Uncategorized

Persendakan Wajah Anak Sajat, Pian Kpop Mengaku Salah

Share

Dua tiga hari yang lalu, tular tentang Sajat yang berang wajah anaknya dipersendakan oleh seorang individu yang dikenali dengan nama Pian Kpop.

Tindakan Pian yang menampal wajahnya pada wajah anak-anak Sajat itu telah menarik perhatian netizen yang turut berang terhadapnya kerana apa yang dilakukannya itu dianggap biadap.

Rentetan daripada perkongsian Pian tersebut, Sajat menyatakan bahawa dia ingin mengambil tindakan undang-undang terhadapnya dengan mengeluarkan saman.

Walau bagaimanapun, semalam Pian tampil dengan sebuah rakaman video yang dimuatnaik di akaun Instagramnya memohon maaf kepada Sajat atas apa yang telah dia lakukan.

Menerusi video tersebut, Pian berkata dia memohon maaf kepada Sajat dan meminta agar Sajat tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap dirinya.

Katanya lagi, tindakannya berkongsi gambar tersebut hanya untuk mendapatkan perhatian daripada Sajat kerana menurutnya, tiada siapa yang memberikan perhatian kepadanya.

“Kak Sajat, Pian minta maaf sebab dah keterlaluan dan Pian mengaku bersalah. Jadi Pian harap kak Sajat maafkan Pian dan janganlah saman Pian artis kpop ni, kalau kak Sajat saman Pian dah tak ada dah artis kpop nombor satu Malaysia yang bertapak di negeri Kelantan ni.

 

“Dikesempatan ini Pian ingin menyusun 10 jari, maafkanlah Pian dan Pian berjanji tak akan ulangi lagi perkara yang macam ni.

 

“Pian bukan apa, Pian nak perhatian daripada kak Sajat je sebab semua orang tak nak bagi perhatian dekat Pian. Pian minta maaf sangat-sangat,” ujarnya dalam rakaman video tersebut.

Di ruangan kapsyennya pula, Pian turut menulis permohonan maafnya dan menjelaskan pada Sajat mengapa gambar tersebut mengambil masa yang lama untuk dipadamkan.

“Sorry pd kak @nursajat02 sebab pian dh keterlaluan…jgn saman pian…pian mntak maaf sgt2…pian nk delete gmbr line slow…hrp dpt la dlete gmbr..hrp kak sajak mafkn pian yg hina ni….mafkn pian…sekali lagi mntak maaf kak sajat…pian mntak maaf,” tulisnya.

Setiap kesalahan yang telah dilakukan haruslah ditebus semula dengan memohon maaf kepada individu yang telah disakiti.

Semoga perkara sebegini tidak berulang lagi dan buat semua ambillah perkara yang berlaku ini sebagai pengajaran. Fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu yang mungkin akan menyakiti atau mengguris perasaan orang lain.

Sumber: Instagram Pian Kpopp

Published by
Izzati Ramli