Penyanyi dan pelakon, Zarul Umbrella menzahirkan rasa simpati terhadap situasi yang menimpa para perkerja di sektor penerbangan yang rata-ratanya hilang perkerjaan selepas syarikat mereka turut terkesan dengan penularan wabak Covid-19.

Menurut Zarul, dugaan seperti ini sememangnya sukar untuk diterima segelintir pihak tetapi dia percaya setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya.

Pernah Jadi Cabin Krew… Zarul Umbrella Terkesan Lihat Nasib Rakan Di Sektor Penerbangan

“Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Saya doakan kepada yang terjejas agar diberikan ketabahan untuk menerima dugaan ini.

“Kita melangkah selangkah ke belakang dahulu, sebelum kembali “terbang” apabila sampai masanya #staystrong Malindo #covid19,” tulisnya.

Ads

Kenyataan tersebut dikongsikan penyanyi lagu Ramalanku Benar-Benar Belaka itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Zarul turut mendoakan semoga para pekerja yang terkesan diberikan kekuatan bagi menghadapi dugaan ini.

Ads

Malah, Zarul turut meletakkan kepercayaan yang tinggi bahawa industri penerbangan akan tetap kembali pulih pada masa akan datang.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama meluahkan rasa simpati selain berharap agar pendemik ini dapat berakhir dengan segera.

Ads

Pernah Jadi Cabin Krew… Zarul Umbrella Terkesan Lihat Nasib Rakan Di Sektor Penerbangan Pernah Jadi Cabin Krew… Zarul Umbrella Terkesan Lihat Nasib Rakan Di Sektor Penerbangan

Terdahulu, Zarul yang popular bersama kumpulan Umbrella pada sekitar tahun 90-an juga merupakan seorang peramugara sebelum kembali aktif dalam bidang nyanyian selepas menyertai program nyanyian Gegar Vaganza musim ke-3 pada tahun 2016.

Selain memberikan fokusnya terhadap bidang nyanyian, Zarul turut dilihat aktif menghasilkan video-video berkisarkan industri penerbangan di saluran Youtube miliknya.

Sumber: Instagram Zarul Umbrella

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI