Penyanyi, Hazama mengakui dirinya merupakan seorang yang mudah marah dan itu merupakan antara kelemahan yang ada pada dirinya.
Menurut Hazama, cara layanannya terhadap orang lain bergantung kepada bagaimana individu tersebut mendekatinya terlebih dahulu.
“Saya ni ibarat cermin. Bagaimana orang tu approach, itu yang orang tu dapat.
“Kalau orang tu approach dengan cara macam tak patut dan cara dia melantunkan soalan itu tidak beradap, saya akan balas mengikut adab, etika dan akhlak orang tersebut.
“Saya selalu marah. Saya ni senang memaki dan senag memohon maaf. Kalau saya marah pastikan tiada kamera dekat taku nanti viral pula,” jelasnya.
Hazama berkata demikian dalam satu program bicara, Begitu Begini DJ Nazz anjuran stesen radio Gegar.fm.
Dalam pada itu, Hazama turut mengakui pernah menyalahkan Datuk Ramli Sarip kerana tidak memilihnya sewaktu pemilihan fasa akhir Akademi Fantasia musim ke-4.
“Mula-mula saya salahkan orang luar kenapa korang tak nak ambil aku. Saya pernah salahkan Ramli Sarip sebab masa tu dia pengetua.
“Tapi bila saya dah faham, saya sedar kelemahan saya. Kelemahan saya dulu adalah saya ini ada sifat bersaing.
“Bila ada sifat bersaing dengan orang-orang lain, itu membuatkan saya gagal. Saya ada sifat bila saya menyanyi saya nak tunjuk action supaya bila orang dengar suara saya, orang lain akan kalah.
“Benda itu yang bunuh diri saya dulu. Sifat sombong, riak dan takbur buat saya sedar yang saya salah,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Hazama telah pun melancarkan single terbarunya berjudul Peneman yang merupakan lagu tema untuk drama Asalkan Dia Bahagia.
Sumber/ foto: Youtube Gegar.fm/ Instagram Hazama
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI