Oprah Winfrey telah mengumumkan sumbangan sebanyak kira-kira RM44 juta (USD10 juta) bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 di Amerika Syarikat, lapor CNN Menerusi Fox8.
Daripada jumlah itu, RM4.3 juta (USD1 juta) daripada jumlah sumbangan “Help Americans During This Pandemic” akan didermakan kepada America’s Food Fund bagi membantu golongan yang kelaparan akibat wabak berkenaan ini.
Perkara terkait juga turut dikongsikan antara selebriti terkaya dunia ini menerusi Instagram.
Sinonim dalam sisi amal kebajikan dan tanggungjawab sosialnya, Oprah sebelum ini pernah mengejutkan ramai apabila menghadiahkan hampir 300 buah kereta buat setiap seorang penonton program bual bicaranya, Oprah Winfrey Show kira-kira 14 tahun dulu.
Terdahulu, selain Oprah beberapa selebriti Hollywood lainnya turut menghulurkan sumbangan berikutan krisis COVID-19 yang meruncing di negara Uncle Sam itu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mei Harus Bahagia,” – Puteri Sarah Harapkan Bulan Ini Beri Lebih Senyuman
Kisah pergolakan rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana masih belum berkesudahan selepas suaminya, pengarah kontroversi, Syamsul Yusof enggan melafazkan cerai pada 18 April lalu.
Memasuki hari kedua bulan Mei, aktres itu mengharapkan agar bulan ini dapat memberikan lebih kebahagiaan dan senyuman buat dirinya.
Berkongsikan baris-baris rangkap ayat di InstaStory, Puteri Sarah, 38, mengulang siar (repost) entri yang dimuat naik menerusi akaun Instagram Penyambut Senja.
“Mei harus bahagia, Mei lebih bahagia, Mei full senyum, MEI HARUS BAHAGIA!” kongsi Puteri Sarah.
Susulan keengganan Syamsul melafazkan talak, prosiding akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di hadapan Hakim Syarie, Akmaluddin Ilyas pada 25 Mei depan.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Kemelut rumah tangga pasangan pelakon ini mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak kepada Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu.
Pada 6 Januari lalu, Syamsul akhirnya mengakui sudah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand dengan berwakil walikan bapa Ira, pelakon Kazar Saisi.
Puteri Sarah kemudiannya memfailkan permohonan cerai pada 16 Januari lalu kerana tidak sanggup hidup bermadu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Allah Lebih Sayangkan Kamu Dik,” – Stacy Titip Doa Buat Arwah Alif Johan, Sifatkan Anak Muda Bercita-Cita Tinggi
Penyanyi Stacy nyata terkesan dengan pemergian Alif Johan, anak kepada penyanyi Nora Arifin 14 Disember lalu.
Jelas penyanyi ini menerusi laman Instagram miliknya beberapa hari lalu, sejak kecil, Allahyarham sentiasa mengikuti perkembangannya dalam dunia muzik.
Malah, arwah juga punya semangat dan cita-cita yang tinggi dalam bidang nyanyian.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah kepada kak @itsnoraariffin sekeluarga atas pemergian anak tercinta.
“Saya masih terkejut dengan berita ini dan masih tidak percaya. I love you adik dan thank you so much kerana dari kecil lagi beliau sering mengikut perkembangan saya dalam muzik.
“Beliau mempunyai semangat dan cita-cita yang tinggi dalam bidang nyanyian dan tidak pernah putus asa dan juga selalu rajin bertanya tentang progress beliau.
“Panjang yang nak diungkapkan tidak terkira. Allah lebih sayangkan kamu dik dan ramai yang menyayangi kamu disini dan terkejut dengan berita mengejut ni.
“Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman Ya Allah. We gonna miss you Alif…Nanti kami juga akan menyusul ya Alif,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Stacy Anam (@stacyanam) on
Alif dipercayai meninggal dunia secara mengejut di kediaman mereka di Petaling Jaya sebelum dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Jenazah Aliff dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur berhampiran kubur Allahyarham bapanya, Johan Nawawi yang juga komposer terkenal yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017.
Foto : Instagram Stacy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cinta Mengajar Kita Untuk Berdua. Bukan Untuk Mendua,” – Izzue Islam
Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Izzue Islam ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, Izzue telah memberi kata-kata nasihat bersama peminat.
Kongsi Izzue, tiada istilah mendua dalam hubungan percintaan.
“CINTA mengajar kita untuk hidup berdua, bukan untuk mendua.
“Goodnight kepada semua Sang Pencinta,” tulisnya.
View this post on InstagramCINTA mengajar kita untuk hidup berdua, bukan untuk mendua. Goodnight kepada semua Sang Pencinta 💖
A post shared by Izzue Islam ™ (@izzueislam) on
Lantas, perkongsian bintang drama Patahnya Sebelah Sayap itu telah menjadi perhatian peminat.
Rata-rata peminat bersetuju dengan kata-kata yang disampaikan oleh Izzue.
Terdahulu, Izzue dan isteri, Awin Nurin telah mendirikan rumah tangga pada 2 Jun 2013.
Video : Instagram Izzue Islam
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI