“Persiapan Menyambut Anak Yang Bakal Lahir, InsyaAllah,” – Isteri Bakal Bersalin Cahaya Mata Kedua, Saharul Ridzwan Kongsi Surah Pilihan

Share

Sedang menantikan permata hati kedua dalam keluarga, pelakon Saharul Ridzwan ada berkongsi perkembangan serta aktivitinya bersama isteri tercinta, Qaabila Deena Amir di media sosial.

Terkini, bintang yang mulai dikenali sejak menyertai Pencarian Hero Remaja bersama-sama Fattah Amin dan Syafiq Kyle itu ada memuat naik beberapa surah amalan yang boleh diamalkan buat mereka yang sedang menantikan kelahiran rezeki zuriat.

“Persiapan sebenar menyambut anak yang bakal lahir. InShaaAllah,” tulisnya.

Lalu, hantaran berkenaan turut mendapat reaksi peminat yang rata-ratanya mendoakan agar urusan bersalin isterinya dipermudahkan.

Malah, ada juga yang turut berkongsi posting tersebut buat kenalan dan pasangan masing-masing.

Imbas kembali, Saharul dan isterinya, mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Luth Ali, yang kini berusia lebih 3 tahun.

Sementara Deena kini sedang hamil anak kedua dan dijangka bersalin tidak lama lagi.

Foto: Instagram Saharul Ridzwan

Published by
MH