Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menerusi Astro Ria dan Ria HD sudah pun telah melabuhkan tirainya.
Selain kejutan serta barisan para pemenang yang disebut-sebut peminat, rangkaian persembahan di AME tahun ini juga tidak kurang hebatnya.
Antara yang mencuri tumpuan ialah persembahan dua penyanyi vokal, Ernie Zakri dan Aina Abdul. Aina menyampaikan lagu Gundah sementara Ernie mendendangkan lagu Semalam sebelum keduanya berpadu suara menerusi lagu Inggeris, Bang Bang.
Gabungan bersama mereka di atas pentas nyata memukau ramai dan Aina sendiri ada meluahkan rasa gembira kerana diberi peluang sepentas dengan penyanyi Boneka itu.
Ads
“Alhamdulillah Thank you Ernie for sharing the stage with me! Alhamdulillah selesai kerja kita! I miss you dah ernieee! On to the next one InshaAllah.
“Thank you pihak Meletop dan Astro atas kesempatan ini! Yeayyy! Dah boleh balik rumah and cuci makeup pastu nak tidurrrr Terima kasih semua!,” tulisnya.
Ads
Meninjau ke ruangan komen pada entri tersebut, rata-rata peminat memuji akan persembahan mantap mereka berdua di majlis anugerah tahunan hiburan itu.
Ads
AME2020 dihoskan oleh Jihan Muse, Nabil Ahmad dan Zizan Razak dan selain mereka, Misha Omar, Anuar Zain, Noraniza Idris dan k-Clique antara artis popular yang turut membuat persembahan.
Foto: Instagram Aina Abdul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perkongsian daripada pelakon Kilafairy di laman Instagram yang menunjukkan seekor Koala yang terselamat daripada tragedi kebakaran hutan di Australia mengundang simpati warga maya.
Malah pelakon ini turut meluahkan kesedihan di ruang kapsyen.
“My heart breaks into pieces,” tulisnya ringkas yang membawa 1001 makna.
A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on
Rata-rata netizen memberikan reaksi di ruang komen dan mendoakan keselamatan di sana.
Menurut Astro Awani, dianggarkan hampir 500 juta haiwan terkorban akibat kebakaran yang makin marak di hampir seluruh Australia sejak hujung Ogos lalu.
Media tempatan pula melaporkan, kira-kira 24 orang dilaporkan maut setakat ini dalam kebakaran hutan yang berlaku melibatkan tiga negeri di Australia.
Sehingga kini, dianggarkan 2,000 kediaman penduduk musnah selepas kebakaran hutan terburuk itu membakar sehingga kira-kira 5 juta hektar kawasan tanah.
Pada masa sama, selebrititi seluruh dunia turut menyatakan rasa sedih atas benca alam yang berlaku.
Foto : Instagram Kilafairy & Astro Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bukan sahaja kaya dengan ilmu nyanyian dan budi bahasa,penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza juga berkebolehan bermain alat muzik,piano.
Terbaru, Siti atau mesra dengan gelaran TokTi telah memuat naik video di Instagrammya yang memaparkan gelagatnya yang comel ketika diusik pembantunya peribadinya,Rozi Abd Razak.
“Siapa sakit kepala boleh tengok drama ni.. Yg lelaki jgn lupa solat jumaat ya..
Repost by Rozi, tak ikut masa makan ubat rupanya,” tulis Siti diruangan kapsyen.
Video yang telah mendapat ribuan tontonan itu melihatkan aksi comel TokTi bagaikan kanak-kanak riang apabila disapa Rozi.
Serentak itu,netizen terhibur dengan gelagat TokTi itu
Menepati ramalan, Gie Hamid mencipta sejarah apabila diumumkan sebagai juara wanita pertama program realiti, Kilauan Emas 2024 yang bersiaran secara langsung dari Royal Theatre...