
Persembahan penyanyi Noraniza Idris pada minggu kelima di pentas Gegar Vaganza (GV7) nyata menjadi perhatian penonton.
Masakan tidak, Noraniza atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ani telah mempersembahkan lagu berjudul Nakal nyanyian asal Ayda Jebat dengan cara tersendiri dengan menyuntik elemen tradisional dalam persembahannya itu.
“Pertama kali rasanya untuk Kak Ani cuba genre ‘BBNU’ untuk konsert minggu kelima #GV7.
“Kesayangan Kak Ani doakan agar lagu rancak popular #NakalNakalNakal nyanyian asal #AydaJebat ni tak rosak Kak Ani kerjakan ya. Enjoy semua..,” tulisnya pada satu pautan video di Instagram.
Bukan sahaja menjadi perhatian penonton, malah rata-rata peminat turut memberi pujian terhadap persembahan dari Noraniza yang berbeza daripada sebelumnya.
GV7 bersiaran secara langsung dari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.
Menerusi saingan duet minggu hadapan, Noraniza akan membuat persembahan untuk lagu Bolehlah Boleh nyanyian asal Mas Idayu, duet dengan Amelina.
Video: Instagram Noraniza Idris
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puteri Sarah Nampak Tenang, Ini Katanya…

‘Maaf lambat sikit sebab uruskan anak yang kurang sihat’.
Demikian kata pelakon, Puteri Sarah Liyana saat tiba di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada jam 9.40 pagi bagi menghadiri kes sebutan cerai bersama suaminya yang juga merupakan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.
Malah, Puteri Sarah yang hadir menaiki Toyota Vellfire putih turut memaklumkan dia berasa sangat gembira dan berharap agar segala urusannya pada hari ini akan dipermudahkan.
“Saya reda, okay dan gembira. Semoga dipermudahkan segalanya hari ini,” katanya ringkas.
Turut kelihatan wakil peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader dan adik perempuan Puteri Sarah yang tiba lebih awal.
Harini ini bakal berlangsungnya kes sebutan cerai bersama isteri, Puteri Sarah.
Terdahulu, Sarah telah menuntut cerai terhadap suaminya itu pada tanggal 16 Januari lalu.
Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Bagaimanapun pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.
Susulan pendedahan tersebut, topik mengenai kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul serta kehadiran Ira Kazar menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.
Sekadar informasi, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tak Cakap Mengenai Umrah Orang Lain, Tetapi Apa Yang Berlaku Kepada Diri Sendiri,” – Alyah

