Hiburan

Persembahan Nikki Palikat Buat Ella Nak Menari Sama!

Share

Suasana di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil gamat saat penyanyi, Nikki Palikat mempersembahkan lagu Tragedi Buah Apel di pentas akhir All Star Gegar Vaganza (ASGV).

Rata-rata peminat memberikan tepukan gemuruh selepas Nikki mempamerkan persembahan yang penuh bertenaga.

Perkara tersebut turut diakui oleh juri jemputan ASGV, Ellla.

Jelas Ella, persembahan Nikki sangat menarik sehingga membuatkan dirinya turut sama ingin menari.

“Tahniah kerana berjaya ke final. Persembahan kamu buat saya tak boleh duduk diam. Saya rasa nak menari. Persembahan yang sangat bertenaga,” katanya.

Jelas Ella lagi, Nikki sememangnya sudah pun bergelar juara di hati para peminatnya.

“Saya rasa satu Axiata ini dapat merasakan persembahan kamu. Apapun keputusan juri, kamu sudah menjadi juara di hati peminat,” ujarnya lagi.

Pada malam ini, Nikki juga bakal beduet dengan Datuk Zainalabidin menerusi lagu Ikhlas Tapi Jauh.

Manakala di pusingan battle pula, Nikki bakal berentap bersama Azharina, Hadi Mirza dan Naqiu menerusi lagu Sorry, Sorry.

Published by
Aizam Manaf