Kalau dikenang kembali zaman kanak-kanak pasti banyak kenangan yang tak dapat kita lupakan.
Setiap kanak-kanak sememangnya mempunyai bermacam-macam ragam, ada yang kuat menangis, pemalu dan ada juga yang memang nakal.
Hero nombor satu Bollywood, Shah Rukh Khan juga sama seperti semua orang yang pernah melalui zaman kanak-kanak.
Kalau anda semua nak tahu Shah Rukh Khan ni sangat nakal semasa kecil. Habis satu kampung di tempat dia tinggal geram sangat dengan perangai dia ketika itu.
Nak tahu apa perangai nakal Shah Rukh Khan sampai satu kampung geram dengan dia?
Ini tiga perangai nakal Shah Rukh Khan di zaman kanak-kanaknya.
1. Suka Pinjam Duit Untuk Beli Komik
Memang kebiasaannya kanak-kanak lelaki mudah tertarik dan suka sangat membaca komik. Shah Rukh Khan juga salah seorang daripada penggemar komik dan dia sanggup meminjam duit kawan-kawan dan keluarga hanya untuk membeli komik kesukaannya.
“Saya masih ingat, saya pinjam duit dari kawan dan keluarga untuk beli komik Lotpot kegemaran saya dan ia membuatkan saya berasa gembira melihat karakter-karakter dalam komik tersebut muncul kembali.
“Saya sangat-sangat suka dengan mereka malah sampai sekarang saya sangat suka dengan kartun walaupun setelah seharian penat bekerja, bila saya pulang ke rumah saya akan menonton kartun yang saya rakam sebelum saya tidur,”
2. Suka Tekan Loceng Rumah Jiran
Tekan loceng rumah jiran? Ya inilah salah satu perangai nakal Shah Rukh Khan ketika kecil.
“Saya tak tahu jika kanak-kanak zaman sekarang masih lagi melakukan apa yang saya buat ketika kecil ini.
“Waktu kecil saya tinggal di rumah flat dan saya suka menekan loceng rumah jiran-jiran saya dan kemudian saya lari,”
3. Letupkan Peti Surat Jiran
Ok yang ini rasanya perangai Shah Rukh Khan yang paling nakal sekali, jangan terkejut Shah Rukh Khan pernah letupkan peti surat jiran!
“Saya dan rakan-rakan pernah meletupkan peti surat rumah jiran dengan meletakkan mercun dalam peti surat itu.
“Saya masih ingat, masa tu kami tinggal di tingkat tiga dan ada seorang budak perempuan tinggal di tingkat empat, semua orang sangat suka dengannya. Jadi saya letupkan juga peti surat rumah dia,”
Tak sangka betul MH rupanya Shah Rukh Khan ni masa kecil sangat nakal. Nak tergelak pun ada bila tahu hero popular ni punya perangai masa kecil.
Sumber: Bollyworm
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI