
Berita kematian bintang Korea Selatan, Goo Hara yang juga bekas anggota kumpulan Kara yang ditemui di kediamannya, di Cheongdam-Dong awal pagi semalam nyata mengejutkan ramai pihak.
Mayat penyanyi dan pelakon berusia 28 tahun itu ditemui kira-kira jam 6.00 pagi waktu tempatan, kata polis Gangnam yang masih menyiasat kematian sebenar bintang berkenaan.
Terdahulu, kematian seorang lagi selebriti, Sulli sebelum ini turut memberi berita duka dan Goo Hara difahamkan turut bersahabat baik dengan mendiang Sulli yang juga ditemui mati kediamannya pada 14 Oktober lalu.
Malah, Goo Hara turut meluahkan rasa sedih atas pemergiaan Sulli dan dilihat menangis saat menerusi Live di Instagram dimiliknya. Sesi ‘live’ tersebut juga kini kembali viral dan dikongsi ramai menerusi media sosial.
Difahamkan, siaran langsung itu dibuat Goo Hara sehari selepas berita kematian Sulli dan para peminat pada ketika itu turut memberikan kata semangat selain mengharapkan agar dirinya tidak bersedih.
Goo Hara menerusi entri terkininya di Instagram pula ada berkongsi sekeping foto pada Sabtu dengan merakamkan aksinya di katil dengan kapsyen, “Selamat Malam”.
Mei lalu, Goo Hara pernah mengemukakan permohonan maaf kepada peminatnya selepas dilaporkan cuba membunuh diri.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nak Marah Tapi Kena Sabar…,” – Menyampah Dengan Zaf, Peminat Risau Riyana Asyik Kena Buli!

Pelakon Amyra Rosli berkongsikan sedutan episod ke-12 drama terbaru lakonannya, Jangan Menangis Cinta yang mencuri perhatian ramai.
Menerusi video berkenaan, mereka sekeluarga sedang menikmati hidangan malam sambil Zafran lakonan Remy Ishak meminta secara manja Riyana (Amyra) untuk mencedok lauk buatnya sebelum menjamu selera.
“E’eleh depan orang bukan main konon sayang kat aku. Belakang orang berbakul-bakul kau maki hamun aku,” tulisnya sebagai kapsyen.
Babak berkenaan pantas ‘menangkap’ perhatian pengikut setia drama yang bersiaran menerusi slot Mega Drama Astro itu.
Rata-ratanya meluahkan rasa geram dan menyampah dengan kepura-puraan Zaf.
“Nanti dia dalam tak sedar, sebenarnya dah jatuh hati kat Riya. Cuma menafikan sebab taraf dan rasa dendam itu leboih. Walhal dah sayang, tak banyak sikit mesti ada. Hihi… Syok pula layan cerita ini,” komen peminat.
“I really love both of you! Very natural la. Me and my husband cannot stop laughing tengok gelagat the two of you,” reaksi seorang peminat lain.
“Sabar jelah dengan perangai Zaf. Sian Riya,” tulis peminat.
“Ngada Zaf ni. Menyampah!,” luah peminat lain pula.
“Tak boleh tengok Riya kena buli, rasa nak datang tolong,” komen peminat.
“Meluat betul dengan si Zaf ni,” antara komen tertera.
“Hahaha… Nak marah tapi kena sabar. Nasiblah payung rainbow dah tersangkut atas pokok. Kalau rak, memang kena hempuk Zaf ni dengan payung,” peminat berikan reaksi.
Jangan Menangis Cinta diarahkan oleh sutradara Raja Mukhriz dan selain Remy Ishak dan Amyra Rosli, naskhah diadaptasi daripada novel karya Siti Rosmizah ini turut dibarisi para pelakon hebat lain.
Antaranya Rita Nadira, Wanns Ahmad, Atilia Haron, Rahim Jailani, Fadilah Mansor, Khaty Azian, Hilal Azman, Ku Fridah, Kiah Propa dan ramai lagi.
Drama berkenaan ditayang bermula 21 Mac 2022 lalu, selepas tamatnya tayangan siri Ulya & Dini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Mahu Tengok Sisi Berbeza Asif, Yoe Parey…,” – Sukses Mael Totey The Movie, Syahmi Sazli Kini Tampilkan Pula 35MM

Selepas mencipta fenomena tersendiri menerusi filem sulung, Mael Totey The Movie, pengarah dan YouTuber, Muhammad Syahmi Sazli, 27, tampil dengan karya baharu bertajuk 35MM yang disifatkan berbeza daripada karya-karyanya sebelum ini.
Masih mengekalkan Mohd Asyiff Suhaimi atau Asif, 20, dan Yoe Parey atau Muhammad Ashrul Hakim Lukman, 24, termasuk dirinya sebagai peneraju utama, Syahmi menjelaskan, melalui 35MM, penonton akan melihat sisi berbeza lakonan mereka bertiga.
“Filem ini adalah berkonsepkan fantasi komedi. Cuma lawak-lawak spontan yang menjadi identiti karya saya seperti dalam cerita Mael Totey The Movie dan drama spontan sebelum ini sudah tiada. Maksudnya elemen seperti tengok kamera ketika berlakon sudah tiada.
“Ketiga-tiga watak utama ini tampil dengan karakter lebih serius. Kalau anda mahu tengok sisi berbeza Asif dan Yoe Parey yang berlakon dengan lebih serius, anda perlu menonton kelainannya sendiri,” katanya kepada MH.
35MM berkisarkan tentang sebuah kamera klasik yang ditemui oleh tiga bersaudara, Mi, Yoe dan Asif.
Ketiga-tiga mereka kemudiannya terperangkap dalam lima zaman iaitu Dinasti China, zaman penjajahan British dan Jepun di Tanah Melayu, tahun 1992 serta tahun 1997.
“Mereka bertiga cuba untuk kembali ke zaman asal tetapi kemuncak filem ini menyaksikan Yoe tidak mahu kembali atas satu sebab yang berlaku. Sebab apa? Semuanya ada dalam filem ini,” kata Syahmi sambil menjelaskan karya ini adalah arahan bersama Seni Bayan atau nama sebenarnya Ahmad Hashim.
Selain Asif dan Yoe Parey, filem yang menemui penonton bermula hari ini (21 Jun) di Astro First turut menampilkan pelakon lain seperti Hushairy Hussein, Kenji Sawahi serta pelakon-pelakon yang pernah menerajui drama spontan Syahmi Sazli.
Bercerita mengenai pembikinan 35MM, Muhammad Syahmi berkata, filem itu mengambil masa selama tiga bulan bermula Disember tahun lalu.
“Pada awalnya kami menetapkan tempoh 21 hari untuk sesi penggambaran tetapi berlaku beberapa kejadian yang tidak dapat dielakkan sehingga ianya berakhir pada bulan Mac lalu. Filem ini juga tampil dengan teknik imej janaan komputer (CGI) yang keseluruhan pembikinannya menelan belanja sebanyak RM1 juta,” jelasnya.
Filem Mael Totey The Movie sebelum ini meraih kutipan RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari tayangan di platform Astro First.
Ia mula ditayangkan pada 22 Oktober 2020 dan dilaporkan memecah dominasi rekod filem Polis Evo dan Hantu Kak Limah sebagai filem terlaris untuk tayangan platform itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Syahmi Sazli
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Adakah Kerana Dosa-Dosa Saya Dapat Sakit Ini,” – Mak Jah Rupanya Hidap Kanser Rahim, Jaga Cucu OKU & Perlu Tebus Barangan Kemas RM17k

Menerusi laman Youtube Datuk Seri Aliff Syukri, penyanyi dan usahawan ini berkongsi cerita di sebalik duka pelakon senior, Maimunah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mak Jah.
Pelakon berusia 72 tahun ini meluahkan kesedihan apabila pertama kali disahkan mengidap kanser Rahim. Pada mulanya dia mempersoalkan apa kesalahan yang telah dilakukan sehingga mendapat ujian maha berat dari Yang Esa, namun dia pasrah.
“Apabila Mak Jah tahu mengidap kanser, pandangan terus gelap. Dalam fikiran sewaktu itu, jika kanser akan mati cepat. Di mana saya boleh dapatkan ubat doktor? Saya masih mahu melihat anak dan cucu saya. Saya belum banyak bekalan untuk dibawa ke sana nanti. Namun doktor menasihatkan agar terus bersabar kerana saya masih di peringkat pertama.
“Adakah kerana dosa-dosa saya mendapat penyakit ini? Rasanya saya tidak pernah membuat dosa yang dilaknat tuhan. Sepanjang hidup saya, saya menjaga anak-anak, mencari rezeki siang dan malam, namun mengapa saya diuji begini? “ jelasnya.
Malah, sehingga kini dia telah membelanjakan lebih RM60,000 bagi rawatan mengubat penyakit yang dialami. Sehingga kini, pajakan barang kemas masih berbaki RM17,000 dan belum ditebus.
“Saya jangkakan kos perubatan dalam RM20,000 hingga RM30,000 namun rupanya lebih daripada itu. Saya berhabis lebih RM60,000 termasuk barang kemas yang masih belum ditebus sekitar RM17,000.
“Saya tidak mahu menyusahkan anak-anak kerana mereka juga punya tanggungjawab terhadap keluarga. Saya tidak pernah meminta kepada anak-anak apatah lagi orang luar. Namun apabila jadi begini, apakan daya.
“Namun saya sedih dengan kata-kata yang dilemparkan mendakwa saya meminta sedekah. Saya tidak meminta sedekah dan tidak meraih simpati,” jelasnya tidak mampu menahan tangisan.
Wanita ini turut menjaga seorang cucunya, Erin, kanak-kanak istimewa. Kata Mak Jah, cucunya terkena sawan sewaktu berusia enam tahun dan sejak daripada itu, percakapan dan pemikirannya terbatas.
“Sewaktu berusia enam tahun cucu saya terkena sawan, sejak daripada itu dia sering bercakap dan ketawa seorang diri. Kadang kala bila kami berdua di rumah, saya selalu berborak dengannya. Jika wan tiada, macam mana dengan adik. Namun katanya, jika saya mati, dia pun akan mati bersama,” katanya lagi.
Selain itu, pelakon senior ini berkongsi aktiviti yang dilakukan setiap hari bagi melengkapkan hidup di penghujung usia sebagai umat Islam. Jelasnya, setiap kali berkunjung ke pusat membeli belah atau pusat Rehat Dan Rawat (RnR), dia akan membawa balik telekung di surau, mencuci dan memulangkannya kembali.
“Selalunya saya akan mengambil telekung yang kotor di pusat membeli belah atau RnR dan tinggalkan telekung yang bersih. Inilah amal jariah yang boleh dilakukan pada usia begini,” jelasnya yang menetap di PPR Laksamana Jalan Peel Kuala Lumpur sejak 2006.
Pelakon ini bagaimanapun disahkan bebas daripada kanser sejak April tahun lalu selepas tiga tahun menanggung derita.
Sumber : Youtube DS Aliff Syukri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI