“Persiapan sudah pun 60 peratus kita dah lakukan.” Itu kata penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein apabila ditanya mengenai persiapan kahwinnya yang dijadualkan bakal berlangsung 18 Januari depan.
Katanya kepada MH, bakal suami, Mohamad Azlan juga turut sama membantu menguruskan hal persiapan untuk bergelar raja sehari.
“Mana yang penting kita persiapkan dahulu, malah di belah pihak lelaki (Kelantan) pun persiapan sedang berjalan. Cikgu yang selesaikan. So Sweet,” jelasnya.
Ditanya mengenai sebab memilih tarikh tersebut sebagai pengikat jodoh di antara mereka, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini menjelaskan, merakamkan rasa syukur kerana semuanya dipermudahkan.
“Kalau boleh kita tak mahu lengahkan. Bakal suami pun tak nak lama. Misalnya 17 Disember hari jadi saya dan kita bertunang sebulan sahaja.
“Kalau nak diikutkan, kahwin bulan tiga tahun depan. Akan tetapi Allah permudahkan menjadi lebih cepat.
“Lalu pada 17 Januari kita buat malam berinai tema Cik Siti Wan Kembang dan ketika itulah saya akan perkenalkan bakal suami, insyaAllah,” kata pelakon Kampung People ini lagi.
Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan 17 Disember lalu di World Trade Centre Kuala Lumpur dengan dihadiri lebih 200 tetamu terdiri dari ahli keluarga kedua belah pihak termasuk rakan media.
Pasangan ini saling berkenalan lebih setahun lalu. Saksikan temu bual penuhnya di sini;
Foto: Instagram Elly Mazlein
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI