Juri program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Datuk Syafinaz Selamat berpandangan persembahan yang dilakukan secara duet oleh bintang bersaing lebih menyerlah berbanding segmen solo.
Menurut Syafinaz, perkara tersebut secara langsung mempengaruhi daripada segi pemberian markah.
“Pada pendapat saya, persembahan solo kurang menyengat. Untuk separuh akhir, saya sebenarnya mengharapkan lebih dengan apa yang dipersembahkan.
“Nyanyian secara duet pada saya lebih memberikan markah kepada mereka berbanding nyanyi solo,” katanya kepada MH.
Mengulas persoalan sama ada bintang bertanding masih belum menunjukkan ‘taring’ sebenar, Hetty Koes Endang merasakan andai ia berlaku itu sesuatu yang tidak wajar.
“Strategi yang salah kalau mereka masih ‘simpan kuku’. Taringnya harus dikeluarkan kerana ini adakah hari penentu, bagi saya.
“Hadi jadi harus all out, ketiga juri ini ada ‘demand’. Setiap minggu mereka harus membuat persembahan yang terbaik,” katanya.
Sementara itu, dia bintang yang meraih markah corot, iaitu Dina Nadzir dan Fuad Rahman diumumkan sebagai bintang tersingkir, sekaligus gagal lolos ke GV9 Akhir, Ahad depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.