Pernah bergelar jurusolek atau ‘make-up artist’ (MUA) selama enam tahun, dunia kecantikan sudah sebati dengan ibu kepada tiga cahaya mata, Eiyma Jalil atau nama sebenarnya, Norazimah Jalil.
Sekitar 2013, Eiyma, 40, yang berasal dari Pahang mula berjinak-jinak dalam dunia pengilangan kosmetik sekaligus tertubuhnya empayar kosmetik Haus pada 2017.
Mempunyai 17 tahun pengalaman dalam dunia kecantikan, Eiyma kini sukses melancarkan suplemen kecantikan, Beaubright yang dirumus khas hasil kolaborasi bersama saintis dari Switzerland yang juga Pengasas Mibelle Biochemistry, Dr Fred Zullie.
“Selepas produk Magicpink Compact Powder yang terjual lebih 50,000 unit sejak di pasaran Februari lalu, kami meletakkan pertaruhan terbaharu, Beaubright ini. Ia dilancarkan sejak Oktober lalu.
“Taruhan baharu ini dilaksanakan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama dua tahun bersama pasukan saintis dari Switzerland diketuai Dr Fred.
“Sebagai tunjang jenama ini, saya sentiasa mengambil berat mengenai kepuasan pengguna dalam mengatasi masalah berkaitan kecantikan. Kami juga tak pernah mengetepikan soal kualiti dalam penghasilan produk,” katanya.
Malah, jenamanya pernah diiktiraf kejayaan produk terbabit menerusi anugerah Superbrand dan Nona Superwoman Award.
Menurut Eiyma yang pernah sezaman dengan MUA seperti Najeeb Azami dan Nuex Rosli, dia juga berbangga menjadi pengusaha legasi niaga yang memiliki dua kilang kosmestik selain sebuah lagi kilang suplemen sendiri di tanah air.
“Setakat ini kilang dimiliki berpengalaman dalam menghasilkan formula kosmetik unik. Malah saya sendiri bertindak sebagai Pengarah R&D di kilang GIM Cosmetic Industries Sdn Bhd di Cheras sejak 2013.
“Rangkaian produk kami juga halal dan selamat sekali gus diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP),” katanya.
Anak sulung dari empat beradik ini menambah hingga kini jenama berkenaan yang dijual sekitar harga RM29 hingga RM89 ITU sudah memiliki lebih 5,000 ejen dan stokis seluruh Malaysia.
“Malah kami juga sedang melakukan gerak gempur untuk menambah lebih ramai pengedar. Insya-Allah jualan produk bagi tempoh sebulan sudah melepasi 10,000 unit secara purata. Kami juga mensasarkan jumlah unit yang terjual setiap bulan akan terjual lebih tiga kali ganda,” katanya.
Dalam pada itu, pemegang ijazah sarjana teknologi maklumat ini turut mengumumkan penyanyi Marsha sebagai penyanyi lagu tema jenama produknya berjudul Cantik Luar, Cantik Dalam.
“Marsha sendiri antara penyanyi tempatan kegemaran saya kagumi mutu vokalnya sejak dia mencipta nama di Akademi Fantasia musim ketiga hinggalah melonjak nama selepas memenangi tempat kedua di Anugerah Juara Lagu (AJL) 36,” katanya yang berpegang moto jadi diri sendiri dan konsisten dalam apa dilakukan.
Suplemen Haus Beaubright ini dirumus khas dengan bahan-bahan terpilih seperti ekstrak campuran beri, Dracobelle™️, Hithion™️, vitamin A, B, D dan asid folik serta campuran sumber mineral seperti kalsium dan magnesium.
Fokus utama bahan-bahan ini adalah untuk memulihkan kolagen kulit, mencerahkan tona kulit tidak sekata, menjadi ejen anti-penuaan, memulihkan keremajaan serta menghidratkan kulit seiring dengan slogannya ‘Cantik Luar, Cantik Dalam’.
Rasa masam manis campuran beri seperti strawberi, beri biru, anggur hitam dan bearberry juga menjadi antara tarikan utama suplemen ini selain mudah digunakan dan disahkan halal.
Suplemen ini sesuai bagi mereka yang berumur 18 tahun keatas yang memiliki masalah kulit seperti kulit kusam, tona tidak sekata dan dehidrasi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.