Kaki penyanyi Ayda Jebat mengalami bengkak dan lebam selepas terjatuh di atas pentas ketika membuat persembahan penuntup di Anugerah Skrin 2019, pada Ahad.
Menyampaikan lagu Temberang, Ayda ketika dihubungi menjelaskan, insiden terbabit berlaku dengan pantas namun dia sedaya upaya cuba teruskan persembahan meskipun terpaksa menahan kesakitan.
“Ketika sedang seronok menyanyikan lagu Temberang dan menari, saya gagal mengimbangkan badan kerana kasut tumit tinggi hingga menyebabkan saya tergelincir dan terjatuh.
Ads
“Barangkali terlalu teruja juga antara faktor saya gagal mengawal diri. Saya sedaya upaya ingin memberikan persembahan terbaik. Tambahan pula, ini adalah anugerah berprestij .
“Saya mohon maaf kalau kesilapan itu mencacatkan persembahan, tapi bersyukur tidak mengalami kecederaan yang teruk cuma lebam. Terima kasih kerana mendokan kesihatan dan menyukai persembahan saya semalam.
Ads
“Bagi saya dalam setiap persembahan pasti ada kesilapan kecil, tapi sebagai penghibur kita perlu bijak mengawal diri dan situasi,” katanya.
Terdahulu insiden yang menimpa bintang berkenaan itu mendapat reaksi positif di kalangan peminat apabila apabila rata-rata menyatakan kagum dengan cara penyanyi itu mengawal pentas.
Ads
Malah, vokal dan penampilannya dipuji ramai. Pada masa sama, Ayda juga dilihat tenang dan tidak gelabah apabila terjatuh ketika rancak menari bersama Santesh malam semalam.
Berkongsi rakaman ‘program’ istimewa, Majalah Empat, Hafreez Adam berkongsi keistimewaan gelagat lucu teman wanitanya, pelakon Zara Zya yang punya kebolehan ‘berinteraksi’ dengan monyet.
Video senda gurau yang dirakam itu menunjukkan Zara menjadi hos rancangan yang sedang ‘menemubual’ seekor monyet yang dikatakan sedang bersedih akibat kehilangan teman-teman.
“Anda bersama saya dalam Majalah 4. Sekarang saya ingin menemuramah Ikram yang tenagh bersedih kerana kehilangan kawan-kawannya.
“Nampaknya dia tidak mampu berkata-kata. Tapi saya cuba.
“Mungkin dia rabun. Tak nampak kehadiran saya. Tapi kita cuba lagi.
“Nampaknya dia masih lagi bersedih,” katanya. Apa yang melucukan, Zara melompat ketakutan seraya haiwan tersebut menuju ke arahnya.
“Hebatnya awak @zarazya . Boleh bercakap dengan monyet. Patut kadang-kadang bila awak cakap, saya tak faham,” tulisnya.
“Saya buat ini demi anak-anak. Komitmen saya juga besar.”
Demikian kata pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sebagai mengulas usaha dan kegigihannya yang terus optmis mengembangkan empayar perniagaannya termasuk yang terbaharu, rangkaian beg Anthon’s Leater by Aliff Syukri.
Menurut Aliff, komitmen syarikart yang tinggi serta persaingan sengit daripada jenama baharu menjadi antara sebab dia terus konsisten berniaga, termasuk memperkasakan jualan secara atas talian.
“Saya mempunyai pekerja lebih 300 orang. Jadi mahu tidak mahu, saya dan isteri perlu meneruskan survival peniagaan. Ketika fasa dan selepas pandemik, perniagaan memang merudum.
“Namun alhamdulillah berkat bantuan dan sokongan anak isteri, perniagaan yang dijalankan itu kembali menampakkan hasil positif.
“Namun saya tidak nafikan, bila anak-anak makin membesar mereka tidak mahu depan. Kadang-kadang bila minta buat ‘konten’, mereka tak mahu buat. Sampai saya menangis.
“Jadi bila pelancaran Anthon’s Leater ini, saya minta anak-anak untuk bergaya. Sebab anak sulung saya misalnya, dia pemalu. Lalu saya beritahu, dia sekarang sudah perlu ke depan,” katanya.
Aliff yang ditemani isteri, Datin Seri Nurshahid berkata demikian pada Majlis Pelancaran Anthon’s Leather (AL Beg) dan Aliff Syukri Beg (AS Beg) di Hotel One World, Petaling Jaya, pada Selasa.
Aliff bagaimanapun mengakui tidak mahu terlalu menjakan anak-anak dengan kemewahan dalam proses mendidik.
“Memang sekarang saya latih mereka untuk berniaga. Sebab saya pun akan ‘pergi’ satu hari nanti. Sayang kalau anak saya tidak ambil alih (empayar perniagaan).
“Tapi saya tak mahu mereka syok sendiri. Kadang-kadang ada anak-anak yang merasakan sebab ibu bapa mereka orang kaya, mereka boleh jalani hidup dengan keseronokan.
“Saya mahu didik mereka, bukan senang untuk berniaga. Jujurnya ibu saya sendiri pun orang senang, namun dia tidak pernah didik saya untuk jadi anak orang kaya,” katanya lagi.
