Suasana di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil gamat saat penyanyi, Nikki Palikat mempersembahkan lagu Tragedi Buah Apel di pentas akhir All Star Gegar Vaganza (ASGV).
Rata-rata peminat memberikan tepukan gemuruh selepas Nikki mempamerkan persembahan yang penuh bertenaga.
Perkara tersebut turut diakui oleh juri jemputan ASGV, Ellla.
Jelas Ella, persembahan Nikki sangat menarik sehingga membuatkan dirinya turut sama ingin menari.
“Tahniah kerana berjaya ke final. Persembahan kamu buat saya tak boleh duduk diam. Saya rasa nak menari. Persembahan yang sangat bertenaga,” katanya.
Jelas Ella lagi, Nikki sememangnya sudah pun bergelar juara di hati para peminatnya.
“Saya rasa satu Axiata ini dapat merasakan persembahan kamu. Apapun keputusan juri, kamu sudah menjadi juara di hati peminat,” ujarnya lagi.
Pada malam ini, Nikki juga bakal beduet dengan Datuk Zainalabidin menerusi lagu Ikhlas Tapi Jauh.
Manakala di pusingan battle pula, Nikki bakal berentap bersama Azharina, Hadi Mirza dan Naqiu menerusi lagu Sorry, Sorry.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Amanah Kiriman Allah Dari Syurga,” – Timang Cucu Sulung, Indah Nasihat Normala Samsudin Buat Anak & Menantu
Bekas personaliti televisyen, Datin Seri Normala Samsudin menzahirkan rasa syukur selepas anak perempuannya, Ruhila Roslan selamat melahirkan cahaya sulung pada Khamis.
Menurut Normala, dia sememangnya amat teruja diatas kelahiran bayi lelaki tersebut kerana kini dia bakal bergelar seorang nenek.
“Alhamdulillah, sujud syukur atas segala-galanya Ya Allah. Terima kasih atas doa-doa kalian.
“Ruhila selamat melahirkan ‘baby boy’ (bayi lelaki), dan rasmilah saya sebagai Tok Mama,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Gerak Khas itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Menerusi entri berasingan, Normala turut menitipkan nasihat dan kata-kata semangat buat anak serta menantunya itu terus berusaha menjadi ibu bapa yang terbaik.
“Amanah kiriman Allah SWT dari syurga. Setiap kelahiran insan sudah tersurat dan tersirat. Amanah berat tanggungjawab Ibu dan Ayah.
“Setiap kepayahan itu pasti ada kesenangan dalam menjaga dan mendidik hingga menjadi anak berjaya dunia akhirat.
“Moga jadi anak ya g Solleh, Aamiin. Moga kita menjadi ibu ayah yg di redhaiNya,” kongsinya lagi
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Normala sekeluarga.
“Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah.
“Alhamdulillah, tahniah Tok Mama.
“Congrats Ruhila dan Tok Mama. Best la lepas ni dapat main dengan cucu.
“Tahniah Tok Mama yang masih anggun dan aktif.
“Tahniah. Semoga anak dan cucu sihat sejahtera,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Ruhila dan suaminya, Majid Nazli melangsungkan pernikahan dalam majlis serba sederhana ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Januari tahun lalu.
Sementara itu, anak lelakinya, Ashraf Roslan pula melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Hilyati pada 1 Jun tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Normala Samsudin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Zizi Kirana Berangkat Tunai Umrah Dengan Yusof Bahrin
Penyanyi Zizi Kirana menerusi laman Instagram miliknya memaklumkan dia dan suami, pelakon Yusof Bahrin telah berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah bersama.
Lebih manis lagi, sehari sebelum bertolak pada pagi Selasa, penyanyi lagu Eh itu telah diraikan oleh suami dan ahli keluarga sempena menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-38 pada Isnin lalu.
Melalui hantaran di media sosial, Zizi memohon kemaafan daripada semua kenalan dan mendoakan agar ibadahnya dan suami mendapat keredaan daripada Allah SWT.
“Assalamualaikum , InsyaAllah saya dan suami akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah.
“Kepada semua kenalan kami dekat ataupun jauh, kami menyusun 10 jari memohon kemaafan atas segala salah dan silap dari kami.
“Moga kita semua dapat keredaan Allah SWT dan syafaat Nabi Muhammad SAW InsyaaAllah,” tulis Zizi menerusi ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti turut mendoakan perjalanan pasangan suami isteri ini dipermudahkan sepanjang berada di sana.
“MasyaAllah, moga dipermudahkan perjalanan pergi dan balik, mendapat umrah yang mabrur sahabat-sahabat,” tulis Fakrul UNIC.
“Semoga dipermudahkan segala urusan di sana dan mendapat umrah yang mabrur,” titip Azira Shafinaz.
“Umrah mabrur lovebirds,” komen Cik Manggis.
“MasyaAllah.. semoga Allah permudahkan urusan kalian di sana dan mendapat umrah yang mabrur,” titip Syura.
Sekadar info, Zizi berkahwin dengan Yusof pada 19 September 2021.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Mohon Maaf Kepada…,”- Nabila Razali Positif Covid-19 Kali Kedua, Sedih Kena Tangguh & Batal Komitmen Kerja
Khabar duka buat penyanyi dan pelakon, Nabila Razali apabila memaklumkan dirinya kini telah disahkan dijangkiti wabak Covid-19 buat kali yang kedua.
Menurut Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali, dia sememangnya berasa amat berat hati apabila terpaksa membatalkan dan menangguhkan segala komitmen kerjanya untuk 10 hari yang akan datang.
Lantaran itu, dia memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan dugaan yang menimpa dirinya itu.
“Assalamualaikum WBT, Dukacitanya saya ingin memaklumkan bahawa saya telah dijangkiti virus #Covid19 buat kali yg ke-2 (Ya, kali kedua)
“Banyak kerja terpaksa saya tangguh/batal untuk 10 hari mendatang. Saya ingin memohon maaf kepada pihak penganjur mahupun sesiapa yang terkesan dengan berita ini,” tulisnya.
Khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Peluang Kedua itu menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Nabila turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga kesihatannya dapat kembali pulih dengan segera.
Malah, bintang berusia 29 tahun ini turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil mudah dengan penularan wabak Covid-19.
“Mohon doakan kesihatan saya kembali pulih seperti sedia kala. Covid is real guys & it’s still out there. Stay safe. Wasalam,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa duka selain turut memberikan kata-kata semangat buat Nabila.
“Get well soon bella. Don’t worry, you’ll recover fast in shaa Allah. Take care.
“Awwwww sorry to hear this. Stay safe darling.
“Gws Kak bella sayang. Semoga cepat sembuh dan dimudahkan urusan. Take care Kak Bella cayang.
“Allahuakbar.. get well soon bella. In shaa Allah everything will be fine. Ramai yang doakan ni. Just please take care ya. Love youuu,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Dalam perkembangan lain, Nabila kini dilihat sibuk mempromosikan single terbaharunya yang berjudul Putus.
Sehingga kini, lagu berkenaan telah pun merain lebih 1 juta tontonan dalam masa dua bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Nabila Razali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI