HomeBeritaPersalinan Hitam Aina Abdul Ada Maksud Tersirat – “Topi Direka Seperti Tempat...
Persalinan Hitam Aina Abdul Ada Maksud Tersirat – “Topi Direka Seperti Tempat Tidur Bayi, Kain Pleated Merah Belakang Jaket Melambangkan Kesan Luka ‘Semalam’.
Penyanyi Aina Abdul tampil menjelaskan inspirasi persalinan sarat hitam yang dikenakan ketika menyampaikan lagu ciptaannya sendiri, Semalam di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), malam Ahad.
Jelas Aina, gaun tersebut sebenarnya mempunyai maksud dan mesej tersirat, seiring dengan jalan cerita yang ingin disampaikan menerusi lagu berkenaan.
Perkongsian tersebut diperincikan panjang lebar oleh Aina menerusi satu hantaran terkininya di Instagram.
“Topi yang direka menjadi seperti sebuah tempat tidur seorang bayi atau kanak-kanak kecil adalah hasil interpretasi lirik “tinggal ku sendiri, ditemani jasad ini”.
“Bait kata “jasad ini” itu adalah metafora kepada figura seorang bayi atau kanak kanak kecil yang ada bersama-sama wanita ini sewaktu berlakunya kisah “SEMALAM”.
“Jaket bersiluet besar dengan perincian susunan kain pleated yang kelihatan sarat adalah menggambarkan kisah penderitaan yang dialami oleh wanita itu sangat berat dan banyak sekali.
Ads
“Perincian pleated pada jacket tersebut dipilih hasil inspirasi daripada daun palas kipas atau “palm tree”. Ini adalah interpretasi seni reka fesyen terhadap lirik “diri ini bagai daun gugur”.
“Warna hitam juga dipilih untuk melambangkan daun tersebut sudah tua dan kering dan sudah layu. Ia juga simbolik kepada perkataan “SEMALAM” yang selalu dikaitkan dengan warna hitam dan gelap,” tulisnya.
Aina pada masa sama mendedahkan, skuad cantiknya turut mengambil ilham pakaian tradisional Vietnam untuk dijadikan sebagai elemen dalam rekaan.
Ads
“Helain bahagian dalam busana ini yang dicedok dari rekaan pakaian tradisional Vietnam Ao Ďai atau “long tunic” adalah lambangan kepada sifat seorang wanita yang feminin dan ayu.
“Ia diperbuat dari material lembut dan polos yang menggambarkan hati seorang wanita yang mudah rapuh dan cepat tersentuh.
“Perincian kain pleat yang membentuk satu imej bulat dibawah helaian jaket bermaksud seperti wanita ini sedang berdiri di atas daun yang terapung.
“Tidak ketinggalan, perincian kain pleated berwarna merah di belakang jaket melambangkan kesan luka “SEMALAM”.
Ads
“Parachute atau payung terjun dipilih sebagai elemen terbesar dalam reka bentuk busana Aina Abdul di Anugerah Juara Lagu 35 bagi melambangkan imej daun gugur yang ditiup angin.
“Imej grafik yang dipancarkan di atas kain adalah lambangan kepada bait “calar ungu” yang terdapat di dalam lirik “Engkau pergi jua, tinggal ku sendiri dengan seribu calar ungu”.
“Gerakan penari yang menolak-nolak kain parachute dari dalam melambangkan kesan lebam sebagai interpretasi maksud “calar ungu”. Wanita ini juga menyampaikan kisahnya bersama dengan penari-penari yang berada di dalam parachute.
“Ini lambangan kepada situasi dimana wanita ini mewakili insan-insan lain yang turut merasai penderitaan yang sama,” tulisnya panjang lebar.
Bersaing bersama 11 buah lagu yang layak ke final, Semalam diumumkan sebagai pemenang tempat kedua bagi edisi AJL kali ini, membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM35,000 bersama trofi.
Foto: Instagram Aina Abdul, TV3 Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selamat melahirkan cahaya mata lelaki yang diberi nama Atheer pada 11 April lalu, pelakon dan pengacara, Yaya Zahir akhirnya mendedahkan wajah putera sulungnya itu kepada netizen.
Yaya atau nama sebenar, Zuhairah Zahir, 32, berkongsi beberapa foto terbaharu Atheer di laman Instagram miliknya.
“Tiada kata-kata yang mampu menggambarkannya, sangat-sangat bersyukur, Alhamdulillah. Hello uncles and aunties,” tulis Yaya di ruangan kapsyen.
Bekas hos program hLive! ini juga turut membuka akaun Instagram untuk Atheer yang kini telah mengumpul hampir 1,000 pengikut setakat artikel ini ditulis.
Akaun berkenaan dikendalikan oleh Yaya dan suaminya, Arriz Azim.
Meninjau di ruangan komen, ramai rakan-rakan artis mengirimkan ucapan tahniah kepada Yaya di atas kelahiran anak sulungnya itu.
Baru-baru ini, pelakon Risteena ada memuat naik beberapa keping foto majlis perkahwinan di laman akaun Instagram miliknya.
Bagaimanapun, adik kepada Risteena atau nama lengkapnya Nur Risteena Munim, Ruhainies mendapat perhatian netizen gara-gara bahagian perut yang dilihat buncit.
Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor diberi penghormatan apabila dipilih sebagai penerima anugerah bagi kategori Wanita Inspirasi sempena acara The Muslim World Women’s Summit: Voices HER Festival, malam tadi.
Pengiktirafan berprestij ini diberikan sebagai penghargaan terhadap sumbangan ibu kepada dua cahaya mata dalam dunia keusahawanan, pemerkasaan wanita, serta peranannya sebagai ikon Muslimah yang memberi inspirasi kepada masyarakat.
Neelofa bukan sahaja sebagai selebriti tetapi juga tokoh perniagaan berjaya dan anugerah ini susulan kejayaan luar biasanya dalam bidang perniagaan fesyen patuh syariah, serta advokasi mengenai kepentingan keseimbangan antara kejayaan profesional dan nilai keislaman.
Anugerah Memberi Makna
Neelofa yang juga Pengasas Nunha berkata, penghargaan ini bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi satu simbol kekuatan, keazaman, dan peranan besar yang dimainkan oleh wanita dalam dunia hari ini.
“Anugerah ini bukan hanya untuk saya, tetapi untuk semua wanita di luar sana yang berusaha menggapai impian mereka tanpa mengorbankan prinsip dan nilai yang dipegang. Saya berharap kejayaan ini dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk berani mengejar cita-cita mereka.
“Kejayaan bukan hanya diukur dari segi pencapaian material, tetapi juga dari segi bagaimana kita memberi impak positif kepada masyarakat dan membawa perubahan yang lebih baik,” katanya.
Teristimewa Buat Wanita
Anugerah itu turut dedikasikan kepada semua wanita yang berani melangkah keluar dari zon selesa, berusaha tanpa mengenal lelah, dan terus berpegang teguh pada prinsip serta keimanan mereka.
“Semoga kita semua dapat terus menjadi inspirasi kepada satu sama lain dan membantu membentuk dunia yang lebih baik.
“Terima kasih kepada pihak penganjur atas penghargaan ini dan kepada semua yang sentiasa menyokong perjalanan saya. Moga Allah SWT terus memberkati langkah kita semua,” katanya lagi.
Neelofa sebelum ini sudah meraih pelbagai anugerah atas kejayaan dalam bidang keusahawanan dan pengaruhnya dalam dunia fesyen serta media sosial.
Malah hos Next To Neelofa ini juga aktif dalam kerja-kerja kebajikan serta sering berkongsi ilmu dan pengalaman bagi menggalakkan pemerkasaan wanita dalam perniagaan dan kehidupan.
Penganugerahan ini sekali lagi membuktikan bahawa Neelofa bukan sekadar ikon hiburan tetapi juga seorang wanita yang memberi impak besar dalam masyarakat, khususnya dalam dunia Islam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Pelakon popular Hollywood, Penn Badgley mengejutkan peminat apabila mendedahkan amalan hariannya yang tidak dijangka iaitu membaca al-Quran setiap malam sebagai bentuk meditasi.Menerusi wawancara bersama...