Pelakon, Rozie Rashid memaklumkan ibunya, Ramlah Baharom telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Isnin.
Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh Rozie atau nama sebenarnya Roziwati Mohd Rashid menerusi hantaran terkini di Instagram sebentar tadi.
Menurut Rozie, ibunya itu telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Merab, Kajang pada petang semalam.
“Dukacita dimaklumkan. Perginya bonda tercinta Hjh Ramlah Baharom diusia 82 tahun tengah hari semalam pada jam 12.30 pm (23 May 2022) dengan keadaan yang sangat tenang dan dipermudahkan..
“Arwah dimandikan dan disempurnakan sendiri oleh semua anak-anak dan cucu-cucu dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Merab pada jam 6.30 petang.
Ads
“Terima kasih pada saudara dan kenalan dekat yang hadir semalam dan whatsapp yang tak putus-putus. Maaf tak dapat nak melayan kerana keadaan yang tak mengizinkan,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon filem, Mukhsin ini juga turut meluahkan rasa gembira kerana dapat menunaikan hajat terakhir arwah untuk menyempurnakan jenazah dengan menggunakan kelengkapan yang telah disiapkan oleh arwah ibunya itu sewaktu hayatnya masih ada.
“Syukur dapat sempurnakan arwah mummy dengan persiapan barang kematian yang disediakan sendiri oleh arwah. Permintaan terakhir arwah,” kongsinya lagi.
Ads
Dikesempatan itu juga, Rozie turut berharap agar semua pihak dapat menitipkan doa semoga arwah ibunya itu ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Majlis tahlil akan diadakan bermula malam ini (tiga malam) di Masjid Sungai Merab, Jalan Rangkaya Sutan, Kajang, Selangor.
“Mohon sedekahkan Al-fatihah buat arwah dan doakan arwah ditempatkan dikalangan para solehah. Amin,” akhirinya.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Rozie serta seluruh ahli keluarganya.
Dalam perkembangan lain, Rozie kini dilihat aktif dalam bidang penulisan skrip menerusi drama-drama seperti Nusyuz Berkiblat Cinta dan Republic Gombak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Rozie Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Percaya atas bakat dan rezeki meski setelah 10 tahun baru berpeluang muncul dengan album mini pertama, penyanyi duo ShiLi dan Adi yakin Berdua mampu memberi impak tersendiri dalam kerjaya mereka.
Selesa mengalunkan lagu-lagu dalam genre Balada Pop yang disulam dengan elemen Soul, bintang ini sebetulnya mulai kembangkan bakat di Singapura, sebelum mengintai peluang besar di Malaysia, memandangkan salah seorang anggotanya, ShiLi Yap merupakan anak jati Negeri Sembilan.
Sementara pasangannya, Adi atau nama lengkapnya, Adi Rakhmadian pula berasal dari Surabaya, Indonesia.
Melanjutkan pengajian di Kota Singa menemukan mereka berdua hingga mencetus idea untuk kembangkan bakat seni secara duo.
“Benar, kami memulakan kerjaya seni di Singapura memandangkan kami belajar dan pernah bekerja di sana juga. Lalu, kesempatan yang ada itulah masing-masing cuba intai peluang menyanyi dan syukur peluang yang diberikan bukanlah sedikit.
“Dari situ kepercayaan dari karyakan Singapura mulai hadir dan kami diberi kesemptan untuk membuat persembahan di majlis berskala besar di sana. Apa pun, sekarang kami turut idamkan momentum sama di Malaysia serta Indonesia,” jelas mereka kepada MH.
Lebih menarik, Berdua turut mempunyai beberapa buah lagu yang terdiri dari Bahasa Malaysia dan Mandarin.
“Sengaja kami pertaruhkan beberapa buah lagu bagi mencipta kelainan. Malah, sebelum melahirkan album ini ini, kami turut mendapatkan pandangan daripada karryawan senior lainnya juga,” jelas ShiLi yang turut menambah dia lebih selesa menyanyi secara duo meski punya tawaran untuk berdiri sebagai bintang solo.
“Jujurnya saya pernah mendapat tawaran untuk beraksi secara solo. Begitu juga dengan Adi. Namun kami percaya dengan gandingan suara secara berdua itu lebih baik. Pada masa sama, kami juga berjanji tak akan berpisah antara satu sama lain.
“Itu prinsip kami sejak awal terlibat dalam nyanyian. Betul, bukan senang untuk mencipta keserasian dalam hubungan persahabatan yang disulam dengan etika profesionalisme. Ada naik dan turunnya juga hubungan kami, sama seperti rakan-rakan lain.
“Tetapi itulah cabaran yang menjadikan ShiLi & Adi ini suatu yang istimewa. Harapnnya, Berdua ini menjadi signal akan kekuatan duo ini.
Terdahulu, pasangan duo ini turut mencipta sukses tersendiri selepas menjadi satu-satunya artis Singapura yang diundang menyanyi di panggung Formula 1 Grand Prix Singapura selama empat tahun berturut-turut sejak 2012 bersama barisan artis antarabangsa.
Malah dua tahun lalu, ShiLi & Adi pernah disunting legenda jazz Indonesia, Candra Darusman untuk bergabung dalam album Detik Waktu dengan membawakan kembali karya-karya abadi sang legenda.
Foto: Instagram ShiLi & Adi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!