Korang ingat tak masa zaman sekolah dulu, boleh dikatakan wajib juga untuk seseorang mempunyai nama gelaran. Kalau nasib baik dapatlah nama yang sedap didengar.
Kadang-kadang nama gelaran juga diberikan kepada seseorang dengan tujuan mengejek. Dulu masa tiada teknologi ni, boleh dikatakan inilah ‘hiburan’ harian di sekolah, asalkan tidak melampau batas.
Mungkin teringat cerita zaman sekolah dahulu, pelakon, Wawa Zainal ada memuat naik satu “Tweet’ bagaimana dia dahulu pernah diberikan gelaran ‘Bawang’ di sekolah.
“Dulu kat sekolah orang panggil aku bawang. Hahaha…selamat masa itu makcik bawang dan membawang belum wujud,” tulisnya.
Haaa…bayangkan lah kalau dari dulu perkataan makcik bawang dan membawang dah wujud, apa agaknya akan jadi pada Wawa ye? adakah dia kena tukar nama gelaran lain?
Dalam pada itu, MH lihat ramai netizen memberikan komen terhadap Wawa, ada yang bergurau bertanyakan pelakon tersebut dikategorikan sebagai bawang apa.
Selain itu, ada juga yang mengatakan bahawa budak-budak perempuan sekolah semuanya ‘bau bawang’. MH pun tak pasti apa maksudnya.
Adoy, kadang-kadang MH pelik juga bila selalu lihat perkataan ‘bawang’ di mana-mana. Apa-apapun MH terhibur dengan cerita Wawa.
sumber: Twitter Wawa Zainal