Pernah dilabel sebagai artis ‘kaki gaduh’, kini selebriti vertasil, Ifa Raziah menjadi antara inspirasi dan tempat rujukan bagi rakan-rakan artis yang ingin memulakan perniagaan.

Menurut Ifa, apa yang berlaku pada masa lampau menjadikan dirinya lebih matang pada hari ini.

Pernah Dilabel ‘Kaki Gaduh’ Tapi Kini Jadi Tempat Rujukan Kawan Artis, Ifa Raziah Seronok Dapat Berbakti Kepada Industri

“Alhamdulillah, apa yang terjadi pada waktu dulu, itu semua cerita lama. Dulu darah muda sekarang darah tinggi. Bila dah berusia, kita akan jadi lebih matang. Proses seperti ini yang menjadikan kita yang sekarang.

“Dulu kebodohan kita ini disebabkan darah muda. Walaupun orang nak dengki atau mengata saya, biarlah kerana saya akan tetap begini. Yang saya tahu, saya nak buat kerja saya sahaja.

“Kerja keras saya bukan hanya untuk diri sendiri tapi juga untuk orang-orang di sekeliling yang saya kena jaga,” katanya kepada MH.

Ifa ditemui ketika merasmikan Fiesta Market Celebrity sempena Pameran Datuk Sudirman Hj Arshad Warisan Sudir: Tribute Kepada Penghibur No 1 Asia di sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang pada Sabtu.

IKLAN

Pernah Dilabel ‘Kaki Gaduh’ Tapi Kini Jadi Tempat Rujukan Kawan Artis, Ifa Raziah Seronok Dapat Berbakti Kepada Industri

Katanya lagi, dia juga gembira kerana dapat berbakti semula di dalam industri dengan menyediakan platform buat rakan-rakan artis memulakan bisnes.

“Bila orang tanya apa sumbangan saya terhadap industri seni? Inilah dia. Ini yang orang tak nampak atau buat-buat tak nampak.

“Mungkin sumbangan saya bukan kerana suara saya. Jadi, dengan cara lainnya, saya bantu rakan-rakan artis dengan mencipta satu platform untuk mereka berniaga.

IKLAN

“Mungkin saya tak bantu dengan duit tapi saya bantu menaikkan jenama mereka,” kongsinya lagi.

Tambah Ifa, dia juga tiada masalah untuk menyokong rakan-rakan artis yang ingin meceburi bidang yang sama dengannya meskipun sudah terlebih dahulu menempa kejayaan.

Pernah Dilabel ‘Kaki Gaduh’ Tapi Kini Jadi Tempat Rujukan Kawan Artis, Ifa Raziah Seronok Dapat Berbakti Kepada Industri

“Ini adalah persaingan yang sangat sihat. Saya sarankan kepada artis-artis, tolonglah buat bisnes. Memang benar seni ini merupakan passion kita tapi pada masa sama kena mulakan bisnes yang boleh menjana pendapatan hari-hari.

IKLAN

“Bila sudah tiada tawaran kerja nanti, kita jadi tak tahu nak buat apa. Biarkan sahaja diri kita tenggelam dan merempat meminta tolong. Nanti netizen juga yang mengata kita.

“Jadi kita kena tukar mindset untuk fikirkan macam mana kita nak teruskan hidup untuk jangka masa yang lama.

“Jangan hanya fikir pendapatan sekarang untuk makan hari ini sahaja. Kita ada anak, kita kena fikirkan juga tentang pelajaran anak-anak,” akhirinya.

Dalam program itu, seramai 16 selebriti antaranya Syanie, Riezman Khuzaimi, Azan Scan, Norli Tamam, Azlee Khairi dan Yassin membuka gerai menjual produk keperluan bermula kelmarin hingga hari ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit foto: Instagram Ifa Raziah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI