Pernah mencetuskan sensasi terhadap beberapa perkara, usahawan kosmetik, Safiey Illias memuat naik foto mengundang persoalan.
Gambar dirinya sedang berpakaian lelaki dan dengan kapsyen yang mengakui dia tidak pernah mahukan jalan sebegini.
Penyanyi Syinta Gila ini memuat naik gambar tersebut menerusi Instagram, beberapa jam lalu.
Sebaliknya, iman manusia sentiasa ada turun naik dan sebagai manusia, berbaik sangka dengan Allah.
“X pernah sesekali diri ini nak jadi mcm ni . Pernah berhijrah , terkandas . Dan hanya diri sendiri yg tahu . Emang beginilah kehidupan . Iman naik dan turun .
Ads
“Ujian juga dtg berbeza beza . Kdg kita lepas , kdg kita terkandas . Org lain tak akan faham apa yg kita rasa dan lalui.
“Sentiasalah bersangka baik dgn Tuhan . Kelak pasti ada jalan . Redha situation,” tulisnya.
Safiey sebelum ini kerap kali mengikuti tazkirah anjuran penceraman terkenal, Ustaz Ebit Lew dan videonya menangis sewaktu didoakan menjadi video ketika itu.
Menyambut baik kata-kata Safiey, netizen mendoakan agar lelaki itu diberikan hidayah dan dipermudahkan urusan.
Ads
Namun, masih ada yang menganggap ini sekadar gimik untuk mempromosikan produknya.
Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Safiey.
Foto: Instagram Safiey Illyas
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hubungan di antara pelakon Sharnaaz Ahmad dengan aktres baharu, Amelia Christie kini bukan lagi rahsia selepas kedua-duanya hadir saling berpimpinan tangan pada malam gala filem Polis Evo 3 yang diadakan baru-baru ini.
Terbaharu, perkongsian Amelia, 23, menerusi Instagram Story menarik perhatian ramai apabila dia memuat naik sebuah video ringkas menyatakan kegembiraannya menerima bunga orkid daripada insan tersayang.
Dalam video berkenaan, Amelia turut menunjukkan kad ucapan yang disertakan sekali dengan hadiah tersebut yang diberikan oleh Sharnaaz serta anak tunggalnya, Jebat Jayden.
“Thank you Sayang, Mamu,” tulis Sharnaaz dalam kad tersebut.
Amelia turut menulis kapsyen ringkas dalam entri tersebut yang berbunyi, “Apa yang saya tahu, kamu (Sharnaaz) adalah insan yang tidak pernah gagal untuk membuatkan saya tersenyum.”
Untuk info, Sharnaaz, 38, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Noor Nabila Mohd Noor yang juga merupakan kakak kepada Neelofa pada 30 Mac 2017 namun disahkan bercerai pada 9 Julai 2020.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, selain persembahan bintang dan gelagat spontan pengacaranya setiap minggu, penampilan para penyokong artis bertanding di program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) juga turut sama mencuri pandang.
Selain ‘klon’ penyanyi Ziana yang dikenali sebagai ‘Ziana Zain 2’ yang sering saja mencuit hati para penonton lain yang memenuhi Auditorium MBSA, Shah Alam dengan aksi menarik perhatian, ada juga peminat lain yang tak kurang ‘glamornya’.
Bertemu dengan Ann Artis yang sering tampil yakin dengan persalinan nan menyerlah misalnya, dia antara peminat yang tidak pernah ketinggalan menyaksikan GV9 secara langsung ini.
Bagaimanapun, ada juga komen-komen nakal yang mengusik mengenai penampilan Ann, terutamanya di media sosial.
“Komen-komen sedemikian saya biarkan sahaja. Bagi saya ia satu gurauan dan saya okay. Saya jarang balas balik apa yang warganet perkatakan. Saya cuma bagi ‘love’.
“Kalau nak diikutkan antara komen paling lucu yang pernah saya terima ialah bila ada yang samakan saya dengan pemandu lori. Saya cakap tidak mengapa, mulut orang kita bukan boleh tutup.
“Reaksi saya, buat macam biasa. Tambahan pula saya ni jenis tak ambil kisah orang nak katakan apa terhadap saya. Malah ada juga yang beritahu mereka hanya bergurau, jadi saya faham,” katanya yang turut dikenali sebagai Cik B kepada MH.
Ditanya mengenai persalinan ‘meletup’ yang digayakan saban minggu, peminat berusia 30-an ini menjelaskan ia ditanya oleh seorang pereka fesyen.
“Baju saya memang ditaja, setiap minggu memang akan berbeza-beza,” katanya yang turut akui dia tidak pernah lelah untuk menyokong perkembangan seni tempatan.
“Saya memang sokong industri seni dan saya juga memang gemarkan hiburan. Untuk GV9 pula, saya suka dengan semua bintang bertanding. Cuma yang paling istimewa ialah Jaclyn Victor sebab bagi saya, dia ‘power’,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan kini mempertaruhkan filem bergenre komedi, drama dan romantik berjudul Dunki.
Ia susulan kejayaan dua naskhah terdahulu yang turut dibintanginya iaitu Pathaan dan filem aksi thriller, Jawan pada pertengahan tahun yang turut melakar sukses meraih kutipan tinggi tersendiri dalam industri perfileman Bollywood, tahun ini.
Buat pertama kali, Shah Rukh menerusi Dunki bekerjasama dengan pengarah hebat Rajkumar Hirani yang pernah mencipta sejarah menerusi filem Munnabhai MBBS, PK dan 3 Idiots.
Tampil dengan kisah berbeza, filem ini ‘menjauhkan’ Shah Rukh daripada aksi dan penampilan macho di layar perak.
Dunki mengetengahkan perbezaan antara kaya dan miskin, celik dan buta huruf serta impian dalam kehidupan selain mengangkat isu pendatang asing dari Punjab, India Utara untuk mencari kehidupan lebih baik.
Di sebalik itu, Rajkumar turut menyelitkan beberapa fakta dan statistik yang berlaku terhadap pendatang asing di dalam skrip ditulis bersama Abhijat Joshi dan Kanika Dhillon itu.
Kisah pendatang asing sudah menjadi isu ‘tabu’ dan memberi impak seluruh dunia, namun Rajkumar bijak mengolah jalan cerita dengan menyuntik elemen kemanusiaan, selain disampaikan berselang-seli dengan aksi humor serta menjentik emosi penonton.
Dunki tampil dengan kekuatan tersendiri melalui jalan cerita dan lakonan hebat Shah Rukh dan gandingannya, Taapsee Pannu.
Ia turut dibarisi Boman Irani, Vicky Kaushal, Vikram Kochhar, Boman Irani, Anil Grover dan Dharmendra.
Kisah berlatarkan pada tahun 1995 apabila Hardy Singh Dhillon (Shah Rukh) yang juga seorang askar yang baru saja pulih daripada kecederaan tiba di bandar bernama Laltu di Punjab untuk mencari lelaki yang pernah menyelamatkan nyawanya.
Hardy bertemu dengan tiga lelaki, Taapsee Pannu (Manu), Anil Grover (Balli) dan Vikram Kochhar (Buggu) yang bercita-cita berhijrah ke London, England untuk mencari kehidupan lebih baik.
Tanpa diketahui, lelaki itu sudah meninggal dunia dan abang kepada Manu. Atas rasa terhutang budi, Hardy berjanji membantu Manu dan rakan-rakannya ke London.
Bagaimanapun, mendapatkan visa tidak semudah disangka, selain kekurangan wang.
Mereka mula mendekati ejen yang menipu, kemudiannya atas desakan Hardy mereka mula belajar bahasa Inggeris untuk memperoleh visa pelajar ke United Kingdom (UK).
Mereka bertemu Siddu (Vicky Kaushal), seorang lelaki yang terdesak mahu pergi ke London hanya untuk sehari.
Apabila gagal menyelesaikan kelas bahasa Inggeris, mereka mengambil jalan mudah melalui laluan haram.
Bermula ke Pakistan, kemudiannya Afghanistan, Iran dan seterusnya, UK dengan kapal, namun tersangkut dalam kontena.
Sudah tentu perjalanan mereka penuh pengkhianatan dan kehilangan beberapa rakan pengembara di sepanjang jalan, tetapi mereka tidak berputus asa menjejaki kota impian, London.
Dunki yang sarat dengan emosi dan mengetengahkan erti persahabatan serta nilai setia kawan itu diedarkan oleh White Merpati Entertainment Sdn Bhd di Malaysia dan menemui penonton di pawagam seluruh dunia sejak 21 Disember lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal filem Home Alone, Macaulay Culkin, membuat pendedahan mengejutkan apabila mengakui sudah lebih tiga dekad tidak berhubung dengan bapanya, Christopher “Kit” Culkin.Dalam episod...