Pelakon, Shukri Yahaya mengakui sudah pun melakukan persiapan buat isteri, Tya Adnan dalam menyambut kelahiran anak keduanya, tidak lama lagi.
Teruja kerana sekali lagi dikurniakan rezeki zuriat, bintang ini pada masa sama turut mendedahkan dia sekeluarga sudah pun mempunyai nama buat bayi lelaki yang bakal lahir.
“Persiapan untuk sambut bayi yang bakal lahir sudah pun dilakukan. Memang dari awal sudah sediakan.
“Sudah tentu saya teruja sebab kami dijangka akan terima bayi lelaki. Sebab yang sulung anak perempuan.
“Namanya sudah pun ada. Bila sudah semuanya selamat dan dipermudahkan, baru kami akan umum,” katanya yang bakal mengambil cuti kira-kira seminggu selepas bayi kedua dilahirkan.
Sementara itu, bercakap mengenai sisi kerjayanya pula, Syukri baru sahaja selesai menjalani penggambaran baki drama bersiri, 7 Hari Mencintaimu yang tertangguh berikutan penularan COVID-19.
Tidak nafikan pandemik yang berlaku sedikit menjejaskan pendapatannya sebagai anak seni, namun dia bersyukur kerana masih lagi mampu bertahan kerana mempunyai simpanan sendiri.
“Pada awalnya saya risau juga sebab berlakon menjadi punca rezeki. Tidak boleh nak buat apa kerana pandemik yang berlaku tidak dijangka.
“Akan tetapi, mujur saya ada sedikit duit simpanan dan isteri turut mempunyai bisnes sendiri.
“Jadi ‘ujian’ itu tidaklah terlalu berat, cuma saya tidak nafikan ada yang terkesan. Macam saya, bergantung kepada simpanan sendiri,” akuinya.
Ditanya sama ada 7 Hari Mencintaiku 2 mampu melonjakkan kembali auranya sebagainya drama pertamanya, Syukri mempunyai pandangannya sendiri.
“Dari awal terima tawaran tersebut, saya ada juga tanggapan bahawa adakah ia akan ulangi sukses sebelum ini atau sebalikinya.
“Sebab sebelum ini saya ada juga buat drama sequel. Akan tetapi kami ada target sendiri.
“Saya percaya masih ada penonton yang menantikan sequel ini dan jalan ceritanya pun lagi menarik. Harap momentum itu akan berjaya.
“Tidak dinafikan, kami satu produksi rasa tertekan juga, kalau boleh nak ia berjaya sebagaimana yang pertama.
“Misalnya dalam kualiti lakonan pun, hal yang kecil pun kami ambil berat. Karektor itu tidak boleh bertukar-tukar,” jelasnya yang bakal sibuk di set lokasi sebuah drama untuk tayangan RTM serta Mega Drama terbitan Astro.
Foto: Instagram Shukri Yahya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI