Pernah Terkesan Kritikan Pasal Tubuh Badan, Sekarang Almy Nadia; “Yang Ada Hanya Happy Sebab…”

Share

Sering kali dikritik netizen disebabkan tubuh badannya, pelakon Datin Almy Nadia mengakui pernah merasa sedih berikutan hal tersebut.

Namun, sekarang menurut Almy atau nama sebenar, Ungku Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah, 37, dia sudah berasa lali dengan kutukan-kutukan yang diterima dan enggan terlalu memikirkan tentang perkara tersebut.

“Perasaan masa orang memperkatakan tentang bentuk badan saya ketika saya lepas melahirkan anak yang pertama memang sedih, tetapi tahun-tahun selepas itu, saya tidak ada perasaan (sedih) itu.

“Yang ada hanya happy sebab saya dikurniakan suami yang happy. Suami yang membahagiakan isteri, keluarga dan saya memang cukup gembira sehingga saya lupa orang nak kata apa pada saya,” katanya memetik video TikTok yang dikongsikan @keluarga.my.

@keluarga.my Rupanya cara Fizz Fairuz penyebabnya 💕#keluarga#foryoupage #fyp #sspn#ptptn#almynadia ♬ Isteri – Alif Satar & The Locos

Selain itu, Almy turut mengulas mengenai cakap-cakap ramai yang mengatakan imejnya seakan tidak setara dengan gelaran datin yang diterimanya.

Menurut isteri kepada aktor Datuk Fizz Fairuz itu, dia merupakan seorang yang cukup bersederhana dalam segala hal selain ada perkara yang lebih penting perlu difikirkan berbanding imej dirinya sendiri.

“Kalau diikutkan dengan status, mungkin saya terlalu simple. Tapi saya dah ada misi dan kerjaya saya sendiri.

“Kerjaya saya maksudnya, saya dah bekerja dari jam 4.30 pagi sehingga 9 malam atau mungkin sehingga 12 malam (menguruskan anak-anak), itu kerjaya saya.

“Jadi sebab itulah, saya tidak kisah orang nak kata apa sahaja pun, mulut you all, pergi cari kat akhirat, masuk neraka,” katanya lagi.

Untuk info, Almy mendirikan rumah tangga dengan Fizz, 44, pada 26 April 2014.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 7, Nur Afrina Aurora, 6, dan Nur Afrina Ayra, 3, dan Nur Afrina Aisyah, 2 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.


Published by
Juliana Johar