Hiburan

Persembahan Istimewa Yuna Di Supalapa Festival, Kongsi Pentas Dengan Bintang Antrabangsa

Share

Penyanyi, Yuna bakal berkongsi pentas bersama lebih 40 artis tempatan dan antarabangsa di festival muzik, Supalapa yang akan berlangsung di Resorts World Awana, Genting Highland pada 2 dan 3 Mac ini.

Menurut Yuna, dia tidak sabar untuk mengubat kerinduan peminat tanah air terumatanya buat mereka yang terlepas untuk menonton konsert Yunaverse yang berlangsung pada tahun lepas.

“Persembahan saya akan berlangsung dalam durasi satu jam. Sebenarnya persembahan kali ini macam sambungan kepada show Yunaverse tempoh hari.

“Ada set lagu yang sama cuma sebab masa untuk festival pendek sikit jadi kita cuba untuk masukkan dalam satu jam.

“Ada penari dan saya akan bawakan lagu baru dan lama. Saya rasa ecxited membuat persembahan untuk peminat di Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Yuna akui masih ada perasaan gementar meskipun sudah membuat persembahan hampir 15 tahun.

“Bila buat persembahan, semestinya akan gementar. Saya sudah 15 tahun membuat persembahan tetapi setiap show is a different dan unique show.

“Tak boleh samakan sebab bagi saya, bila saya perform, ada yang tak pernah tengok.

“Kali pertama buat mereka. Saya nak bagi a good 1st impression buat mereka. Gementar kat situ. Lepas tu dah ok,” jelasnya lagi.

Pada masa sama, penyanyi lagu Terukir Di Bintang ini turut berharap agar festival muzik seperti ini dapat diperbanyak pada masa akan datang.

Katanya lagi, selain menghiburkan penonton, festival muzik seperti ini dapat memberikan pendedahan bukan sahaja buat artis tetapi juga para pekerja di belakang tabir.

“Kalau macam di luar negara, saya suka tengok persembahan artis serta set up mereka. Contoh macam Cocahella, set up time mereka hanya 15 min, macam mana mereka nak buat dalam masa yang diberikan dan ia berjalan lancar dan smooth. Itu sangat penting.

“Hopefully satu hari kita di Malaysia akan begitu kerana kita ada banyak bakat . Banyak sound guys, sound technical yang talented dan saya akan hire orang yang sama. New generation pun akan more talented.

“Saya perlu jadi fleksibel kalau buat persembahan di festival. Festival is a good time to learn and have fun. Tiada pressure to be perfect,” ujarnya lagi.

Lebih 40 bintang antarabangsa bersama karyawan tempatan dengan pelbagai genre muzik dan hiburan tanpa had dihimpunkan sepanjang tempoh penganjuran sulung Festival Supalapa.

Tiësto, The Kid Laroi, EAJ, Somi, XG, Ali Gatie, Armani White, Tones and I, Ian Asher, Keemokazi, Paul Van Dyk, Rave Republic, Notep antara lebih 40 nama bintang ternama antarabangsa yang sedia menanti peminat pada festival yang berlangsung selama dua hari ini.

Bersama mereka, bintang tempatan Yuna, Siaxse, Kidd Santhe, Talitha, Cluadia, Belle Sisoski,Jovynn, Coex, Forceparkbois & DJ Ziqq Axel Groovejuga siap membuat pengunjung teruja dengan persembahan mereka.

Di Festival Supalapa ini, pengunjung yang hadir boleh menikmati tiga genre muzik sekali gus dari EDM, Pop dan K POP.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Aizam Manaf