Nampaknya belum reda soal saman dan provokasi dari netizen terhadap blogger dan bintang media sosial.

Lalu baru-baru ini, Cik Epal ada berkongsi rakaman pengarah terkenal, Micheal Ang yang didakwa memberikan reaksi terhadap tindakannya yang mahu failkan saman terhadap komen di media sosial.

Maklum Cik Epal, dia tidak pernah menguar-uarkan kekayaannya dan mempersoalkan kenyataan Micheal sama ada perlukah dia membeli kereta berharga RM500k semata-mata untuk Nampak kaya.

Pengarah teragung. Sekarang ni perlu ke aku gelak dekat dia balik?

“Video ada dua part aku compilekan jadi satu terus.

“Aku tak pernah canang dekat social media pon yang aku kaya. Ada ke? Dah kenapa tiberrr dia nak bagi panduan orang kaya?

IKLAN

“Aku hidup ber empat je (campur Han dan Yuki). Perlu ke kena beli kereta berharga RM500k ke atas sampai 5-6 bijik semata nak tunjuk kaya?? Kezzzzahhhh.

“Btw,posting first video mike ni,ngam-ngam sebelum aku buat PC semalam.

“Yang benar,
Epaliah Samaniah, jiwa pendekar pantang disentuh,” tulisnya panjang lebar.

IKLAN

Pengarah Setelah Terlafaznya Akad ini bagaimanapun hanya meninggalkan komen huruf L dan mendapat reaksi sinis ibu kepada dua anak ini.

“tu je mampu reply?”

IKLAN

“Perlu Ke Kena Beli Kereta Berharga RM500k Ke Atas Sampai 5-6 Bijik Semata Nak Tunjuk Kaya?” – Cik Epal Selar Micheal Ang?

Dalam pada itu, netizen turut memberi reaksi terhadap apa yang dilakukan Micheal.

Bahkan ada juga yang menyarankan agar pengarah prolifik itu tidak mempromosikan buli siber.

“Perlu Ke Kena Beli Kereta Berharga RM500k Ke Atas Sampai 5-6 Bijik Semata Nak Tunjuk Kaya?” – Cik Epal Selar Micheal Ang? “Perlu Ke Kena Beli Kereta Berharga RM500k Ke Atas Sampai 5-6 Bijik Semata Nak Tunjuk Kaya?” – Cik Epal Selar Micheal Ang? “Perlu Ke Kena Beli Kereta Berharga RM500k Ke Atas Sampai 5-6 Bijik Semata Nak Tunjuk Kaya?” – Cik Epal Selar Micheal Ang?

Foto : Instagram Cik Epal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI