Berita kematian bintang Korea Selatan, Goo Hara yang juga bekas anggota kumpulan Kara yang ditemui di kediamannya, di Cheongdam-Dong awal pagi semalam nyata mengejutkan ramai pihak.

Mayat penyanyi dan pelakon berusia 28 tahun itu ditemui kira-kira jam 6.00 pagi waktu tempatan, kata polis Gangnam yang masih menyiasat kematian sebenar bintang berkenaan.

Terdahulu, kematian seorang lagi selebriti, Sulli sebelum ini turut memberi berita duka dan Goo Hara difahamkan turut bersahabat baik dengan mendiang Sulli yang juga ditemui mati kediamannya pada 14 Oktober lalu.

IKLAN

Malah, Goo Hara turut meluahkan rasa sedih atas pemergiaan Sulli dan dilihat menangis saat menerusi Live di Instagram dimiliknya. Sesi ‘live’ tersebut juga kini kembali viral dan dikongsi ramai menerusi media sosial.

Difahamkan, siaran langsung itu dibuat Goo Hara sehari selepas berita kematian Sulli dan para peminat pada ketika itu turut memberikan kata semangat selain mengharapkan agar dirinya tidak bersedih.

IKLAN

Goo Hara menerusi entri terkininya di Instagram pula ada berkongsi sekeping foto pada Sabtu dengan merakamkan aksinya di katil dengan kapsyen, “Selamat Malam”.

IKLAN
View this post on Instagram

잘자

A post shared by 구하라 (@koohara__) on

Mei lalu, Goo Hara pernah mengemukakan permohonan maaf kepada peminatnya selepas dilaporkan cuba membunuh diri.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI