Pelakon dan penyampai radio, Riena Diana menilih untuk memakai tudung sepanjang Ramadan tahun ini.
Menurut Riena, selain mahu mengumpul pahala di bulan mulia ini, dia juga mengakui kini dalam proses untuk belajar serta merasai pengalaman berhijab.
Menerusi Harian Metro, pelakon Kampung People ini juga mahu mengambil keberkatan di bulan mulia ini.
“Sebenarnya saya belum terfikir nak pakai tudung sepenuhnya lagi, tapi saya ambil keberkatan bulan Ramadan ini dengan memakai tudung sepanjang mengendalikan segmen Geng Pagi Hot di stesen radio Hot FM.
“Ketika saya maklumkan kepada penerbit untuk membawa karakter bertudung di konti radio sepanjang bulan puasa ini, dia memberi galakan dan menyokong pilihan yang saya buat.
“Saya anggap ini adalah permulaan untuk saya membiasakan diri sebelum mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya satu hari nanti. Apapun, doakan semoga impian untuk berhijab dipermudahkan,” katanya.
Jelasnya lagi, Ramadan yang dilalui lebih bermakna sejak menutup kepala.
“Jujur macam-macam perasaan bermain di fikiran, tapi apa yang lebih menyeronokkan bila rasa puasa kita lebih bermakna.
“Lagipun, tahun lalu ada beberapa hari yang saya tidak dapat berpuasa kerana jatuh sakit. Tapi, tahun ini insha-Allah saya akan berpuasa penuh selain tidak dapat berpuasa kerana keuzuran,” katanya.
Terdahulu, Riena dipilih menjadi penyampai radio baharu di Hot FM, sekali gus melengkapkan trio Geng Pagi Hot (GPH) bersama Fizie dan Mark Adam sejak Februari lalu.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI