Tahniah diucapkan buat penyanyi Usop atau nama sebenarnya Muhamad Saiful Naim Mohd Noor, 24, yang telah pun selamat bertunang dengan gadis pilihan hati, Nur Fatihah Md Hashim atau lebih mesra disapa Teha, 25, hari ini.

Majlis pertunangan dijalankan secara tertutup di Dewan Desa Murni, Taman Desa Murni Sungai Dua, Pulau Pinang dengan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan norma baharu yang ditetapkan kerajaan.

Pihak perempuan memberikan tujuh hantaran berbalas lima daripada pihak lelaki.

Majlis pertunangan telah disempurnakan mengikut adat Melayu oleh kedua-dua belah pihak dengan menyaksikan Muhd Firdaus mewakili pihak perempuan manakala Mohd Noor sebagai wakil dari pihak lelaki.

Lega kerana majlis berjalan lancar, Usop yang juga Naib Juara Mentor Milenia 2017 dan Big Stage 2020, turut merancang menamatkan zaman bujangnya Februari depan.

Ads

“Persiapan Sedang Berjalan Kira-Kira 40 Peratus,” – Usop Bertunang, Rancang Nikah Februari Depan

“Persiapan Sedang Berjalan Kira-Kira 40 Peratus,” – Usop Bertunang, Rancang Nikah Februari Depan“Alhamdulillah, syukur semuanya dipermudahkan. Keluarga kami seronok malah ada yang menangis kegembiraan.

Ads

“Mengenai persiapan perkahwinan, kami fokuskan mana yang penting terlebih dulu. Selebihnya, pihak keluarga yang urus bagi memudahkan majlis tidak lama lagi. Setakat ini, persiapan sedang berjalan kira-kira 40 peratus.

“Atas keadaan semasa, kami rancang untuk untuk buaf majlis secara sederhana dan insyaAllah ikutkan perancangan akan dilakukan di Pulau Pinang juga,” katanya.

Ads

Usop dan Teha yang berkhidmat sebagai seorang kakitangan bahagian pentadbiran dan perniagaan di sebuah syarikat di Pulau Pinang mulai rapat sejak dua tahun lalu.

“Persiapan Sedang Berjalan Kira-Kira 40 Peratus,” – Usop Bertunang, Rancang Nikah Februari Depan “Persiapan Sedang Berjalan Kira-Kira 40 Peratus,” – Usop Bertunang, Rancang Nikah Februari Depan

Usop pada masa sama berharap agar peminat serta mereka yang mengenali dapat mendoakan kebahagian dirinya dan Teha selain dipermudahkan segala urusan sehingga majlis pernikahan kelak.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis pertunangan ini,” katanya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI