“Persiapan Kahwin Kini 50 Peratus, Sudah Separuh Jalan,” – Mimi Lana

Share

Pelakon Mimi Lana memohon doa yang baik-baik daripada semua selepas kekasihya, aktor Syafiq Kyle memaklumkan mereka bakal menamatkan zaman bujang selepas sambutan Aidilfitri tahun ini.

Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 27, berkata, dia sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai isteri.

“Saya dan Syafiq pun sudah berkawan lama. Doakan saya. Sejujurnya memang ada sedikit rasa berdebar sebab bakal melangkah ke suatu fasa yang lebih serius dalam hidup.

“Tapi tidaklah rasa gemuruh yang keterlaluan, mungkin momen itu belum sampai lagi. Untuk waktu ini, saya banyak berdoa supaya kami berdua dapat laluinya dengan baik, tiada masalah. Itu sahaja yang saya harapkan.

“Seperti apa yang Syafiq kongsikan kepada media sebelum ini, begitulah. Tiada ada yang boleh saya ulas lanjut mengenainya.

“Saya risau juga kalau asyik berkongsi, peminat pun naik bosan sebab hal yang sama. Tapi itulah hakikatnya, insya-Allah dalam tahun ini juga (berkahwin),” katanya kepada MH.

Mimi berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Kempen Ramadan Raya ‘Seindah Kasih’ Media Prima Berhad di Glenmarie, pada Sabtu.

Mengulas mengenai persiapan menuju hari bahagia, Mimi mengakui dia dan Syafiq tidak cerewet dan saling berbincang.

“Persiapan setakat ini berjalan lancar. Kalau nak bercakap mengenai hal perkahwinan, rasanya ia sama seperti pasangan lainnya juga.

“Cuma syukur kerana kami sudah lama mengenali jadi proses tersebut menjadi lebih mudah. Semuanya mengikut apa yang telah dirancangkan, masing-masing juga sudah tahu peranan.

“Malah ahli keluarga kami pun sangat menyokong. Alhamdulillah setakat ini, lebih 50 peratus persiapan sudah dilakukan, sudah separuh jalan,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH