Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan bersama pelawak Atu Zero, isterinya Shafeeqa Johari ada memberikan dedikasi panjang berkaitan dengan dia dan suami seisi keluarga.
Dedah Shafeeqa, mereka pernah hidup susah sehingga baki dalam akaun bank hanya tinggal RM50 sahaja dan dia memilih untuk menyimpan perihal kewangan keluarganya tanpa pengetahuan umum.
Malah, beberapa telahan yang dibuat orang turut dikongsikan ibu kepada dua cahaya mata ini.
“Ada hamba Allah bkata, untunglah awk tak keje sbb suami artis.. mampu sara. Sy jawab (dalam hati) awk tahu ke baru 30hb cuma tinggal RM50 dlm akaun bank suami. Mana mungkin sy nk bgtahu awk perihal kewangan keluarga sy.
“Ada hamba Allah bkata, rugilah awk tak keje. Belajar tinggi2 , kwn2 sebaya dgn awk paling2 busuk dpt 3k sebulan. Sy jawab (dalam hati) siapalah yg tak nak duit sendiri. Allah pilih sy jaga anak2 sy. Rezeki bkn hanya dgn wang ringgit. Alhamdulillah sy ada #keklapisanozon sendiri..
Ads
“Ada hamba Allah bkata, kita org prempuan kena ada duit sendiri. Kalau suami tingglkan kita atau suami pergi dulu siapa nk tanggung awk dan ank2. Sy jawab (dalam hati) mcm lah takdir sy , awk yg tentukan.
“Ada hamba Allah bkata, awk tak keje nanti mentua awk tak sayang awk. Sy jawab (dalam hati) sy tak perlu meraih kasih sayang / respect dr manusia dgn wang ringgit.
“Ada hamba Allah bkata, awk tak keje nanti suami awk tak sayang dan tak hormat awk sbb awk tak ada apa2 untk dibanggakan dan tak mampu membantu dari segi kewangan.
Ads
“Sy jawab (dalam hati) kehormatan bukan sbb pangkat dan wang ringgit dan mmg tanggungjawab suami menyara isteri dan ank2. Alhamdulillah, walaupon slalu dia kata lelaki boleh kahwin 4, tp dia sedar kemampuan kewangan nya hanya cukup2 untuk kami sekeluarga,” jelasnya.
Malah, dia turut menambah suami selalu ingatkan dirinya untuk bersyukur dan turut berterima kasih kepada keluarga atas bahtera perkahwinan yang dibinanya itu.
Ads
“Selalu dia ingat kan saya supaya selalu bersyukur… alhamdulillah, kemahuan sy hanya untuk anak2… tiada ku minta emas dan harta setinggi gunung… cukuplah suami rajin berkerja.
“Terima kasih mak&ayah serta ibu mertua restu perkahwinan kami… ada kami harta 2 org anak kami selama 5tahun perkahwinan ini… insyaallah akan ku jaga harta ini sehingga hujung jawa ku.
“Happy anniversary @akueatu akan ku capai tangan mu di pintu syurga kelak… Terima kasih kerana menjadi imamku… menjagaku dan anak2,” tulisnya panjang lebar.
Foto: Instagram Shafeeqa Johari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Sian dia.. tangan kena gigit semut sesat mana tah. Pastu demam pulak.. tengah makan pun macam malas je dia 😢. Gws anak mama @dariyainaraofficial @jepsepahtu,” tulisnya.
Lalu, perkongsian beberapa keping foto terkini anaknya itu turut mendapat reaksi pelbagai netizen.
Rata-rata memuji permata hati pasangan selebriti ini yang kini mencecah usia setahun tiga bulan itu.
Jep dan Sari Yanti mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Dariya Inara pada 25 April tahun lalu.
Manakala pada perkahwinan sebelum ini, Sari mempunyai dua cahaya lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.
Foto: Instagram Sari Yanti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena ulang tahun ke-36 suaminya pada hari ini, isteri kepada pelawak Achey iaitu Nur Hassanah Yahya atau lebih dikenali sebagai Anne berkongsikan perjalanan mereka dalam usaha untuk mendapatkan zuriat sendiri.
Setelah 11 tahun berkahwin, Anne menerusi laman Instagram miliknya berkongsi pengalaman pertama menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF) di sebuah pusat perubatan di Johor pada 6 Ogos lalu.
“Happy birthday sayang, tahun ini hadiah terindah saya bagi dekat awak. Semoga Allah permudahkan urusan kita dunia akhirat.
“Semoga awak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dilindungi Allah serta sihat tubuh badan. Amin.
“Terima kasih menjaga saya dari dahulu sehingga sekarang.
“11 tahun penantian kita, insyaAllah kita usaha, Allah yang tentukan.
“Kami kongsikan perjalanan kami pertama kali buat IVF pada 6 Ogos lalu,” tulis Anne.
Berkongsi foto bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyatakan baginda permaisuri adalah inspirasi buatnya sewaktu menjalani rawatan IVF bagi mendapatkan cahaya mata.
“Alhamdullillah.. Semalam kenangan manis buat saya sebagai ibu yang menjalani rawatan IVF untuk mendapatkan cahayamata ..Penguat semangat saya & inspirasi saya ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong @airtangan_tunkuazizah .. Menjunnjung Kasih Tuanku.. Semalam , di acara perasmian bangunan baru @alphafertility .. Tahniah,” tulisnya.