Bakal melahirkan anak sulung tidak lama lagi, pengacara Dayah Bakar bersyukur atas nikmat yang diberiNya.
Meminati sukan seperti badminton dan boxing, pemilik nama penuh Nur Hidayah Abu Bakar mendedahkan bahawa ketika itu, dia mengetahui dirinya hamil buat pertama kali.
“Sesekali menghirup udara segar , ahhh nyaman sekal. Siapa yang follow Dayah , mmg tau Dayah jenis yang active, selalu pergi boxing, piloxing, zumba, badminton and apa2 yang boleh kasi peluh .
“Fakta : Dayah pernah 3 hari straight pergi boxing, and tak sedar waktu tu dah pregnant.
“Alhamdulillah takda apa2 . Doc kata mungkin badan Dayah dah terbiasa waktu tu,” tulisnya.
Mahu berhenti seketika melakukan aktiviti sedemikian, pengacara Borak Kopitiam itu hanya melakukan aktiviti ringan seperti yoga.
“Jadi sekarang , Dayah take a break sekejap . Just buat basic stretching atas yoga mat je . Instructor pun ikut Youtube and monitored by my Tchanif.
“What do you guys think ? Bagi Dayah, bagus untuk pregnant woman to take a fresh air and brisk walking.
“Tapi kan ….. Semalam kan waktu pergi taman , baru sampai je terus cakap “ Sedapnya kalau dapat Ice Cream Roti “ . Sengkuang calit takda jual ke ? ,” kongsinya.
Dayah yang kini hamil third trimester sudah membuat persiapan rapi untuk si kecil.
Terdahulu, Dayah dan suami, Muhammad Hanif Hamidi mendirikan rumah tangga pada 29 Jun 2018.
Foto: Instagram Dayah Bakar