Bintang media sosial dan usahawan, Beby Maembong kecewa dengan segelintir individu yang memandang serong terhadap fizikal badannya beberapa tahun lalu.
Akui kakak kepada pelakon popular Emma Maembong itu, dia berasa kurang berkeyakinan ketika berjumpa dengan orang ramai kerana merasakan dirinya kurang cantik di mata mereka.
“Di Malaysia jika anda gemuk maka anda HODOH. That the most Fking mindset people have i know! Sebenarnya semua orang cantik dengan cara mereka sendiri.
“Im once Being a fatphobia and fat bully and its really actually attacking my mental illness & i am lack of confidence.
“I always cry & lock myself I feel terrible.. Saya pernah elak untuk bergambar dan berjumpa dengan orang ramai kerana kurang keyakinan. Saya sedar diri saya HODOH!,” tulisnya.
Bagaimanapun, Beby atau nama sebenarnya Nurulaini Ismail tidak patah semangat untuk ubah diri agar kelihatan lebih baik berbanding sebelum ini.
“But everything changes! I fight for what I am today ..Saya mahu menjadi cantik … Saya mahu suami saya melihat saya dan berbangga dengan diri saya.
“Saya mahu menjadi contoh terbaik untuk anda semua.
“Nothing is impossible … Tired people say im fat .. I’m tired when they have fun & play with my fat. It’s not FUNNY!,” kongsinya.
Foto tersebut melihatkan perubahan fizikal wanita berusia 30 tahun itu berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18kg.
“So today I show you then my picture that I’ve never shown you before. This is me before 70kg and after 52kg.
“If I can .. You can … Ignore all the negative comments about you .. You’re as beautiful as you are. Like all the ladies there,” tulisnya.
Difahamkan, ibu kepada empat orang anak ini mengambil masa dua bulan untuk memiliki bentuk badan ideal.
Foto : Instagram Beby Maembong
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI