Kumpulan De Fam telah mencuri perhatian penonton apabila berjaya menggubah lagu Doa Buat Kekasih nyanyian Datuk Khadijah Ibrahim dan Ramli Sarip kepada versi lebih rancak dan rap di pentas program Immortal Songs, pada Ahad.
Bukan itu sahaja, nyanyian kumpulan De Fam yang dianggota Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana mendapat pujian penonton meski tidak berjaya menduduki di tangga pertama di pentas program tersebut.
“Performance yang t’baik… Syg xde rezeki…but always support defam..,
Ads
“Sedapnya lagu tu.datuk Khatijah suka, sangat kreatif,” respon peminat.
Ads
Selain De Fam, episod kali ini turut disertai barisan penyanyi hebat seperti Aina Abdul, Ariff Bahran, Muna Shahirah, Irfan Haris, dan Daniesh Sufian.
Immortal Songs merupakan sebuah program yang membariskan enam orang penyanyi yang berentap serta menggubah semula susunan lagu penyanyi legenda tanah air.
Ads
Progarm yang dihoskan oleh Ain Edruce, Amy Mastura dan Fad Bocey disiarkan pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran TV3.
Video: YouTube TV3Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Susulan isu kontroversi melibatkan bekas suaminya, aktor Azri Iskandar, pelakon dan pengarah Ellie Suriaty mengharapkan agar wanita yang dikenali sebagai Dr Azra Diera untuk munculkan diri.
Menurut Ellie, dia mempunyai kebimbangan tersebut kerana hasil carian di Internet yang dilakukan oleh anak-anak serta rakan-rakannya mengenai wanita terbabit secara terperinci belum dikenalpasti.
“Saya tak kisah Azri mencintai orang lain, cuma saya terseksa melihat dia dengan cerita-cerita yang keluar sebelum ini.
“Saya mohon kepada Dr Azra supaya munculkan diri.
“Anak-anak dan rakan-rakan saya buat carian di Internet dan tidak jumpa sebarang maklumat tentang dia. Siapakah dia yang sebenarnya…adakah dia ‘scammer’ atau peminat?
“Saya tidak tahu apakah permainan dia. Kalau betul bercinta, jangan menyorok,” katanya kepada MH.
Ellie ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang berlangsung di GSC The Starling Mall, Damansara pada Khamis.
Terdahulu, Azri membuat pendedahan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita yang dikenali sebagai Dr Azra Diera dalam masa terdekat.
Menurut aktor itu, dia mengenali Dr Azra 12 hari selepas bercerai dengan Ellie pada 17 Mei lalu.
Kemudian timbul isu baharu apabila seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai F tampil membuat pengakuan mendakwa aktor berkenaan pernah rapat dengannya.
Sementara itu, Ellie berkata dia langsung tidak menyimpan sebarang dendam terhadap bekas suaminya itu selepas rumah tangga yang dibina sejak 19 tahun lalu putus di tengah jalan.
“Selepas berpisah, saya sudah maafkan Azri dan tidak pernah simpan dendam. Jika dia mahu berkahwin semula, saya ucapkan selamat untuknya… cuma saya tidak suka orang mahu mempermainkan dia.
“Saya tidak boleh benci Azri sebab kami hidup bersama sudah lama,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Azri, 54, dan Ellie, 50, bercerai pada 17 Mei lalu selepas hampir dua dekad hidup bersama.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18, dan Nur Azreen, 13 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktres popular, Fasha Sandha tampil mengulas susulan sepotong video di Instagram yang memaparkan kemesraannya bersama suami yang juga pelakon Aidil Aziz di dalam tab mandi sehingga mengundang reaksi pelbagai warganet.
Jelas Fasha, dia menghargai setiap reaksi yang diberikan terhadap hantaran berkenaan dan memohon maaf sekiranya ada yang kurang senang terhadap apa yang dilakukannya bersama suami.
“Kalian yang memuji terima kasih. Kalian yang mengeji pun terima kasih. Saya bertugas, saya masih makan gaji, saya bukan boss, saya masih kuli.
“Sava hanya menjalankan tugas dan komitmen. Saya minta maaf kepada yang tak suka saya berpelukan dengan suami saya,” ulasnya.
Pelakon drama bersiri Scammer ini menulis penjelasan tersebut menerusi muat naik terkini di Instagram yang turut memaparkan beberapa komen yang diterima.
“Pejam celik dah 6 tahun kami bersama, syukur. Ya, perkahwinan ini adalah piniaman daripada Yang Esa. Kita pun tak tahu berapa lama pinjaman ini, cuma kita mendoakan agar pinjaman berkekalan ke akhir hayat.
“Doakan yang baik-baik semoga yang baik-baik juga jadi pada kalian. I love you. Lovers or haters, i still love you. Orang tegur, kecam dan puji bermakna orang masih ambil tahu dan sayang.
“Dalam dunia ni perlu ada orang tegur dan kecam juga, untuk menjadikan kita manusia yang lebih baik, Insyaallah,” tulisnya lagi.
Terdahulu, video berdurasi 10 saat berkenan nyata mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik video mesra bersama suaminya.
Ini kerana, ia mempamerkan aksi mesra pasangan suami isteri berkenaan. Malah, Aidil dilihat tidak berbaju sementara Fasha pula dipercayai mengenakan singlet berwarna hitam.
Kelihatan pelakon berusia 39 tahun itu turut dipeluk suaminya dan saling ketawa mesra.
Dia bagaimanapun tidak menjelaskan apakah yang akan terjadi pada 16 September ini seperti mana yang dikongsikan menerusi kapsyen pada hantaran yang berkaitan.
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun menerima lebih 30,000 tanda suka di kalangan warganet.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!