Penceramah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek menceritakan persamaan tiga pelawak popular, Allahyarham Abam, Mr Os dan Pak Yus yang ketika hayatnya suka bersedekah dan membantu golongan di dalam kesusahan.
“Ketiga-tiga mereka adalah pelawak tetapi ada kebaikan mereka disembunyikan ketika hayat yang ramai orang tidak tahu.
“Sempat juga beberapa tahun lepas saya solat jenazah untuk arwah Mr Os, saya menguruskan jenazah dia sangat mudah dan begitu juga arwah Pak Yus kerana mereka ini suka bersedekah.
“Sedekah adalah jalan paling mudah ke syurga asalkan ikhlas kerana Allah.
“Mr Os sewaktu hayatnya dia sangat suka bersedekah. Ketika dia berada dalam masalah kewangan di mana dia seorang pemandu teksi, kalau ada yang tidak cukup duit, dia anggap itu sedekah.
Ads
“Sebab itu dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, apabila mati anak Adam, putus semua amalan kecuali tiga iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan ketiga doa anak yang soleh.
“Sedekah perkara paling mudah untuk ke syurga. Ini kerana sebelum sedekah sampai kepada penerima, sedekah itu sampai dulu kepada Allah, itulah ‘power’ bersedekah dan apa yang berlaku kepada arwah Abam adalah dia juga suka bersedekah,” katanya.
Selepas pemergian arwah Abam, tular kisah-kisah kebaikan yang pernah dilakukan semasa hayatnya masih ada. Terbaru, kisah seorang wanita yang merayu supaya membenarkannya melawat pusara Abam pada waktu malam tular di laman sosial.
Ads
Kisah ini dikongsi penggali kubur yang dikenali sebagai Khairuddin, 51 yang menyatakan dia didatangi seorang wanita bersama anak perempuannya yang menunggang motosikal di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak kira-kira jam 8.00 malam.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, pergi mengadap Ilahi di kediamannya di Kampung Sungai Salak, Batu 10, Jalan Gombak pada jam 7.15 pagi pada 10 Februari lalu selepas mengalami demam selama dua hari.
Foto : Instagram Ustaz Hanafiah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Komposer terkenal, Aubrey Suwito akui kurang mengerti obsesi segelintir peminat muzik dengan gelaran penyanyi nombor satu negara.
Menurut Aubrey, muzik sepatutnya diraikan dan bukannya menjadi alat pengukur untuk menunjukkan siapakah yang lebih bagus.
“Kenapalah kita obses sangat tentang siapa nombor satu? Siapa kisah? Ia merupakan muzik. Bukannya sukan. Bukan politik,” tulisnya.
Pandangan tersebut disuarakan oleh pencipta lagu Gemilang itu menerusi sebuah hantaran di aplikasi X (dahulunya Twitter).
Katanya lagi, seseorang penyanyi itu akan tetap disanjung sekiranya mereka mempunyai karya dan kualiti kerja yang baik.
“Pemenang tak dapat apa pun. Bila saya suka sesuatu lagu atau artis, nombor 99 pun okay sahaja. Sebab saya yang nak enjoy.
“Kalau kerja bagus, nak letak nombor apapun kita tak peduli,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan tersebut selain turut berharap agar trend seperti ini dapat dihentikan.
“Saya setuju. Ada kalanya peminat terlalu fanatik.
“Segelintir peminat adalah toksik. Nikmati sahaja muzik itu dan jalani hidup seperti biasa.
“Ini adalah fakta tetapi memerlukan masa dan kebijaksanaan untuk diterapkan dalam kehidupan.
“Semua benda korang nak compare. Nasi kandar pun nak compare. Enjoy je la kepelbagaian,” antara komen-komen netizen di X.
Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial selepas beberapa kelab peminat penyanyi terkenal didakwa ‘berperang mulut’ bagi membuktikan artis kesayangan mereka adalah yang terbaik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menyedari sikap anaknya, usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri yang kerap dihujani kontroversi, jelas Rozita Ibrahim, dia enggan menambah masalah dengan perihal Aliff.
Sebaliknya, pengasas Rumah Hutan ini menjelaskan dia lebih gemar mendekatkan diri dengan perkara bermanfaat.
Acapkali dipersoal netizen akan caranya mendidik anak-anak, kata Rozita, walau setegas mana pun didikan, namun apabila mereka sudah menginjak dewasa, semuanya akan berubah.
“Sy x banyak tahu tentang dunia di luar sana.. viral ke apa ke.. Sy hanya lihat ceramah ugama ..Kecuali kalau org screenshot dn hantar pada sy..
“VIDEO PENUH LAGI KRI LIDAH PENDEK NI, blh tgk di youtube Bumi Ratu Channel
“Bila sy ada kelapangan baru sy tengok ig syukri.. tentang isu dia yg buruk2 dn sebagainya.. sy malas dn xlarat menambah sakit mata dosa maka sy didik mata sy tengok benda menafaat je
“Jadi Netizen xpayah tanya sy xdidik ke apa ke .” Dgn tegas dn disiplin sy ni anak2 pun xtahan dn besar suka2 dia nk buat apa , sebagai Mak apa kita boleh buat ..Nak pukul , nak maki ..?? Ha ha ha xkan boleh dah ..!!
“Bagi sy, dia dah besar dn tahu mana hala tujunya dn sy tahu dia x buat perkara yg salah dn sy tahu anak sy ni mcm mana ..Nakal , kurang sentivity , baik budi, penyanyang rajin dn bijak niaga
“Sejak kecil, sikap syukri dia je yg betul.. kalau bergaduh dgn kakaknya, dia mmg nak menang,” kongsinya di laman Instagram.
Dalam pada itu, wanita ini turut berkongsi rakaman lucu menunjukkan pengasas D’ Herbs menyebut beberapa jenama mewah
“Jadi bila kakaknya mengajar, dia akan melawan.. dn dia x blh menyebut beberapa perkataan antaranya biawak.. akan di sebut biawe.. buaya pun akan disebut biawe juga..
“Sebutan bahasa english memang banyak yg dia x blh sebut.. ajarlah mcm mana pun..
“Dia seorg yg suka bersosial, memenuhi aktiviti di sekolah.. dn selalu berpidato sorang2 kat rumah “ perasan “ dia tu lh bahan jenaka kami dn tempat kami bergembira serta bergaduh.. rencah2 kehidupan..
“Semoga yg baik2 sahaja akan di akhiri dlm usia kami,” tulisnya lagi.
Keputusan kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri bermula pada 11 Oktober lalu disambut penuh gembira oleh rakyat Malaysia. Masing-masing teruja, apatah lagi buat mereka yang sudah lebih setahun tidak berjumpa ibu bapa dan keluarga tercinta.
Kebenaran itu juga selepas kadar vaksinasi lengkap di seluruh negara membabitkan golongan dewasa sudah mencapai 90 peratus. Ia sekaligus membuktikan bagaimana tahap kesedaran yang tinggi masyarakat terhadap suntikan vaksin.
Bertepatan dengan kempen kerajaan juga, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Amal Kemanusiaan Malaysia melancarkan lagu Vaksin Rindu sebagai usaha dan inisiatif agar orang ramai yang belum mendapatkan vaksin boleh berbuat sedemikian.
Selain itu, lagu ini juga bertujuan untuk menaikkan semangat selepas musibah yang menduga kita.
Lagu ciptaan AkhMas dan Yasin Sulaiman dan lirik oleh Yasin Sulaiman, Suhaimi dan Ghazali itu dinyanyikan oleh Yasin Sulaiman.
Yasin berkata, dia tidak berfikir panjang ketika ditawarkan untuk menyanyikan lagu Vaksin Rindu selain tertarik dengan lirik dan tema yang dibawa lagu berkenaan.
“Saya mendapat tawaran menyanyikan lagu ini bulan lepas. Apabila saya dengar melodi dan baca lirik, saya tak fikir panjang untuk kata ya. Saya terus terima dan nak buat. Lagi pula, saya suka idea yang dibawa Persatuan Amal Kemanusiaan Malaysia ini.
“Dalam masa sama, saya lebih kepada nak sokong kempen dijalankan mereka. Saya nak raikan matlamat kempen mereka menerusi lagu Vaksin Rindu ini. Melihat usaha mereka ini, ia sesuatu yang bagus kerana ada kesedaran dan mahu tingkatkan kesedaran kepada masyarakat terhadap suntikan vaksin di kala virus Covid-19 masih melanda negara,” katanya.
Berkongsi lanjut mengenai lagu itu, Yasin berkata dia juga turut memberikan sedikit sentuhannya pada melodi dan lirik.
“Pada awalnya memang saya kena menyanyi saja. Apabila tengok lirik, ia ‘cute’ juga. Lagu sederhana dan santai saja. Disebabkan karya ini daripada NGO, saya tidak boleh ‘treat’ mereka macam orang lain. Jadi, saya ada baiki sikit pada bahagian lirik supaya lagu itu lebih baik hasilnya.
“Sebelumnya saya minta izin dan mereka okay. Ketika dapat tawaran itu pun, muzik sudah siap. Jadi, saya bantu dalam proses ‘mixing’ sikit. Alhamdulillah, hasilnya diharap dapat diterima baik peminat dan sama-sama kita menghayati lagu ini,” katanya.
Ditanya mengenai kewujudan golongan yang masih belum atau menolak vaksin, Yasin berkata perkara itu adalah pendirian dan hak masing-masing.
“Di sekeliling saya ramai tak ambil vaksin lagi dengan alasan pelbagai atau mungkin juga mereka berasakan tak nak terbabit dengan agenda vaksin. Ikut kepercayaan masing-masing.
“Tapi bagi saya ia tak jadi masalah pada negara pun. Sebab kadar vaksinasi seluruh negara pun sudah mencapai 90 peratus.
“Lagi satu, kita tak boleh paksa mereka. Dalam perubatan pun sama. Cuma, pengambilan vaksin ini adalah untuk kesedaran bersama bagi melindungi diri kita,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Yasin mereka yang digelar anti vaksin ini bukanlah ancaman buat mereka yang sudah mengambil suntikan vaksin.
“Saya tak raikan pendapat mereka, tapi saya hormat pendirian mereka. Sebab soal masukkan sesuatu dalam badan adalah atas diri sendiri. Jadi, apa pun keputusan mereka, itu hak mereka.
“Bagi saya, buat masa sekarang ini bukan satu masalah. Melainkan kalau majoriti yang tak nak vaksin, itu baru masalah. Anti vaksin bukanlah ancaman buat kita. Kalau tengok sekarang pun kes harian kita makin turun. Tak perlu nak kecoh atau saling bergaduh di media sosial. Pada akhirnya yang tak nak ambil tetap tak nak ambil,” katanya.
Sementara itu, Persatuan Amal Kemanusiaan Malaysia berharap lagu Vaksin Rindu yang diterbitkan mereka dapat menaikkan semangat seluruh rakyat Malaysia selepas hampir dua tahun bergelut dengan situasi pandemik Covid-19.
Lagu Vaksin Rindu ini juga bertepatan dengan NGO ini yang mana mereka adalah persatuan yang aktif dan giat memberi sumbangan sepanjang tempoh pandemik Covid-19.
“Diharapkan lagu dapat menaikkan semangat selepas musibah yang menduga kita. Untuk sama-sama membantu dan memberi sumbangan boleh ke arifnasional.com atau dapatkan merchandise di vaksinrindu.com ,” katanya.
Lagu Vaksin Rindu bakal dilancarkan secara rasmi esok, 21 Oktober 2021.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!