Kalau kita lihat zaman sekarang ini, ada juga segelintir artis yang menggunakan khidmat pengawal peribadi atau ‘bodyguard’ untuk memastikan keselamatan mereka terjamin.

Maklumlah sebagai selebriti, pastinya banyak mata yang meilhat setiap gerak geri mereka.

Baru-baru ini pelakon cantik dan popular, Fasha Sandha ada memuat naik satu gambar di akaun Instagram miliknya dan pada ruang kapsyen dia berkata ALLAH SWT adalah sebaik-baik pelindung buat dirinya.

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

IKLAN

“Ramai kata, sempoi je kan u Fasha, takyah bodyguards ?
Hahaha, perlu ke bodyguards?
Ni tentera kecik ni dah cukup utk jadi bodyguards ibu.

 

“Allah Ada, ALLAH is THE BEST PROTECTOR .Teruskan berjalan, jangan takut, selagi kita baik dengan orang, insyaallah, kita akan jalan dengan selamat ?✌,” tulis Fasha pada perkongsiannya.

Rata-rata pengikut dan peminat Fasha uga turut bersetuju dengan pandangan artis kesayangan mereka ini bahawa ALLAH SWT adalah sebaik-baik pelindung setiap manusia.

zachreeza: @fashasandha sukernya baca apa yg awk tulis..benar2 belaka

IKLAN

msmemama: Ya betol..hidup ni xperlukan orang lain melindungi kita siang malam kerana ALLAH S.W.T yang sentiasa ada dgn kita sejak kita lahir dan mati nanti..dan juga doa ibu bapa pelindung kita sentiasa

IKLAN

cantuman_by_ara: Tepatttt may Allah always with u dear…sentiasa minat u dari jauh

MH juga setuju dengan apa yang dikatakan oleh Fasha itu, selagi kita baik dengan orang-orang disekeliling kita, Insya ALLAH kita akan sentiasa dilindungi oleh yang Maha Esa.

Sumber: Instagram Fasha Sandha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI