
Pelakon, Nad Zainal berkongsi foto lamanya ketika baru membeli kereta lebih tujuh lalu sambil mengenang memori yang pernah terjadi kepadanya dirinya.
Menurut Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, dia sebelum ini rasa cukup yakin memandu sendiri.
Bagaimanapun, situasi tersebut berubah selepas dia terlibat dalam kemalangan kecil ketika pemanduan.
“Masa ini baru beli kereta, 2014 tak silap, masih lagi berkeyakinan bawa kereta, siap boleh makan ice cream jagung sambil memandu, hebat betul!
“Dari Ampang – Kuala Selangor tiap pagi drive seorang diri ke set drama Antidot yakin!! bawa pun boleh tahan laju.
“Sampailah satu ketika, involved dalam kemalangan kecil nak ke Anugerah Lawak Warna. Semenjak itu, gigil nak bawak kereta, boleh bawa tapi keyakinan dah tak ada.
“Terasa serba-serbi bodoh rasanya sampai bila-bila pun taknak bawa dah. Hahaha ok bye,” tulisnya.
Cerita tersebut dikongsikan pelakon Takdir Yang Tertulis itu menerusi satu hantaran di Instagram.
Sekadar informasi, Nad merupakan graduan Diploma Teater di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah mula menceburi karier seni lakonan pada tahun 2008 ketika berusia 18 tahun.
Foto: Instagram Nad Zainal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sangat Susah Bagi Saya Menyamai Tahap Dia,” – Idolakan Amy Sejak Kecil, Denden Gonjalez Tetap Mahu Jadi Diri Sendiri

Vokalis baru kumpulan, Search, Denden Gonjalez enggan terlalu memikirkan mengenai konflik yang melanda kumpulan tersebut sebaliknya dia mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap konsert Search Rocking On Rooftop yang bakal berlangsung pada 11 Jun depan.
Menurut Denden, dia harus membuat persediaan rapi memandangkan band tersebut bakal mempersembahkah lagu-lagu daripada album Rampage yang jarang dimainkan sebelum ini.
“Buat masa sekarang, saya tidak terlalu memikirkan memikirkan mengenai perkara lain. Fokus saya ketika ini adalah untuk memberikan persembahan terbaik pada hari konsert itu nanti.
“Memang tidak dinafikan, saya mengalami sedikit sekuran untuk menghafal lagu-lagu Search daripada album Rampage kerana lagu tersebut jarang dinyanyikan dan agak asing juga bagi saya.
“Lagu-lagu ini juga keynya agak tinggi tetapi saya sedang berusaha dan berkerja keras untuk berikan yang terbaik,” tulisnya.
Penyanyi asal Indonesia itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Search Rocking On Rooftop yang berlangsung di ibu kota pada Jumaat.
Katanya lagi, meskipun dia mengagumi kehebatan Amy selaku vokalis asal, namun, Denden memaklumkan dia akan tetap menjadi dirinya sendiri sepanjang bersama kumpulan Search.
“Abang Amy sememangnya menyampaikan lagu-lagu Search dengan sangat baik. Saya mengidolakan Abang Amy sejak saya masih kecil. Sangat susah bagi saya untuk menyamai tahap dia.
“Bagaimanapun, saya akan tetap menjadi diri saya sendiri. Saya mahu para peminat menerima saya kerana diri saya sendiri dan bukan dengan sesuatu yang dibuat-buat,” ujarnya lagi.
Ketika ditanya mengenai perasaannya apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini mendedahkan situasi ini sudah menjadi kebiasaan buat isteri serta anak-anaknya.
“Keluarga saya sebenarnya sudah terbiasa berjauhan dengan saya dalam jangka masa yang agak lama. Saya juga banyak membuat persembahan di luar negara.
“Jika ingin dibandingkan, saya di Malaysia baru sebulan tetapi saya pernah berjauhan dengan keluarga selama enam bulan untuk mengikuti pertandingan nyanyian di Bulgaria,” akhirinya.
Denden bakal membuat penampilan sulung bersama kumpulan Search yang turut dianggotai Noordin (gitar), Kid (gitar), Yan (bass) dan Minn (dram) pada konsert yang bakal berlangsung di bumbung Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Konsert itu juga bakal diserikan lagi dengan persembahan jemputan daripada ratu rock negara, Ella.
Tiket boleh dibeli di Search Rock Station, Kompleks Campbell manakala untuk pembelian dalam talian pula adalah menerusi laman web rasmi mereka.
Tiket dijual bermula pada harga RM88, RM198 dan RM298. Bagaimanapun, tiket berharga RM88 sudah habis dijual.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Search & Amy Search
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ayah Tak Suka Saya Berlakon Watak Antagonis,” – Ain Edruce

Pertama kali memegang watak antagonis menerusi drama Camelia, pelakon Ain Edruce mahu penonton menilai bakatnya dari sisi lain dalam dirinya.
Sinonim dengan perwatakan yang ‘masuk air’ dan ‘gila-gila’, Ain akui agar sukar untuk menggalas karakter sebagai Marina.
Malah, Ain mendedahkan bahawa bapanya, Edruce Sabri ‘berat hati’ untuk melihat lakonannya di kaca TV.
“Sebenarnya ayah saya tak suka saya melakonkan watak tersebut kerana masyarakat akan melabelkan diri saya jahat seperti dalam drama tersebut.
“Malah, dia (ayah) tak sanggup tengok lakonan saya dalam drama tersebut kerana dia melihat pada diri saya yang sebenar, bukan pada karakter yang saya bawa dalam mana-mana naskah.
“Apabila dia lihat saya berlakon, dia sebut nama penuh saya, dia tak sebut nama karakter yang saya lakonkan, ibarat dia macam terbawa-bawa, ” kata Ain kepada MH ketika ditemui di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Selasa sempena pengenalan 12 Finalis Hero Remaja 2020.
Pada masa sama, Ain menyifatkan bahawa sudah menjadi lumrah perasaan orang tua apabila melihat anak-anak berlakon depan lensa kamera.
“Saya faham niat ayah nak tengok anak dia berlakon, tetapi bukan watak antagonis kerana masyarakat akan label saya dengan karakter tersebut. Tetapi dalam masa sama, saya mengingatkan ayah bahawa ia adalah karakter semata-mata.
“Malah, ayah mahu lihat saya memegang watak baik-baik sahaja,” ujar Ain.
Akui menerima respon baik dari peminat terhadap lakonannya, Ain menanggap lakonan antagonisnya ‘menjadi’.
“Saya ada dapat mesej dari orang ramai mengenai karakter antagonis dalam drama tersebut dan melabelkan saya sedemikian (dalam karakter).
“Saya tak ambil hati, sebaliknya saya suka kerana orang ramai telah memberi respon terhadap lakonan saya.
“Jadi, boleh dikatakan lakonan saya menjadi dan orang nampak sisi lain saya kerana orang kenal saya sebagai seorang yang ‘masuk air’ dan ‘gila-‘gila’,” jelas Ain.
View this post on InstagramDie boleh pulak puji camelia dpn kite …. nk kena ni! Mlm ni pukul 10 di @tv3malaysia ✨✨✨
A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce) on
Dalam perkembangan lain, Ain menggalas tanggungjawab sebagai host program pencarian Hero Remaja 2020 yang akan bersiaran pada 27 Februari ini di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) jam 9 malam.
Program tersebut melibatkan 12 finalis terpilih dan akan dikuarantinkan hampir dua bulan bagi menjalani beberapa aktiviti.
Sementara itu, Scha Al-Yahya dan Datuk Hans Isaac merupakan juri tetap bagi program ini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Setia Dengan Wawa, Hanya Ajal Memisahkan Kami,” – Pasangan Contoh? Aeril Zafrel Bijak Tepis Mesej Nakal Di Media Sosial

Memilih untuk sentiasa setia disamping isterinya, Wawa Zainal, aktor terkenal, Aeril Zafrel tidak mahu merosakkan kebahagiaan rumah tangganya gara-gara kehadiran orang ketiga.
Menurut Aeril, selain isteri, anak-anaknya juga bakal menerima kesannya sekiranya rumah tangga mereka tidak lagi harmoni.
“Soal orang ketiga ini, segalanya bergantung kepada individu itu sendiri. Perkara ini takkan berlaku kalau bertepuk sebelah tangan.
“Bagi saya pula, saya akan selamanya setia bersama Wawa. InsyaAllah, hanya ajal yang dapat memisahkan kami. Itu yang saya harapkan. Saya mohon juga para peminat doakan kesejahteraan keluarga kami.
“Anak-anak saya masih kecil. Saya selalu terfikir, kalau kami berpisah apa yang akan terjadi kepada mereka. Macam mana mereka akan membesar? Mereka pasti akan terkesan,” katanya kepada MH.
Ditanya adakah Aeril sering menerima mesej-mesej nakal di laman sosial, bapa kepada empat orang cahaya mata ini menganggap perkara tersebut sebagai normal.
“Rasanya bukan saya seorang sahaja artis yang menerima pelbagai mesej di media sosial. Ada juga yang menghantar gambar tidak senonoh.
“Saya anggap mereka ini sebagai scammer yang cuba ambil kesempatan. Dia mengharapkan kita balas perkara yang sama.
“Kemudian mereka gunakan untuk mengugut kita demi wang. Saya rasa kebanyakkan video yang tersebar itu adalah gara-gara mereka ini,” ujarnya lagi.
Aeril berkata sedemikian ketika ditemui di majlis Nona Superwoman Award 2022 yang berlangsung di M Resort & Hotel Kuala Lumpur pada Rabu.
Pada masa sama, pelakon filem 7 Petala Cinta ini juga menganggap gelaran pasangan contoh yang diberikan oleh netizen sebagai satu tanggungjawab yang besar.
“Bila orang menjadikan kami ini pasangan contoh, saya anggap itu sebagai perkara positif buat hubungan kami. Ia juga ibarat satu tanggungjawab buat kami untuk sentiasa menjadi contoh yang terbaik,” katany lagi.
Berkongsi mengenai rahsia kebahagiaan, Aeril mendedahkan dia dan Wawa tidak akan bergaduh terlalu lama sekiranya mereka tidak bersependapat.
“Kita kena berperangai seperi budak-budak. Tak perlu nak terlampau serius. Sebolehnya, kita kongsilah minat yang sama. Tak sependapat itu perkara biasa.
“Kalau kami bergaduh, saya jarang pujuk. Kami akan reda sendiri. Tetapi jangan biarkan pergaduhan itu berlarutan sampai hari berikutnya,” akhirinya.
Terdahulu, Wawa merupakan salah seorang penerima anugerah Nona Superwomen 2022 bagi kategori Nona Online Entrepreneur Award.
Untuk rekod, Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata Hayla Magfiraul Adzkiyaa, Fakhruddin Attar, Ayya Soffya dan Jibril Ibtisam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Wawa Zainal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI