Penyanyi Noryn Aziz, 44, mengesahkan dirinya sudah pun selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hati, Shaik Rizal Sulaiman, 48, pada Selasa, 13 Oktober 2020 di Bukit Damansara.
Sambil menzahirkan rasa syukur, Noryn menerusi satu kenyataan turut memaklumkan majlis pernikahan dilangsungkan secara sederhana dengan dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.
“Terlebih dahulu, dipanjatkan rasa syukur kapada Allah SWT dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
“Dengan izinNya juga, saya dan suami selamat diijabkabulkan dalam majlis akad nikah yang diadakan dalam suasana yang sangat sederhana dengan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat serta rakan-rakan rapat seramai 30 orang jemputan semuanya.
“Pada malam akad nikah yang diadakan di kediaman suami saya di Bukit Damansara, dengan bermaskahwin sebentuk cincin kepada saya,” katanya.
Noryn menambah, majlis raja sehari itu sepatutnya dilakukan pada 25 Oktober depan, bagaimanapun mereka sepakat untuk melangsungkan perkahwinan lebih awal.
“Untuk makluman rakan-rakan media, sebetulnya, saya dan suami pada awalnya ingin melangsungkan majlis akad nikah pada 25 Oktober ini.
Ads
“Bagaimanapun, disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 14 Oktober hari ini, majlis tersebut akhirnya diputuskan untuk diadakan lebih awal. Ini kerana, kami berhasrat untuk hari bahagia dihadiri oleh kaum keluarga terdekat serta rakan-rakan rapat kami.
“Alhamdulillah segala persiapan dapat dilaksanakan dengan baiknya dalam jangkamasa 24 jam dengan pertolongan padu kaum keluarga terdekat, sahabat2 handai dan juga ahli “team” saya semuanya.
“Alhamdulillah, hajat dan keinginan itu tercapai dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Kami bersyukur kerana semuanya diatur dengan mudah. Saya percaya semua ini kerana kebesaran Allah.
“Majlis akad nikah itu juga diadakan dalam suasana norma baharu dan mengikut prosedur operasi standard (SOP),” jelasnya lagi yang turut mendedahkan dia mengenali suami pada penghujung 2019.
Mengakui kehadiran suami sangat menyenangkan sebelum hanya mengenalinya sebagai rakan biasa, namun Rizal disifatkan sebagai seorang yang positif dan banyak berikan dorongan.
Ads
“Semuanya berlaku sekelip mata. Baik saya dan Rizal sendiri pada awalnya tak ada pula terfikir untuk menjadi kekasih.
“Hubungan kami benar-benar secara profesional namun suami saya banyak mendorong saya untuk lebih berjaya dalam industri seni sehinggalah lama-kelamaan saya dapat rasakan kehadiran Rizal amat menyenangkan saya dan juga keluarga terdekat. Keperibadiannya memikat saya.
“Dia seorang yang positif dan banyak memberi sokongan moral yang padu kepada saya dalam segala urusan bisnes saya.
“Untuk makluman, suami saya adalah seorang ahli perniagaan dalam industri pembangunan dan pembinaan.
Ads
“Selepas beberapa bulan kami menjadi lebih akrab (terutama sekali dalam waktu MCO bermula Mac lalu), banyak bercerita soal masa depan yang akhirnya kami sepakat untuk mengakhiri hubungan persahabatan kepada ikatan yang lebih suci,” jelasnya yang berdoa agar hubungan yang dibina kekal sampai bila-bila
“Tiada apa lagi yang kami harapkan selain majlis pernikahan kami dirahmati oleh Allah SWT dan rumah tangga kami akan berkekalan sehingga ke akhir hayat kami berdua.
“Bagi saya adalah penting persahabatan cinta kita harus dihalalkan secara betul kerana ini bukan main main buat saya dan suami. Alhamdulillah Allah SWT telah makbulkan hajat kami ini.
“Saya gembira kerana keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat bersama-sama kami dalam majlis itu, Ia amat memberi makna buat kami.
“Kepada rakan-rakan media, terima kasih atas sokongan dan doa buat kami berdua. Saya cuma berharap perkahwinan kami dapat dihormati tanpa apa apa gosip dan fitnah yang tidak diingini.
“Kami amat pentingkan soal privasi kami secara peribadi dan keluarga amnya,” ujar Noryn yang anggun dalam persalinan Rizman Ruzaini pada malam bahagianya itu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Buat pertama kalinya, pelakon dan penyanyi, Bunga Citra Lestari memuat naik gambar arwah suami, Ashraf Sinclair di Instagram selepas Allahyarhammeninggal dunia pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung.
Foto tersebut kini telah mendapat satu juta tanda suka (likes) selepas dimuat naik tiga jam lalu.
“Hey You, I miss you… Each and everyday…,” tulisnya ringkas.
Suami kepada Mawar Rashid, Raden Ahmad Faizal Yaakob tidak menafikan isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang pernah terkait dengan isterinya ketika berada dalam saingan Dewi Remaja kira-kira lima tahun lalu sedikit sebanyak turut memberi kesan.
Katanya kepada MH, pelakon yang sinonim disapa Raf Yaakob ini turut akui ketika mahu memperisterikan wanita yang kini menjadi suri hatinya itu, ada cakap-cakap belakang yang memberi persepsi pelbagai.
“Tempiasnya terkena pada saya juga kerana sewaktu mahu berkahwin dengan Mawar, ada yang tanya mengapa nak kahwin dengan ‘sekian-sekian’, ada ‘kes ini dan kes itu’, kau punya keluarga semua kononnya berpendidikan. Mengapa pilih Mawar?
“Akan tetapi sejujurnya pandangan pertama saya terhadapnya apabila menonton video yang diperkatakan itu, nampak seperti dia menjadi mangsa.
“Malah kalau ada yang tanya saya pada ketika itu pun, saya tidak berapa tahu juga mengenai GST.
“Bagi saya, Mawar jawab dengan sekadar ikhlas. Tetapi tidak sangka ia ‘dihype’ sehingga Mawar pun terkena.
“Bagi saya, tempelaknya juga terkena pada saya. Apa pun, dia wanita bijak sejak pertama kali bertemu dengannya.
“Apa yang dikatakannya adalah daripada hati dan sudah tentu saya turut berikannya semangat untuk menyambung pengajian dan sebagainya,” jelas Raf yang kini gembira dengan apa yang dilalui isteri tersayang.
Mawar yang setia di sisi turus menjelaskan, ia dirakam ketika sistem tersebut dilaksanakan di negara ini.
“Ia dirakam sebelum GST dilancarkan. Bagi saya ketika itu masih belum cukup matang dan ada salahnya juga sebab tidak berapa peka terhadap isu tersebut sebab saya sibuk dengan hal lain.
“Apa pun, yang berlaku menyebabkan saya bersyukur juga kerana ia betul-betul buatkan diri menjadi lebih kuat. Malah saya selalu terapkan semangat positif dalam diri, hingga pada satu tahap ada datang dan beritahu saya seorang yang sangat positif.
“Bila difikirkan balik, inilah hikmah yang Kau berikan pada Aku. Malah orang nak bercakap apa sahaja pada ketika itu pun, saya diam dan hanya bersabar.
“Ia ibaratnya sebagai satu proses untuk saya menjadi seorang yang penyabar.
“Jadi dengan apa yang dilalui itulah, saya rasa mahu tolong orang lain yang rasa tertekan, kena kritik dan sebagainya.
“Saya pun ada beritahu pada masa sama mahu menjadi seorang yang memberi motivasi dengan berkongsi pengalaman.
“Saya gembira dengan diri sendiri kerana setidak-tidaknya, saya cuba untuk menjadi lebih baik dari segi mental dan pemikiran,” kata Mawar.
Pada masa sama, bintang TQ Captain ini juga melebarkan langkah dalam bidang perniagaan menerusi Mawarose.
“Jenama Mawarose baru sahaja mengeluarkan produk pertama iaitu Magic Rose Lips & Cheek Cream. Alhamdulillah, sambutannya sangat memberangsangkan.
“Kami juga turut keluar dengan lagu tema Mawarose yang dinyanyikan saya sendiri. Rentaknya ‘fast’ dan mempunyai elemen kpop.
“Selain dijual secara atas talian dan menerusi stokis, Mawarose juga akan dijual menerusi ‘vending machine’. Harapnya ia mendapat respon positif ramai,” kata yang teruja kerana Magic Rose Lips & Cheek Cream sudah pun mempunyai pembeli.
Bagi yang berminat, boleh layari Instagram @mawarose_hq untuk informasi yang lebih. Ikuti temu bual penuhnya di sini;
Umum mengetahui, Tik Tok merupakan antara platform yang paling pantas untuk menyebarkanluaskan sesuatu trend.
Apa sahaja trend yang menarik, pasti akan menjadi ikutan para netizen.
Terbaru, anak kepada pelakon terkenal, Vanidah Imran, Maryam Rashika ada berkongsi sebuah video di Tik Tok yang memaparkan ibunya sedang melakukan trend yang ketika ini viral iaitu ‘Turning My Mom Into Me’.
Video tersebut memperlihatkan telatah Vanidah yang bersahaja mengenakan fesyen yang sering digayakan oleh anaknya itu.
“My mom demanded two outfits so two outfits it is. #Turningmymomintome #Coolmom ,” tulisnya.
Video tersebut nyata telah menarik pehatian ramai pihak.
Malah, mereka turut menyifatkan Maryam sebagai beruntung kerana dikurniakan ibu secantik Vanidah.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur selain turut menyifatkan Vanidah sebagai seornang ibu yang sangat sporting.
“Your mom is Vanidah Imran. That’s a flex.
“Vanidah Imran always amaze me with jer looks. She still look young.
“Never tua eh your mom. So cantik.
“This is actually her younger self queen.
“Daripada dulu lagi your mom cantik betul. Pernah jumpa depan-depan kecil molek je,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, Maryam Rashika merupakan salah seorang daripada dua orang cahaya mata Vanidah hasil perkahwinan terdahulu bersama pelakon, Rashidi Ishak sebelum bercerai pada Ogos 2018
Seorang lagi anaknya ialah Mikail Aimran.
Vanida kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Arifabillah Idris pada 7 Julai 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Tik Tok Maryam Rashika
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!