Beg AL & AS adalah cetusan inspirasi daripada Aliff sendiri yang mana konsep reka bentuk rangkaian beg tersebut dilhamkan dengan sentuhan serta cita rasa mewah.
Penghasilan kualiti beg bertaraf antarabangsa dengan harga tempatan, ia pastinya mampu dimiliki dan sesuai untuk semua peringkat umur mahupun jantina mengikut rekaan beg tertentu.
Setakat ini, lebih 500,000 unit beg telah terjual atas sokongan dan sambutan luar biasa menerusi platform e-dagang.
Pada majlis sama, turut diraikan ialah Master Partner (MP) bagi stokis dan ejen terlibat atas prestasi jualan tinggi, termasuk para ‘affiliate’ di platform Tiktok terpilih.
Acara juga diserikan dengan persembahan istimewa daripada Kazar Saisi dan anaknya, Ira Kazar dan penyanyi popular Ziana Zain yang menyampaikan tiga buah lagu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
@mediahiburanofficial Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan dia dan isteri, Datin Seri Nur Shahida pernah berada dalam situasi di ambang perpisahan namun bersyukur kerana urusan jodoh yang masih utuh setia. Dia pada masa sama, turut simpati dan bersedih dengan berita perceraian membabitkan beberapa pasangan selebriti tempatan, kebelakangan ini. #MHnews#MediaHiburan#FYP♬ Sad piano ballad (BGM / sad)(936782) – TrickSTAR MUSIC
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon Kilafairy menzahirkan rasa teruja dan syukur apabila menjalinkan kerjasama dengan produk kecantikan, UFORA.
Kilafairy, 29, atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan berkata, dia bukanlah seorang yang mudah bekerjasama dengan produk keluaran tempatan terutama produk solekan terutamanya lipmatte ataupun pembayang pipi.
Bagaiamanpun, mencubanya terlebih dahulu untuk melihat keberkesanan dan keserasian sebelum menyatakan persetujuan.
“Bukan soal mereka kata nak bayar saya atau sebaliknya kerana saya tidak boleh bertindak semudah itu untuk berkata ‘ya’. Tapi apabila mencubanya, saya suka.
“Jadi saya nak beritahu peminat dan pengguna di luar sana cuba gunakan lipsmate dari UFORA menerusi kerjasama UFORA X KILAFAIRY memang rasa seperti tidak pakai apa-apa dibibir,” katanya jujur.
Baginya yang selesa disapa Kila ini, tekstur lembut yang ada pada lipmatte terbabit sememangnya jarang didapati dalam mana-mana produk tempatan lain.
“Produk sama jenama antarabangsa lain yang saya pernah guna pun teksturnya tidak seperti lipmatte ini dan harganya pula amat berpatutan, hanya RM35 yang dianggap mampu milik,” katanya.
Sebelum ini, Kila yang juga merupakan anak kepada penyanyi senior, Rohana Jalil turut tampil dengan jualan produk makanan tambahan sendiri, iaitu KilaFit kira-kira dua tahun lalu.
Produk kesihatan dan pelangsing badan dengan formulasi bahan semula jadi oleh doktor bertauliah dengan cetusan idea Kilafairy mendapat sambutan memberangsangkan daripada pengguna.
Sementara itu, Kila turut prihatin dengan keadaan semasa di mana ramai individu hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19 dan ia telah mencetuskan idea bersama pengasas UFORA, Supia Saupi, 28, untuk memperkenalkan Skim Dropship Tanpa Modal.
“Kami nak ajak orang-orang diluar sana berniaga tanpa modal. Maksudnya mereka boleh berniaga tanpa perlu keluar duit.
“Tidak kira jantina semuanya boleh turut serta. Sesiapa yang berangan nak berniaga tapi tiada duit atau modal, inilah jalan terbaik untuk merealisasikan impian itu.
“Kami amat menggalakkan penyertaan mereka. Kami memang berhasrat nak membantu. Saya sendiri begitu bersimpati dengan mereka yang hilang kerja atau dipotong gaji,” katanya.
Pelancaran produk dan Skim Dropship Tanpa Modal, UFORA X Kilafairy telah disiarkan secara langsung menerusi Facebook Live UFORA HQ, malam Sabtu.
Dalam perkembangan lain, Kila mendedahkan dia akan tampil dengan single terbaru berjudul Ratu yang berkonsepkan pop.
“Namun tajuknya belum pasti dan masih dalam perbincangan. Ia diuruskan oleh pengurusan saya iaitu Paranormal Records.
“Setakat ini saya dah mempunyai tiga single dan selebihnya berkolaborasi dengan penyanyi lain,” katanya.
Diajukan persoalan peribadi tentang jodoh, Kilafairy mengakui sudah mempunyai kekasih hati.
“Hal begini saya serahkan kepada pihak lelaki. Takut nanti saya rancang-rancang tak jadi pula. Yang pasti, bila ia sudah konkrit, insya-Allah saya akan berkongsi dengan semua orang,” katanya.
Kila dan kekasih difahamkan sudah lebih 10 tahun saling mengenali.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!