Penyanyi, Elyana mengakui terharu dengan keperihatinan yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak yang ingin membantunya untuk menghulurkan sumbangan bagi menampung kos perubatan kanser limfoma yang dihadapinya ketika ini.

Memetik laporan Kosmo Online, Elyana memaklumkan dia sebenarnya segan untuk menerima sebarang bantuan memandangkan selama ini dia tidak pernah berbuat sedemikian lebih-lebih lagi untuk meraih simpati daripada orang ramai diatas penderitaan yang dialami itu.

“Jujur saya terharu dan tidak tahu nak kata apa. Ramai mesej (DM) saya dalam Instagram nak hulur bantuan selepas berita mengenai kos ubat yang perlu saya tanggung disiarkan.

“Saya pada awalnya memang tak pernah terfikir atau terlintas apatah lagi mahu meminta belas ihsan daripada orang lain.

“Tapi malam tadi saya dihubungi bekas
pengurus syarikat rakaman sebelum ini, Sam Samin yang meminta kebenaran untuk saya untuk mereka siarkan nombor akaun bank bagi mengumpul dana meringankan beban kos perubatan,” katanya seperti yang dipetik.

Perlukan Ubat Khas Bagi Perkuatkan Antibodi, Elyana Terharu Ramai Ingin Beri Sumbangan Perlukan Ubat Khas Bagi Perkuatkan Antibodi, Elyana Terharu Ramai Ingin Beri Sumbangan

Dalam pada itu, penyanyi lagu Tak Tercapai Diakalmu ini turut menambah, dia kini harus menyediakan sejumlah wang yang agak besar untuk mengambil ubat khas secara berkala sebagai salah satu ikhtiar untuk merawat penyakitnya itu.

Ads

“Kalau ikutkan, Jumaat ini saya dah kena mula ambil ubat khas berupa antibodi berharga RM50,000 itu. Doktor sarankan kena ambil lima kali ikut jadual ditetapkan.

“Jujur buat masa sekarang, saya memang tidak ada sumber kewangan sebanyak itu. Jika dana yang dikumpul dan disumbangkan orang ramai itu mencukupi, saya terus akan dapat ubat tersebut.

“Sebaliknya jika kewangan masih tidak menginzikan, saya tetap akan menjalani rawatan kemoterapi seperti biasa dan terpaksa menangguh dulu hasrat untuk mengambil ubat khas tersebut,” katanya lagi.

Perlukan Ubat Khas Bagi Perkuatkan Antibodi, Elyana Terharu Ramai Ingin Beri Sumbangan Perlukan Ubat Khas Bagi Perkuatkan Antibodi, Elyana Terharu Ramai Ingin Beri Sumbangan

Ads

Sementara itu, Elyana turut memaklumkan ubat khas yang disarankan oleh pihak doktor itu akan bertindak sebagai antibodi hang mampu untuk membina daya ketahanan sehingga 98 peratus.

“Doktor beritahu saya, ubat khas itu berfungsi untuk ketahahanan antibodi hingga 98 peratus dan peluang untuk sembuh daripada kanser amat cerah.

“Ada orang jenis kemoterapi berbeza-beza, macam saya doktor sarankan dan sesuai untuk guna ubat tersebut. Insya-Allah peluang untuk sembuh tu ada,” ujarnya lagi.

Ads

Baru-baru ini, Elyana ada meluahkan kerisauan mengenai kos rawatan sesi kedua kemoterapi yang menelan belanja hingga RM250,000 bagi keseluruhan lima sesi yang akan dimulakan Jumaat ini.

Perlukan Ubat Khas Bagi Perkuatkan Antibodi, Elyana Terharu Ramai Ingin Beri Sumbangan

Sekadar informasi, ibu kepada dua orang cahaya mata ini mendedahkan tentang penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihadapinya itu ketika siaran langsung konsert Gegar Vaganza musim keempat pada 2017.

Sepanjang tempoh tersebut, Elyana telah pun melalui pelbagai sesi rawatan sebagai ikhtiar untuk melawan penyakitnya itu.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh salurkan ke akaun bank Maybank milik Elyana 114254214344.

Sumber: Kosmo Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI