Berbunga rasa di hati melihat anak yang dahulunya disahkan mengidap mengalami Transposition Great Arteries (TGA) selepas dilahirkan kini membesar dengan sempurna sebagaimana kanak-kanak seusianya.
Walaupun pernah menjalani pembedahan injap utama jantung pada 19 Jun 2017 ketika berusia sebulan, namun Nur Sofea Inara kini sangat lincah dan bijak berdikari.
Ulas Idzham Ismail, Inara kini lebih gemar melakukan aktiviti tanpa bantuannya.
Ads
“Dulu bukan main suka daddy peluk sekarang peluk je kena tendang, nak jalan sendiri, tak nak pimpin tangan. Nak minum pakai cawan tak nak botol dah, nak makan pakai sudu sendiri tak nak kena suap dah, lepas tu daddy kena kutip makanan yang awak tumpahkan ye.
“Kadang2 tengok balik video masa Inara baby sampai baru belajar nak jalan. Rindu pula time tu. Bangga daddy tengok Inara membesar, dulu dalam aquarium tak bermaya sampai lah boleh duduk atas muka daddy macam bola dia buat.
Ads
@bellasudeen rindu lah rasa ada baby kecil,” ulasnya yang memberi bayangan mahu menambah bilangan anak.
Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim seperti yang dipetik Sinar Harian, mahu penjenayah yang terlibat dibawa ke muka pengadilan dengan segera.
Ibu Allahyarham, Asma Aziz, 51, berkata, dia mahu melihat sendiri wajah penjenayah kejam yang sanggup membelasah anaknya sehingga membawa kematiannya.
“Perbuatan kumpulan perusuh membelasah anak makcik dengan kejam sememangnya tidak dapat dimaafkan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tebengau Tepi Laut, Kedah.
Asma juga mengharapkan agar pihak terlibat dalam rusuhan itu dikenakan hukuman setimpal dengan apa yang mereka telah lakukan terhadap arwah anaknya.
Pada masa sama, Asma yang masih trauma dan tidak mampu menerima kejadian rusuhan berlaku hingga tidak dapat melelapkan mata.
“Sehingga saat ini, makcik tidak berdaya untuk menziarahi kuburnya dan tak boleh tidur lena sebab rindu dan teringatkan Adib.
“Makcik memang rapat sangat dengan dia, kalau ada cuti memang dia akan balik kampung bantu ayahnya di sawah,” ceritanya.
Terdahulu, bapa Allahyarham, Mohd Kassim Abdul Hamid, 63, memohon supaya keluarga mereka tidak diganggu buat sementara waktu.
Dalam kejadian sebelum ini, Muhammad Adib parah dalam kejadian di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ 25, Subang Jaya, Selangor pada 27 November lalu.
Allahyarham meninggal dunia di Institut Jantung Negara kira-kira jam 9.41 malam, Isnin lalu.
Sumber : Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Genap setahun pada 19 Mac lalu, populariti Siti Aafiyah Khalid sukar dinafikan.
Apatah lagi, si cilik ini merupakan satu-satunya cahaya mata penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Jadi, ketahui 10 trivia menarik Siti Aafiyah yang mungkin ramai tak tahu. Jom layan!
1. Sepanjang tempoh 11 tahun berkahwin dan beberapa kali percubaan rawatan kesuburan ‘In Vitro Fertilization (IVF)’, akhirnya doa Siti untuk mendapatkan cahaya mata akhirnya dimakbulkan.
2. Mendapat nama Siti Aafiyah ketika sedang menunaikan umrah, jelas Siti, dalam doa ada menyebut perkataan ‘Aafiyah’ yang membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, menjadi sihat dan mempunyai wang yang cukup.
3. Walaupun tiada akaun Instagram, namun anak ketiga Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, Asyraf Khalid telah mencipta akaun untuk adiknya. Sehingga kini jumlah pengikut laman Instagram tersebut mencecah 258,000.
4. Satu-satunya bunga dalam keluarga dan mempunyai 4 orang abang iaitu Muhd Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf dan Aazief.
5. Menariknya, Aafiyah punya tagline tersendiri dan sering disebut-sebut oleh netizen selepas dipopularkan oleh Siti, ‘Aafiyah anak ibu.’
6. Sebelum memuat naik foto Aafiyah di laman sosial, Tok Ti akan meminta pandangan dan izin suami terlebih dahulu. Bimbang jika ia tidak sesuai untuk dikongsikan.
7. Tok Ti pernah mendedahkan tidak mahu anaknya terlalu terdedah kepada umum kerana masih kecil.
8. Baru berusia setahun, namun Aafiyah telah ‘bercuti’ ke beberapa buah negara seperti Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jepun, Indonesia dan Singapura. Hebat!
Impian pelakon Hafiz Nafiah untuk berada di kerusi pengarah akhirnya jadi kenyataan apabila tampil dengan filem genre komedi berjudul Mat Kola selepas hampir 20 tahun menanti.
Hafiz atau nama sebenar, Mohd Hafiz Mohd Nafiah berkata, filem Mat Kola terbitan AA Success Pictures Sdn Bhd itu cukup bermakna kerana sudah lama menanti peluang mengarah filem pertama.
“Saya bersyukur diberi peluang dan kepercayaan mengarah filem Mat Kola daripada penerbit, Azman Ahmad. Kami sudah kenal sejak 20 tahun lalu.
“Azman mencadangkan nama saya sebagai pengarah kepada Penerbit Eksekutif, Mahamad Pozi Mansor atau Abang Chot.
“Idea asal filem Mat Kola adalah dari Azman, tetapi penulis skripnya adalah Pijon yang memang sudah biasa menulis cerita dialek utara (Kedah),” katanya.
Ditanya kenapa mengambil masa yang lama untuk mengarah, kata Hafiz, dia mahu menimba ilmu dalam dunia belakang tabir produksi sebelum bersedia di kerusi pengarahan.
“Berbekalkan pengalaman luas sedia ada, barulah saya bersedia untuk menggalas kerusi pengarah. Saya percaya tidak semua orang akan dapat peluang keemasan itu.
“Saya juga sudah lama sedia untuk mengarah drama, tetapi tawaran yang datang adalah projek filem dulu.
“Saya harap filem Mat Kola akan menjadi titik permulaan untuk membuktikan kerjaya saya sebagai pengarah,” katanya.
Bercerita pembabitan awalnya dalam bidang seni, kata Hafiz, dia mula memasuki bidang seni sebagai penyanyi nasyid ketika masih menuntut di tingkatan empat.
“Selepas tamat persekolahan, saya mula bekerja dengan kumpulan nasyid popular Rabbani selama dua tahun.
“Ketika Rabbani bernaung di bawah KRU, saya juga sertai sebagai pegawai perhubungan awam kepada Kumpulan Phyne Ballerz.
“Selepas itu, saya mula pergi uji bakat di Metrowealth (MIG) dan dapat tawaran watak ekstra dalam filem Kuliah Cinta arahan pengarah, Prof Madya Datuk A Razak Mohaideen pada 2004,” katanya.
Bermula dari situ, kata Hafiz, dia ditawarkan bekerja sebagai kru belakang tabir milik produksi A Razak.
“Saya bermula sebagai ‘runner’, pembantu produksi, ‘handyman’, pengurus produksi dan konti termasuklah terbabit dalam kumpulan teknikal dalam pelbagai jawatan sehinggalah diberi peluang menjadi penolong pengarah.
“Saya dapat memegang jawatan penolong pengarah dalam filem A Razak. Antaranya, filem lakonan Datuk Aznil Nawawi dan Nasha Aziz,” kata pelakon filem Dunia Baru The Movie itu yang sudah hampir 20 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan itu.
Selaku penerbit penyelaras, pengarah dan lakon layar filem Mat Kola, kata Hafiz, nama Mat Kola dipilih kerana filem ini menceritakan tiga anak jati Kuala Kedah iaitu Mat Ki (Usop Mentor), Mat Yon (Azman Ahmad) dan Mat Not (Taiyuddin Bakar).
“Penggambaran filem membabitkan kos mencecah RM1 juta ini berlangsung pada Oktober 2021 dalam tempoh hampir tiga minggu.
“Filem ini mengambil masa selama dua tahun untuk ditayangkan kerana banyak kekangan seperti proses suntingan, bahagian teknikal dan sebagainya,” katanya.
Berkongsi jalan cerita pula, kata Hafiz, dia mahu menghasilkan filem yang mudah difahami dan menghiburkan penonton.
“Jalan cerita filem ini santai mengenai kisah peniaga burger dan semoga ia boleh menaikkan semangat mereka untuk terus berniaga. Itu adalah plot utama dan dibantu sub plot lain.
“Saya akui bukan mudah untuk mengarah genre komedi kerana saya juga baca skrip berulang kali dan merombaknya banyak kali sebelum saya imaginasikan dan beri penerangan pada pelakon,” katanya.
Filem ini menampilkan barisan pelakon seperti Rozita Che Wan (Che Som) Ropie (Pak Sheikh), Putri Hanan (Maliah), Fendi London (Bang Lah), Mohd Hafeezul Yop (Joe Klipop), Abang Gee (Abang Gee), Zainon Ismail (Bang Non), Suhaili Che Rus (Zali),Cikgu Akop (Pak Hashim) dan Pak Abang (Badrul).
“Rata-rata pelakon dari Kedah dan mereka tiada masalah untuk dialek utara serta semuanya kelakar,” katanya.
Ditanya cabaran ketika penggambaran pula, kata Hafiz, dia berdepan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu di Kedah di mana hujan turun dari pagi hingga petang.
“Baru nak ‘shoot’ hujan turun dengan lebatnya hingga kami terpaksa tukar ‘screen play’. Contohnya, terpaksa tukar babak Che Som pakai payung untuk disesuaikan dengan keadaan cuaca ketika itu.
“Bagaimanapun, Tuhan permudahkan sepanjang penggambaran filem ini. Selain mengarah, saya juga sebagai Penerbit Penyelaras dan buat sehabis baik untuk mengawal bajet sedia ada,” katanya.
Mat Kola bakal ditayangkan di 65 pawagam seluruh tanah air bermula 21 September ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!