Bekas model terkenal era 80-an, Nastasia Urbano kini dilaporkan sudah menjadi gelandangan sebelum dikatakan muflis.

Dia yang kini berusia 57 tahun tinggal dan tidur di kali lima sekitar Barcelona, Sepanyol.

Bintang runway yang pernah menghiasi muka depan majalah fesyen selain menjadi wajah wakilan jenama fesyen mewah ini tidak lagi menjalani kehidupan serba glamor, sebaliknya terpaksa menjadi gelandangan.

Pernah Raih Jutaan Dolar Untuk Tempoh 3 Jam Bekerja Selama 20 Hari, Kini Model Terkenal Ini Hidup Merempat Pada Usia 57 Tahun

IKLAN

Semuanya berlaku apabila bekas suami bertindak mengikis kesemua hartanya.

Menerusi satu temu bual, Urbano menjelaskan dua hari selepas berkenalan, dia mahu membeli kereta jenama BMW.

“Saya seperti orang bodoh, saya menjelaskan bayaran. Saya memang mabuk cinta ketika itu,” jelasnya yang turut mengalami masalah depresi selain dihalau keluar rumah kerana tidak mampu menjelaskan sewa kediaman.

IKLAN

Pernah Raih Jutaan Dolar Untuk Tempoh 3 Jam Bekerja Selama 20 Hari, Kini Model Terkenal Ini Hidup Merempat Pada Usia 57 Tahun

Terdahulu ketika di zaman kegemilangannya, Urbano dikenali sebagai antara model yang mendapat bayaran lumayan iaitu jutaan dollar untuk tempoh 20 hari bekerja sekitar tiga atau empat jam dalam sehari.

IKLAN

Selain dirinya, model terkenal lain yang turut dikenali pada era tersebut ialah Linda Evangelista.

Pernah Raih Jutaan Dolar Untuk Tempoh 3 Jam Bekerja Selama 20 Hari, Kini Model Terkenal Ini Hidup Merempat Pada Usia 57 Tahun

Sumber: The Sun/ El Periodico Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI