Bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan negara yang ke-64 sebelum ini, kebanyakan stesen televisyen dilihat banyak memainkan drama serta program-program berunsurkan patriotik.
Bagi pelakon senior, Zainol Macwilson pula, kisah-kisah seperti ini sebenarnya merakam kembali memori sewaktu dia berkhidmat sebagai anggota tentera British pada sekitar tahun 1979 sehingga 1985.
Menurut Zainol, sepanjang tempoh tersebut, dia telah berkhidmat di beberapa buah negara Eropah antaranya Jerman dan Ireland Utara.
“Mmmm….sejak kebelakangan ni, kat TV banyak program bercorak ketenteraan. Bila tengok tu, teringat pula pada zaman masa saya sendiri pernah berkhidmat dalam ATB (Angkatan Tentera British) pada tahun 1979 – 1985.
“Pernah berkhidmat dengan NATO Forces di Germany selama setahun dan di Ireland Utara selama setahun,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan bapa kepada pelakon, Zahirah Macwilson itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Dalam pada itu, Zainol turut memaklumkan antara momen yang tidak dapat dilupakannya, ketika dianugerahkan pingat, General Service Medal diatas pencapaian cemerlangnya.
“Saya juga bangga di beri pingat GSM (General Service Medal) walaupun tak pernah diberi peluang berlakon sebagai pegawai/anggota tentera dalam drama atau filem melayu.
“Namun saya tetap bangga sebab saya sendiri tau yang dalam realitinya, saya dah pernah berkhidmat. Gambar ni di ambil pada tahun 1980 di Belfast, Ireland Utara,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum selain turut menitipkan ucapan terima kasih sapanjang khidmatnya bergelar seorang tentera.
Antaranya;
“Great experience uncle.”
“Wow, salute sir. Baru tahu rupanya uncle ex army.”
“Wah, hebat! Baru tahu pernah berkhidmat dalam tentera. Hanya yang telah mengalami tahu perit jerih masuk tentera.”
“Terbaik uncle, thank you for sharing.”
Sekadar informasi, selain aktif berlakon, Zainol juga turut sibuk menguruskan bisnes baja miliknya di Perlis.
Sumber: Instagram Zainol Macwilson