“Persembahan Yang Terbaik,” – Suntik Elemen Tradisional Dalam Persembahan, Noraniza Pertama Kali Cuba Genre ‘BBNU’

Share

Persembahan penyanyi Noraniza Idris pada minggu kelima di pentas Gegar Vaganza (GV7) nyata menjadi perhatian penonton.

Masakan tidak, Noraniza atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ani telah mempersembahkan lagu berjudul Nakal nyanyian asal Ayda Jebat dengan cara tersendiri dengan menyuntik elemen tradisional dalam persembahannya itu.

“Pertama kali rasanya untuk Kak Ani cuba genre ‘BBNU’ untuk konsert minggu kelima #GV7.

“Kesayangan Kak Ani doakan agar lagu rancak popular #NakalNakalNakal nyanyian asal #AydaJebat ni tak rosak Kak Ani kerjakan ya. Enjoy semua..,” tulisnya pada satu pautan video di Instagram.

Bukan sahaja menjadi perhatian penonton, malah rata-rata peminat turut memberi pujian terhadap persembahan dari Noraniza yang berbeza daripada sebelumnya.

GV7 bersiaran secara langsung dari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.

Menerusi saingan duet minggu hadapan, Noraniza akan membuat persembahan untuk lagu Bolehlah Boleh nyanyian asal Mas Idayu, duet dengan Amelina.

Video: Instagram Noraniza Idris

Published by
Nazar Rafiqhi