Penyanyi Datin Alyah tampil berkongsi pengalaman umrah sebelum ini yang banyak dipengaruhi pelbagai rasa yang sekali gus memberi banyak iktibar serta manfaat kepada dirinya tatkala menjekakkan kaki ke Tanah Suci.
Alyah berkata, pengalaman seumpamanya turut dicurahkan dalam bait lagu terbaharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
“Kemudian kali kedua bila sekali lagi berpeluang, saya sudah ada pengalaman daripada umrah terdahulu. Ketika itulah saya rasa macam nak tinggal di hotel yang mahal, naik penerbangan kelas pertama, nak selfie dan sebagainya.
“Saya tak cakap mengenai orang lain, tetapi apa yang berlaku kepada diri sendiri. Kali ketiga, ia lebih kepada berkawan-berkawan.
“Bila saya teringin sangat ke Tanah Suci namun tiada peluang susulan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ketika itu ia membuatkan saya tersedar khilaf.
“Ia ibarat peringatan kepada diri sendiri, bila Allah berikan peluang (tunai umrah) hargai sebaiknya. Saya masih ingat, beberapa hari sebelum berangkat, saya juga disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian kendiri,” katanya kepada MH.
Isteri kepada maestro muzik, Datuk Ramli MS ini turut menambah, umrah kali ini lebih bermakna apabila dia berpeluang melakukan penggambaran untuk single baharunya di Dubai terlebih dahulu sebelum berangkat ke Tanah Suci pada bulan Ramadan.
“Lalu bila orang tanya bila nak berangkat, saya jadi bimbang untuk berkongsi lebih atau beriya-iya. Lebih setahun ia tertunda. Sebab itulah kita yang merancang, tetapi Allah yang menentukan.
“Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan dengan baik. Saya juga mendoakan segala apa yang baik kepada semua orang, insya-Allah,” katanya lagi.
Alyah berkata demikian ketika ditemui pada majlis The Enchanted Roos Garden x Roos Scarves di Bangi, baru-baru ini.
Selain Alyah, Adira turut diundang bagi menyampaikan beberapa buah lagu.
Sementara itu, pemilik Roos Scarves, Safiudin Nordin menjelaskan idea untuk membina jenama tudung Roos Scarves terlintas selepas pandemik iaitu pada hujung tahun 2021.
Ketika itu isterinya, Siti Afiqah Hamzah banyak menghabiskan masa menanam bunga Ros dari pelbagai jenis.
“Dalam tempoh lebih setahun mendekati dan mengamati bunga ros yang berkembang dengan pelbagai warna, rupa dan jenis itu membuatkan kami terfikir kenapa tidak diadaptasikan kecantikan ros itu atas sehelai tudung.
“Perkataan Roos itu diambil dari bahasa Dutch yang pastinya membawa maksud bunga mawar,” katanya yang tampil melancarkan tudung berkenaan secara eksklusif selepas yakin dengan kekuatan jenama mereka di pasaran.
Safiudin menambah, keistimewaan Roos Scarves terletak pada setiap corak yang berinspirasikan ros sebenar akan dilukis terlebih dahulu sebelum diolah dan dicetak pada skarf.
“Kesan monogram dan perincian corak serta warna dipilih berdasarkan ‘pantone’ terkini yang kemudiannya diadun bersama dengan rekaan, menjadikan corak yang terhasil sangat eksklusif dan tiada di pasaran lainnya,” katanya lagi.
Pada majlis pelancaran itu, Roos Scarves turut memperkenalkan dua koleksi baru iaitu Fairy dan Popcorn Series. Ia adalah koleksi yang diilhamkan daripada The Fairy Rose dan juga Gourmet Popcorn Rose.
Roos Scarves yang membawa tagline “Bloom of beauty” juga dalam perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan di negara ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sangat Baik, Sincere Person Inside Out,” – Nora Ariffin Dedah Keperibadian Lisa Surihani, Peminatnya Sejak Zaman Belajar

Pelakon Datin Lisa Surihani berkongsi kenangan lamanya saat pertemuan bersama rakan artis, Datuk Nora Ariffin baru-baru ini di sebuah majlis ilmu di kediaman bintang terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini.
Rupa-rupanya, Lisa merupakan peminat setia Nora dan pernah menyanyikan lagu daripada penyanyi berkenaan di sebuah pertandingan nyanyian.
“I was her fan especially during my days in high school. Sampai masuk friendly singing competition, nyanyi lagu Di Persimpangan Dilema tau (menang tempat ke2 ihihi) and then dalam bilik air ke tempat karoks ke, suka nyanyi (syok sendiri) Hanya Satu and Jentayu.
“I remember the first time I met her a few years back, I was so star struck. Kak Nora plak ajak amik gambar masa tu. Rasa nak pengsan jap masa tu. For anak-anak pon I would pasangkan lagu on repeat Voices of UMMI, Erti Al Fatihah.
“Tak sangka semalam, lama tak berjumpa bersama halaqah Khadijah, dapat jumpa again, dapat peluk. MasyaAllah,” tulisnya.
Di dalam hantaran sama, ibu kepada dua cahaya mata ini turut menitipkan doa buat Nora.
“Thank you akak, I respect you for so many reasons. Thank you for being so warm and lovely.
“Lisa du’akan moga Kak Nora sekeluarga dikurniakan BarakahNya, KhayrNya, RahmahNya, kebaikan dan perlindungan di dunya dan di akhirah,” tulisnya.
Perkongsian tersebut turut menarik minat ramai untuk sama-sama memberikan reaksi menerusi ruangan komen.
Malah, Nora turut sama berikan respon dan menyifatkan Lisa sebagai insan yang cantik luar dan dalam.
“Allahukbar, my dear Datin Lisa. I really adore you. Dari dulu lagi…Honestly Datin Lisa memang seorang yang sangat baik, sincere person inside out. Memang setiap kali jumpa, always rasa sebak.
“Kak Nora juga doakan Lisa sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Bahagia dunia akhirat,” respon Nora.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI