
Penyanyi yang mendapat jolokan Tony Stark Malaysia, Sham Visa mengakui mengalami sakit tekak hingga menjejaskan persembahan lagu Terima Kasih Cinta yang dipopularkan oleh Agfan pada saingan minggu kelima Gegar Vaganza 6 (GV6).
Menerusi saingan Ahad lalu, bintang berusia 47 tahun itu menduduki ranking kelapan dengan mengumpul markah keseluruhan 53 peratus dari 10 peserta yang masih meneruskan saingan.
“Hari ketiga saya alami masalah ini, saya rasa panas dan sakit di bahagian tekak. Di luar kawalan saya.
“Memang risau, tapi meski dalam kepayahan saya tetap mahu melunaskan tanggungjawab habiskan lagu itu,” katanya kepada MH.
Ditanya adakah ia sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi atau berada dalam tekanan, bapa kepada dua cahaya mata ini tidak menafikan perkara tersebut.
“Sudah tentu… Sebab ia menyakitkan. Sedikit-sebanyak dari perspektif saya sebagai orang yang sudah lama tidak menyanyi dan sertai pertandingan itu adalah serba-sedikit.
“Akan tetapi kini sudah pun minggu kelima saingan dan saya sudah mula biasakan diri dengan perjalanannya,” jelasnya.
Pada masa sama, Sham turut mengakui ada terfikir mungkin namanya akan diumumkan sebagai peserta tersingkir atas faktor persembahan yang kurang meyakinkan pada ketika itu.
“Ada… Sebab jelas persembahan saya tidak bagus dan andai itu berlaku saya bersedia,” katanya sambil turut memberi dedikasi tidak terhingga buat peminat yang tidak putus-putus menyokong perjalanannya di GV6.
https://www.youtube.com/watch?v=cIxkO3x5iaI
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Putus Asa Jadikan Muzik Sebagai Pekerjaan Pertama,” – Amir Jahari

Penyanyi, Amir Jahari mengakui dirinya kini sudah berputus asa untuk menjadikan muzik sebagai pekerjaan utama.
Menurut penyanyi lagu Penghibur Jalanan itu, dia hanya akan memberi fokus sepenuhnya terhadap servis mencipta lagu dan mengusahakan sekolah muziknya sendiri.
View this post on InstagramA post shared by Amir Jahari (@amirjahariofficial) on
“Breaking down at my lowest, thank you for all of you yang risaukan aku, aku putus asa jadikan muzik sebagai pekerjaan pertama. Itu sahaja.
“Aku nak jadikan Servis buat lagu dan Pondok Seni sebagai sumber utama duit aku sekeluarga, dan muzik aku anggap sebagai hobi, bukan bermaksud aku terus berhenti.
“Realitinya mungkin korang semua takkan faham selagi korang tak masuk industri, jom masok industri, aku ajar kat Pondok Seni,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Amir menerusi akaun Instagram miliknya.
Bagaimanapun, Amir menjelaskan bahawa dia tetap akan menjadikan muzik sebagai hobinya dan meminta agar semua pihak faham mengenai situasi yang dialaminya itu.
“Aku jadikan muzik sebagai hobi dan kalau ada duit baru aku buat. Aku dah tak larat nak fikir berat-berat dan akhirnya mengecewakan, baik aku buat lek sudah, korang chill k, jangan ngelabah.
“Tapi aku tetap akan hilang satu hari nanti once masanya tiba, sebab aku bertahan sampai selesai hutang dan segalanya dulu ni, selesai je semua dengan rumah sendiri dan sebagainya, aku bakal hilang.
“Sebab akhirnya, aku dah sedar yang muzik itu tak perlu dikejar, dunia tak perlu dikejar, kalau benar muzik aku menyembuhkan, manusia akan lari mencari, kalau bukan, ia akan sentiasa terapung sehingga tunggu masanya tiba.
“Assalamualaikum semua, jaga diri. Untuk Nusantarasa, kita buat gathering ye nanti, and apa-apa aku akan bagitau korang semua dulu,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa sedih terhadap pengumuman tersebut selain turut mendoakan segala urusan Amir selepas ini dipermudahkan.
Sumber: Instagram Amir Jahari
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Teka-Teki Terlerai, Nabila Sahkan Sudah Failkan Penceraian Bersama Sharnaaz Ahmad

Mengakhiri teka-teki ramai, kakak kepada Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor, 35, mengesahkan dirinya sudah memfailkan perceraian terhadap suami, pelakon Sharnaaz Ahmad.
Pendedahan tersebut dibuat secara eksklusif menerusi BH Online.
“Seperti khabar angin yang bertebaran, saya mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suami saya, Sharnaaz Ahmad.
“Buat masa ini, saya serahkan segala-galanya kepada mahkamah. Saya berharap, saya dan keluarga diberi ruang untuk melalui proses ini dengan sabar dan tenang,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, Nabila mengakui masa depan anak mereka, Jebat Jayden adalah yang lebih penting.
Jebat baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama, sehari lalu.
Sebelum ini, rumah tangga antara Sharnaaz dan Nabila dikatakan pernah berdepan masalah.
Bagaimanapun, perhubungan mereka dilihat semakin pulih, sejak Februari lalu.
Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden, pada Ogos tahun lalu.
Awal Khamis, Nabila ada berkongsi foto yang dipercayai diambil di kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta, 29 Ogos lalu.
Perkara itu sekali gus membangkitkan pelbagai spekulasi hingga ada yang mendakwa Nabila memfailkan perceraian terhadap suaminya.
Terdahulu, Sharnaaz ketika ditemu bual pihak media enggan untuk memberikan sebarang reaksi mengenai perkara tersebut kerana bimbang ia akan mengeruhkan keadaan.
Sementara itu, Neelofa pula menyifatkan kakaknya seorang yang kuat dan sebagai ahli keluarga, dia tetap menyokong apa sahaja tindakan yang bakal dilakukan Nabila andai itu adalah yang terbaik.
Foto/Sumber: Instagram Noor Nabila, Sharnaaz Ahmad/Berita Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Faezah Elai Perjelas Sebab Kapsyen Di IG Dikata Kasar, Tiada Sopan Santun

Pelakon Faezah Elai ada meluahkan perasaan dan pendapat kepada netizen yang selalu memberikan kecaman dan komen yang berbaur negatif terhadap dirinya.
Kongsi ibu kepada dua orang cahaya mata itu, netizen selalu salah faham dengan kapsyen yang ditulis kerana merasakan terlalu kasar dan tidak bersopan santun.
Jelas pelakon yang berusia 36 tahun itu lagi, cara penulisan kapsyen di Instagram miliknya hanya bersifat terbuka.
Malah, isteri kepada pengarah Heykal Hanafiah ini tak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak.
“Each of my captions in social media is genaral.. I wont update my social media when i am mad.. hakak ni org utara.. mostly mmg tulis bahasa utara,so bahasa utara ni mungkin agak kasar bg org yg tk paham,
“jika yg membaca itu dlm nada yg marah,marah lah bunyi nya,klu baca dlm sarcastic maka sarcastic lah bunyi nya.. why some people making a big deal out of it?
“My caption tkde pon judge sapa2,I’m talking about the issue org2 kita skrg supaya tk perlu judge org lain.
“Jauh sekali nk berdakwah,sbb ilmu lagi kecik dari zarah.. Hakak berckp ttg hormat, hormat pada kehidupan org lain.. Kita sesama melayu/islam should back up each other.. But if don’t understand my language then don’t bother,teruih lah judge sapa2 hg nk,dosa sendiri tanggung,” jelasnya.
Pada masa sama, Faezah turut menjelaskan kalau ada yang tidak faham, boleh ubahnya kepada aplikasi alih bahasa.
“I’m penangites and will continue writing my utara language,klu rasa kasaq,kat bwh tu ada ‘see translation’ tekan menatang tu,dia keluaq omputih.
“Senang hati pon tk sakit.. P/S : sambil flip skirt (nk flip tudung tk boleh satgi nampak part2 harem) .”tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by faezahelai (@faezahelai) on
Faezah diijabkabulkan dengan Heykal Hanifah pada September 2011 dan turut menjaga anak tirinya seramai tiga orang iaitu Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam.
Sementara hasil perkahwinan dengan Heykal, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna.
View this post on InstagramA post shared by faezahelai (@faezahelai) on
View this post on InstagramA post shared by faezahelai (@faezahelai) on
Foto : Instagram Faezah Elai
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI