Pelakon Faye Kusairi ada mengimbau kembali foto wajah dirinya selepas diserang penyakit Bell Palsy atau pun kelumpuhan pada otot muka secara tiba-tiba pada awal bulan Disember lalu.
Faye atau nama lengkapnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi memberitahu peristiwa tersebut merupakan kenangan manis yang tidak akan dilupakan bagi dirinya.
“Kenangan manis yg takkan saya lupakan, My Bell’s Palsy Journey,” tulisnya ringkas.
Melihat diruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar pelakon drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 itu sentiasa berada dalam keadaan yang sihat serta dilindungi olehNya.
Difahamkan, Faye telah mengalami kelumpuhan otot di sebelah kiri wajahnya ketika sedang meniti hari untuk melahirkan cahaya mata keduanya, Asha Azmi.
Terdahulu, Faye telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Azmi Hatta pada tanggal 9 April 2017.
Faye dikurniakan sorang anak lelaki yang diberi nama Alif Azmi, 2 dan Asha Azmi yang telah dilahirkan pada 15 Disember lalu.
Foto: Instagram Faye Kusairi