Seth serta memastikan keseimbangan dan kualiti kerja.
“Pihak kami akan sentiasa memberikan sokongan padu dan berharap masalah yang melanda Shila serta keluarganya dapat diselesaikan,” katanya lagi selain menambah Shila kini mahu memberikan fokus sepenuhnya terhadap konsert jelajah dunia yang sudah dirancang sepanjang tahun ini.
Terdahulu, ibu kepada Shila dipercayai memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, penyanyi, Datuk ND Lala di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi.
Sebelum ini, timbul desas-desus mengatakan penyanyi itu sudah berkahwin dengan seorang wanita muda yang didakwa rakan sekolah Shila.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semua Orang Bersikap Profesional,” – Masih Shooting Dengan Aliff Aziz, Fokus Sophia AlBarakbah Tak Terjejas

Pelakon, Sophia AlBarakbah mendedahkan dirinya kini hanya mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap pengambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bimillah (KAKDB) yang kini berbaki lagi dua minggu.
Ditemui di sidang media Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS 2023) sebentar tadi, Sophia gembira kerana drama bersiri itu mendapat sambutan memberangsangkan.
“Syukur Alhamdulillah, respons terhadap drama KAKDB sangat baik. Saya tak jangka dapat sambutan sebegini.
“Sejujurnya, ia agak ‘rushing’ kerana kami masih dalam penggambaran dan drama ini sudah menemui penonton. Saya gembira kerana setakat ini ramai yang menggemarinya dari sudut lakonan dan jalan cerita.
“Semua pelakon, kru dan pengarah bekerja kuat untuk drama ini. Harap orang ramai dapat menyokong drama ini sehingga tamat disiarkan,” katanya kepada MH.
Bergandingan dengan pelakon Aliff Aziz dalam KAKDB, Sophia juga mendedahkan dia hanya penyai waktu tidur selama empat sehingga lima jam sehari kerana jadual penggambaran yang agak padat.
“Kami dah lalui pelbagai perkara. Kami bekerja kuat dan sehari hanya dapat tidur selama empat sehingga lima jam. Bila orang ramai suka, saya berbangga dengan diri sendiri dan semua yang terlibat. Fokus saya hanya terhadap penggambaran,” katanya.
Ketika ditanya mengenai perkara-perkara luar yang mengganggu konsentrasinya sepanjang menjalani penggambaran, Sophia mempunyai jawapan tersendiri.
“Saya rasa semua orang bekerja dengan profesional. Setakat ini, semuanya baik-baik sahaja kerana semua orang bersikap profesional.
“Semua orang fokus dengan kerja, bermula hari pertama sehingga sekarang. Saya tak terganggu nak teruskan penggambaran,” katanya.
Terdahulu, Sophia didakwa menjadi orang ketiga yang mengganggu rumah tangga Aliff dan isteri, Bella Astillah.
Dalam pada itu, pihak pengurusan Sophia memberitahu mereka sedia untuk memberi penjelasan berhubung kontroversi berlaku selepas selesai penggambaran KAKDB.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“5 Hulubalang Akan Angkat Jenazah Kita Nanti,” – Lagi Anak Lelaki, Isteri AG Azmeer Selamat Lahirkan Cahaya Mata Ke-5

Berkongsi berita gembira di laman Instagram, pengacara dan penyampai radio, AG Azmeer memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata ke-5 mereka pada tanggal 10 September lalu.
Menurut AG, kehadiran seorang lagi cahaya mata lelaki itu bakal menambahkan lagi rasa sayang dan kegembiraan di dalam keluarga mereka.
View this post on InstagramA post shared by Ag Azmeer (@ag_azmeer) on
“Alhamdulillah, di hari Jumaat yang mulia ini , AG nak share berita gembira.
“Pada 10 September 2020 yang lalu, genap seminggu sudah, Allah kurniakan kami seorang lagi anak lelaki.
“Ya Allah, syukur ke hadrat Mu. Tiada yang terbaik selain dari pemberian mu ya Allah.
Kehadiran buah hati ke 5 AG and wife @mel_hulubalang menambahkan lagi kasih sayang dan kegembiraan kami sekeluarga.
“Syukur, Alhamdulillah. Moga Allah panjangkan umur kita semua untuk di beri kesempatan mendidik anak-anak kita untuk mendoakan kita di alam kubur kelak. Inshaallah. Aminnnn,” tulisnya.
Pada masa sama, penyampai radio Kool.fm itu turut mendedahkan telah menamakan anaknya itu Muhammad Aesry Athmar.
Meski belum dikurniakan cahaya mata perempuan, AG tetap meluahkan rasa syukur terhadap rezeki yang telah dikurniakan kepadanya selama ini
“Muhammad Aesry Athmar bin Muhammad Azmir. Daddy, mama and abang-abang love u so much!
“@mel_hulubalang terima kasih bidadari hati. 15 tahun usia perkahwinan kita. Rasa bangga kerana Allah memilih kita untuk memiliki 5 anak lelaki.
“Inshaallah, jika diizinkan Allah, ke 5 hulubalang kita yang akan mengangkat jenazah kita nanti. Aminn Ya Allah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, AG turut dilihat sempat menitipkan doa buat semua pasangan suami isteri yang masih menantikan kelahiran cahaya mata sulung mereka.
“Pada kawan-kawan yang masih menanti hadirnya cahaya mata, di hari Jumaat yang mulia ini AG dan sekeluarga mendoakan agar Allah mempercepatkan rezeki kawan-kawan semua.
“Amin Ya Rabbal Alamin. Salam Jumaat Berkah,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat AG dan isteri di atas kelahiran cahaya mata ke-5 itu.
Terdahulu, AG telah mendirikan rumah tangga bersama isteri, Emelda Amir pada tanggal 30 April 2005.
Selain Aesry Athmar, pasangan tersebut turut memiliki empat orang lagi cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Aeril Aqmar, Muhammad Arraz Ammar, Muhammad Aqriz Anmar, serta Muhammad Affan Afmar.
Sumber: Instagram Ag Azmeer
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI